160 Pilihan Makanan di Pak John Steamboat & BBQ

by - November 15, 2018

Tak lama lagi dah nak cuti sekolah kan? Biasa cuti sekolah mesti nak plan pergi jalan-jalan dengan keluarga, makan besar dengan anak-anak dan belanja sanak saudara yang datang jauh.

Jom aku share satu tempat makan yang banyak sangat pilihan makanan yang ada dengan harga yang sangat-sangat berpatutan. Kat mana tu? Ha..dekat je..di IOI City Mall, Putrajaya.


Pak John Steamboat & BBQ

Pak John Steamboat & BBQ restoran terletak di GE-11, Ground Floor, IOI City Mall ini menawarkan 160 pilihan makanan dengan harga yang sangat-sangat berpatutan.

Korang boleh pilih apa sahaja makanan yang korang nak makan dan enjoy lah sepuas hati korang hehehe..macama aku hari tu, duduk makan sampai 2 jam! Sampai perut rasa nak meletup hahah..mana taknya..semua makanan kat sini sedap-sedap belaka.

Hari tu, aku pilih sup tom yam sebagai kuah steamboat. Tom yam dia memang sedaplah dan kena sangat dengan tekak aku yang sukakan makanan masam-masam pedas.



Untuk yang bakar-bakar, suami aku dah pastilah ambil kambing. Aku..sebab memang tak berapa nak makan kambing jadi aku lebih suka ambil daging dan abalone..hehehe..sedap wei abalone bakar! Aku sampai ulang ambil 2-3 pinggan.





Tapi sumpah wei..banyak sangat pilihan makanan. Aku sampai tak tau nak pilih mana satu..hahaha..bagi yang awak anak-anak, mesti diaorang suka bila tengok banyak sangat 'cucuk-cucuk'. Macam aku yang dah tua ni pun bukan main terujanya bila dapat fish cake hahaha..pastu rebus dalam sup tom yam..perghh meleleh!



Untuk penggemar-penggemar makanan laut pulak..aku rasa Pak John ni pun kira ibarat syurga makanan laut jugak lah bila tengok banyak giler seafood yang dihidangkan di sini.



Nampak tak muka keliru nak amik apa? hahaha..
Ha..kalau nak cerita bab makanan..memang tak habis lah kan..sebab terlalu banyak sangat pilihan. Bayangkan lah..kalau ada 160 pilihan! Aku rasa separuh dari 160 tu pun aku tak terambil.

Selain hidangan untuk steamboat & BBQ, terdapat juga hidangan buffet seperti mee goreng, nasi goreng dan pelbagai pilihan lagi.


Hidangan pencuci mulut juga disediakan termasuk kek, waffle dan ais krim. Jadi aku rasa Pak John ni memang sebuah restoran yang sangat sesuai untuk bawa seisi keluarga.


Aku suka bahagian ni..ni tempat sos..pelbagai pilihan sos ada di sini

Harga Berpatutan Untuk Hidangan Sehebat Ini

Melihat hidangan yang aku cerita kan di atas..mesti korang tertanya-tanya berapa harga sekepala? Muahahah..mesti korang tak percaya yang harga yang ditawarkan sangat-sangat berpatutan.


Jadi, kalau korang berminat nak makan di Pak John ni, boleh lah korang ke outlet-outlet yang berdekatan dengan korang sebab Pak John ni selain ada di IOI City Mall, juga ada di E-Curve


Pak John Steamboat & BBQ
IOI City Mall Outlet
GE-11, Ground Floor, IOI City Mall,
62502 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel : +603-89571128

E-Curve Outlet
Lot LG-13A & LG-15, eCurve Mall,
No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara,
47820 Petaling Jaya, Selangor

Tel : +603-77333913/ 012-7050648

Website : www.pakjohn.com

You May Also Like

20 comments

  1. Meriahnya menu dia.. keliru ni nak pilih yang mana

    ReplyDelete
  2. Aboiiihhh semua org pakat share pasal makanan ni, mmg x kasi i diet ke cane ni? Hahaha. Nampak menarik betul lah. Byk sgt option ni.

