ZV Beauty Collection Revolusi Kecantikan Masa Kini

by - September 28, 2018

Rabu lepas aku berkesempatan menghadiri majlis pelancaran satu produk kecantikan yang menekankan kesihatan kulit jenama ZV.


Majlis pelancaran ZV Beauty Collection telah diadakan di TPC KL dengan dihadiri oleh para wartawan, blogger, artis dan make up artis. Majlis turut dihoskan oleh selebriti yang tak asing lagi di Malaysia iaitu si cantik Sazzy Falak.


Jujur, aku suka sangat dengan arrangement majlis yang dipenuhi oleh bunga-bunga segar yang berwarna purple. nampak sangat elegan dan sangat-sangat segar bersesuaian dengan koleksi produk yang dilancarkan.

Aku memang puji sangat majlis pelancaran ZV Beauty Collection ni sebab selain hiasan, susunan kerusi..para wartawan dan bloggers diletakkan dibahagian depan sebab senang kami nak buat kerja kan..hehe..vip lak duduk belakang kami. Pada aku satu penghargaan buat kami yang memang datang untuk buat kerja ni. Jadi bila amik gambar tak ada la gambar penuh dengan kepala orang je..hahahaha..



Setiap kerusi ada goodies bag yang menarik..yeayyyy kte suka!
Menariknya nama ZV Beauty Collection ini adalah gabungan nama founder adik beradik iaitu Z untuk Zihan (kakak) dan Vian (adik)..maka terhasillah ZV Beauty Collection. Rasa sweet sangat bila gabungan nama kakak dan adik ni direalisasikan menjadi satu produk yang berkualiti.

Puan Zihan (3 dari kiri) dan Puan Vian (4 dari kiri) diapit oleh model dan makeup artis
Majlis yang meriah ini turut dipersembahkan tutorial make up oleh make up artis ternama dengan menggunakan produk keluaran ZV Collection. 3 orang model dengan kulit cerah, sederhana dan sawo matang telah disolek bagi menjelaskan lebih kepada para hadirin tentang koleksi ZV Beauty Collection ini sememangnya dihasilkan untuk semua jenis kulit.




ZV Beauty Collection


ZV Beauty Collection telah mengeluarkan 4 jenis produk yang sangat berkualiti dengan bungkusan yang sangat menarik iaitu :

1. Precision Face Base Primer (20ml)

Tahu tak korang yang primer adalah sangat penting penggunaannya sebelum kita menggunakan make up pada kulit wajah? Primer ni lebih banyak manfaat sebenarnya berbanding pelembap muka kerana primer membantu meratakan warna kulit, membuatnya tampak lebih halus dengan tekstur yang lebih matte kerana ada bahan dalam primer yang mampu mengawal minyak berlebihan pada kulit muka.

Selain itu primer membantu foundation bertahan lebih lama serta menjaga kulit agar tidak kering. Precision Face Base Primer keluaran ZV Beauty Collection telah diformulasikan dari minyak Argan dan minyak Marula dan dikuasakan oleh vitamin E.

Dengan perlindungan selama 24 jam, Precision Face Base Primer ini memberikan 'glowing impact' pada si pemakai.

Harga : RM67.90


2. Precision Treatment Foundation

Diformulasikan oleh minyak Argan dan minyak Marula dan dikuasakan oleh vitamin C yang bertindak untuk mencerahkan, vitamin E yang memberi perlindungan penuh dengan 24 jam UV protection (SPF 35) foundation ini sangat sesuai untuk mereka yang berjerawat dan mempunyai pigmentasi pada kulit wajah kerana foundation keluaran ZV Beauty Collection ini berfungsi bukan sahaja untuk melindungi cela pada kulit  malah bertindak berfungsi untuk merawat kulit wajah.

Harga : RM65.90


3. Precision Loose Powder

Bedak yang diformulasikan dari minyak Argan dan minyak Marula yang turut dikuasakan oleh vitamin C dan vitamin E ini bertindak untuk menjadikan kulit tampak lebih 'matte', memudarkan garis halus dan mengecilkan liang pori pada wajah.

Harga : 66.90


4. Precision Eye shadow

Aku paling tertarik dengan eye shadow keluaran ZV Beauty Collection ni sebab nama pada setiap warna dinamakan dengan nama anak-anak founder. Hehehe..rasa comel sangat. Terdapat 4 warna menarik dan lembut untuk para pemakai. 

Harga : RM70.90


Jujur aku paling suka tekstur foundation keluaran ZV Beauty Collection ni. Mana taknya, teksturnya terasa ringan dan menjadikan kulit muka aku tak berminyak. Maklum la..kulit muka aku memang jenis yang berminyak dan aku memang agak cerewet dalam memilih foundation ni. 

