200 Pemenang Cabutan Bertuah Peraduan Beli & Menang Jakel Bakal Jadi Tetamu Allah Di Tanah Suci Mekah

by - December 01, 2018

Siapa sangka..dengan hanya berbelanja sebanyak RM1,000 di gedung pakaian terbesar di Malaysia, iaitu Jakel..kita berpeluang untuk menjadi pemenang dengan hadiah yang cukup bernilai iaitu pakej mengerjakan umrah secara PERCUMA!

Ya..itu lah yang terjadi kepada 200 pemenang cabutan bertuah Peraduan Menang & Beli anjuran Jakel. Mereka telah terpilih setelah berbelanja sebanyak RM1,000 di Jakel yang diadakan pada jualan akhir tahun 2017 sehingga bulan Jun 2018 di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia.




Pada Jualan Akhir Tahun 2017 yang lepas, Jakel meneruskan kempen PERADUAN BELI & MENANG dengan memberi peluang kepada pelanggan setia Jakel memenangi hadiah pakej ibadah UMRAH selain menawarkan hadiah lain berupa wang tunai pada setiap minggu!

Penyertaan peraduan ini menggunakan kaedah dimana pelanggan yang berbelanja produk di Jakel dengan pembelian RM1,000 ke atas layak untuk menyertai dan mengisi maklumat di kupon penyertaan serta memasukkan kupon tersebut ke dalam kotak yang disediakan di bahagian kaunter pembayaran. Kesemua penyertaan dikumpulkan selama 30 minggu sehingga cabutan hadiah dilakukan dan cabutan tersebut dilakukan bersama-sama dengan Ketua Bahagian Cawangan Jakel seluruh Malaysia.

Tahniah kepada Jakel kerana melaksanakan peraduan sebegini dimana dengan cara ini secara tak langsung dapat menambat hati pelanggan setia mereka.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel..memandangkan Jakel adalah 100% milik bumiputera dan beragama Islam, telah menjadi tanggungjawab mereka untuk sama-sama berkhidmat dan membantu membawa pelanggan bertuah untuk mengerjakan ibadah umrah secara percuma sebagai tanda penghargaan menjadi pelanggan setia Jakel.

Tahniah sekali lagi kepada pihak Jakel dan diharapkan semoga usaha murni mereka ini menjadi ikutan lebih ramai syarikat gergasi bumiputera yang lain.


Pada 29 November yang lepas, aku berkesempatan untuk menghadiri majlis taklimat ringkas dan penyerahan hadiah kepada 200 bakal jemaah Umrah. Kesemua bakal jemaah Umrah bukan sahaja menerima pakej mengerjakan Umrah ini secara PERCUMA malah mereka turut dibekalkan dengan keperluan sejadah, telekung, tudung dan malah beg juga disediakan. Bertuah sungguh mereka semua.

Penyerahan cenderahati berupa kelengkapan haji seperti ihram, telekung dan sejadah kepada pemenang oleh Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel


Majlis tersebut turut diadakan acara penyerahan mock-up cek kepada pihak Alkhatiri Travel & Tours Sdn Bhd sebagai simbolik kepada majlis ini.

Penyerah mock-up cek kepada pihak AlKhatiri Travel & Tours Sdn Bhd

Benarlah kata orang..tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa lah yang tahu! Aku yang menyaksikan sendiri mereka menerima hadiah ni pun terasa sebak di dada. Maklum lah..bukan semua orang yang berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah apatah lagi ditanggung 100% kan?

Kesemua para pemenang akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah pada bulan Januari 2019. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Hj Salim Bin Salleh iaitu Pengarah Urusan AlKhatiri Group bersama warga kerja Al Khatiri yang lain.

Sempat jugak hari tu aku berbual dengan pemenang. Rata-rata mereka masih seakan tak percaya diaorang menang dan berpeluang untuk menjadi tetamu Allah. Masing-masing dengan nada sebak dan terharu memanjatkan seribu kesyukuran dan berterima kasih pada pihak Jakel yang memberi peluang sehebat ini untuk mereka.

Allahu..kalau lah aku tahu..dah lama aku sertai PERADUAN BELI & MENANG ni. Untuk korang yang di luar tu..yang tak tahu macam aku ni, jangan berputus asa sebab masih berpeluang untuk menang. Mana tahu kan..tahun depan rezeki kita pulak untuk mengerjakan Umrah secara percuma 100% macam mereka yang menang tu sebab bermula 23 November 2018  sehingga  6 Januari 2019 Jakel sedang melakukan Jualan Akhir tahun 2018.

Potongan separuh harga diberikan dengan menawarkan koleksi kain-kain terbaru dengan corak lebih fresh dan trendy! Tunggu apa lagi korang..Jom la ke Jakel sekarang. Hehehe..ingat kain, ingat Jakel!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Website : www.jakel.my



You May Also Like

0 comments