    ReplyDelete
  3. syok nya.. banyak pilihan ni.. boleh lah makan sampai kenyang kenyang ni.. berbaloi.. yummy!

    ReplyDelete
  4. Aduduii serious terliur betul tau tengok semua yang update about Pak John Steamboat ni! Nampak mmg macam sedap2 belaka betul semua makanan2 yg ada kat sana, dahlah ada pelbagai pilihan kan, confirm rambang mata bila pergi makan kat sana kan 😄

    ReplyDelete
  5. Selalu dengar pasal tempat ni but tak berkesempatan try lagi. Selection they all banyak and harga pun best. Boleh ajak my sis nanti.

    ReplyDelete
  6. Saya pernah jugak makan 2 kali dekat pak john ni. tapi cawangan curve punye. So far, pak john ni tempat paling best nak makan steam boat dan bbq sebab pilihan makanan dia banyak gila dan unik

    ReplyDelete
  7. Banyaknya awak ada makanan sampai 160 tu boleh makan semua ker hehehe kita tak boleh nak makan semua sebab dah kenyang sangat heheheh lama tak makan steamboat ni awak nak belanja kita ker...

    ReplyDelete
  8. Kenapa banyak sangat pilihan makanan kat sini wakk. Nampak tersusun kemas dan bersih paling penting. Jom dating sini next time

    ReplyDelete
  9. Mmg kalau nk buat gathering ramai2, elok dtg ke restoran yg berkonsepkan steamboat n grill mcm nie. Bru je pergi mkn hari tu kat Pak John. Best ! Sup tom yam dia sedap

    ReplyDelete
  10. Wahhh... Setuju memang buleh bikin perut rasa nak meletop kalau sampai 160 pilihan yang ada. Meriah! Tapi opkos laaa puashati dengan harga dan menunya kannn? Suka laa tengok susun atur nya kemas tersusun rapi. Lain kali kak nina pi area sini boleh laaa singgah pekena steamboat ni lak. Thanks sharing Min.

    ReplyDelete
  11. Qaseh pun suka gila tomyam dia , kena dengan tekak , daging yang premium semua amik hihihi

    ReplyDelete
  12. Wah banyaknya pilihan makanan semua nampak sedap dan berkhasiat. Dah lama bak bawa famili makan kat sini tapi x berkesempatan lagi

    ReplyDelete
  13. 160???? Giler laaa..berbaloi betul dengan harga. Tengok bahan2 steambout tu segar2 semunya.

    ReplyDelete
  14. memang banyak menu sampai rambang mata dibuatnya... i suka kuah miso sup sebab bukan makpak je leh makan budak budak pun boleh makan memang enak rasanya... lagi satu jangan ambil melebihi kapasiti perut sendiri hahahah

    ReplyDelete
  15. i remember i had once at this place and really loving it and still miss this place. is kinda far away from my house and really hope that they consider to open at MidValley.. hehehe... then i can go weekly

    ReplyDelete
  16. famous betullah pak john ni.. dah la banyak pilihan makanan. lepas tu harganya sangat berpatutan.. boleh makan banyak2 dan unlimited

    ReplyDelete
  17. Seronok betul mkn kat Pak John,puas hati mcm2 ada sampai xtau nak pilih seafood dis

    ReplyDelete
  18. Dalam banyak2 kedai stimbot kt KL/Selangor, Pak John yg paling berbaloi kot. Variasi makanan & keselesaan tmpt. Pernah gi yg Curve..terbaek

    ReplyDelete
  19. Fuh...kalau 160 jenis maunya lalu makan pun separuh je.. huhuhu.. tapi kalau nekad nak rasa semua jenis boleh la ambil seketul2 cukupkan 160 .ha4 .. teringin gak nak makan kat sini... taktau la bila berpeluang

    ReplyDelete
  20. Sedapnya. Nampak je semua...

    ReplyDelete