Aku sejenis tak suka bila pakai foundation muka jadi berkilat je. Tapi dengan foundation keluaran ZV Beauty Collection ni muka terasa seakan lebih 'natural' macam tak pakai make up di muka pun.

Semalam aku hadiri 1 event, saja lah cuba pakai foundation dari ZV Beauty ni..perghh..terus jatuh cinta rasa sebab dia menutup segala cela dimuka dan yang penting dia tak berminyak.
Apa pun, tahniah kepada pengasas produk ZV Beauty Collection ni kerana telah berjaya mengeluarkan produk berkualiti setanding produk luar negara.

Hehehe..sebelum berundur nah aku belanja 1 gambar selfie aku dengan hos majlis pelancaran V Beauty Collection hari tu iaitu si cantik Sazzy Falak



Oh ye..untuk maklumat lebih lanjut tentang ZV Beauty Collection ni korang boleh usha-usha mereka di :





You May Also Like

18 comments

  1. Wah kulit kita pon sesuailah nih wak yer. btw sy setuju buat macam nih letak media kt depan sebab senang nak buat keja, kalau dok belakang amek gmbr nampak kepala orang je kan.

    ReplyDelete
  2. Bestnya satu set terus , makin cun Kak Min ahaks..semoga maju jaya ZV beauty , packaging dia lawa nampak ekslusif

    ReplyDelete
  3. Cantik dan best pula zaza tgk produk zv beauty ni.. Rasa berkenan tengok foundation dan primer tu.. Primer zaza pun nk hbis gak ni.. Nanti zaza usha2 tgk kot nak membeli jnma ni pulak..

    ReplyDelete
  4. waa bestnyaa ada Sazzy Falak, Qeela suka dia so cantik & nice jee hehe. Anyway, not bad jugak tgk product baru ni, ada full review makeup diorg tu tak yea?

    ReplyDelete
  5. wow good to know got new makeup range to try. Got to find out of their prices too, palette colors look nice.

    ReplyDelete
  6. alaaa...x ajak kiter pun..dh la akak suka event2 kecantikkan sekarang ni..hahaha..menarik event ni..nampak majlis gilang gemilang..untung la dpt jujumpa dan bergambar ngan sazzy falak

    ReplyDelete
  7. Cantiknya Sazzy Falak.. dengan baju yg nmpk eksklusif, wajah Sazzy nampk lebih berseri2.. AM kena cuba gak la foundation yg kak meen sarankan.. mesti AM lg comel pasni..

    ReplyDelete
  8. Sis lom cuba lagi produk ni..sayang pulak Nk bukak..hehehe. Tapi tgok model pakai mmg menarik sgt foundation dia kan

    ReplyDelete
  9. wow... awak dh cantik pakai lagi product yang best lagi lah cantik.. jele kita tau.. nak kena dpatkan foundation ZV lamacam ni.. kita nak lawan awak tauuu hihihi

    ReplyDelete
  10. Mcm best je kak Min set ZV Beauty ni satu set terus. Rasa nk belikan untuk mak la.Mesti die suka. Btw dari tdi mata melilau tgok gmbr yang ad Sazzy Falak. Cantiknya.hehehe

    ReplyDelete
  11. produk baru ye ZV ni?Macam best je semua produk dia.Face primer tu cikmin dah try ke?Best tak?

    ReplyDelete
  12. Setuju sangat bila media dan blogger diletakkn di hadapan, senang nak wat kerja. Kalau tak ambil gambar/video nampak kepala manusia jerkk.. Anyway tengok sis guna produk ni semlm kn, cantik nampam smooth & full coverage

    ReplyDelete
  13. Makin laku ya kak min skang. Asyik p event beauty je skang kan. Tak syantik lagi tak taula. Hahaha

    ReplyDelete
  14. Eh eh, bestnya ada foundation dan bedak untuk banyak shade. Deorang boleh pergi jauh ni sebab ada idea macam ni.

    ReplyDelete
  15. A;hamdulillah rezeki orang berniaga sentiasa ada ya. Cuma bila dah kaya dan berharta biarlah ikut resmi padi. makin tunduk makin berisi

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah rezeki. Tahniah semoga makin banyak job di terima dan tak pernah putus. Bolehlah bagi mak ayah lebih sikit dan berbakti pada mereka kan

    ReplyDelete
  17. Wowww bukan biasa2 ni..
    Siap host sazzy falak lagi ni...
    Kita berminat la nak try eyeshadow dia tu..warna mcm.menarik ja

    ReplyDelete
  18. Wow.. Bestnya... Mmg dok cari foundation seperti ciri yg disebutkan tu...

    ReplyDelete