Beat The Heat di Larian Coway 2018

Lamanya aku tak masuk acara lari-lari ni. Last masuk awal tahun hari tu kalau tak silap. Lepas tu cuma menternak lemak je di badan ni hahaha..

Menyedari sel-sel lemak di badan mula merebak, aku dengan penuh keinsafan hari ini telah mendaftarkan nama aku untuk acara Larian Coway 2018 - Heat the Beat dengan doa dan harapan semoga selepas ini momentum untuk meneruskan kehidupan secara sihat akan terus berkembang la..wakakaka..


'Beat The Heat' di Larian Coway 2018

Hari ini, 11 hb Julai 2018 bertempat di Mandarin Oriental Kuala Lumpur telah berlangsung majlis pelancaran Larian Coway 2018 : 'Beat The Heat'.

Pelancaran ini telah dilakukan oleh Mr James Park selaku Director of Global Business Division Coway Korea, Mr Kyle Choi Ki Ryong selaku Managing Director Coway Malaysia dan Mr Ryan Jung Tae Seung selaku Head of Division-Communication Division Coway Malaysia




Untuk tahun kedua ini, Larian Coway akan berlangsung pada 7hb Oktober 2018 di MAEPS, Serdang dengan tema 'sejuk' dan elemen kebajikan! Wah..macam mana tu ek?

Untuk tahun ini, laluan larian direka dengan percikan air, mist tunnel & wind tunnel..gittewwww..so tak adalah para peserta nanti terlalu panas kannn..hurmm..cam menarik dan tak sabar pulak aku nak join larian ni.

Dan untuk tahun ini, setiap RM10 daripada pembelian tiket akan didermakan kepada 'Happy Water Project' iaitu satu projek menyalurkan bekalan air kepada yang kurang bernasib baik.

Jarak untuk Larian Coway 2018 ini ialah 10KM & 5KM untuk peserta lelaki & permpuan untuk kategori :

  • Terbuka (16 tahun ke atas)
  • Internatioanl (16 tahun keatas)
  • Veteran (40 tahun ke atas)
Bagi peminat Jordan Yeoh iaitu fitness model Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk menyertai larian ini kerana Jordan Yeoh akan turut serta dalam Larian Coway 2018-Beat The Heat ni tau!

Harga  & Keterangan Tiket

Untuk menjawab segala keraguan dan pertanyaan tentang tiket boleh rujuk jadual di bawah :




Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut lagi mengenai Larian Coway 2018 : Beat The Heat ini korang juga boleh layari http://cowayrun.com.my/. atau sekiranya korang berminat untuk menyertai Larian Coway 2018 : Beat The Heat korang bolehlah mendaftar di https://cowayrun.eventbrite.sg


Post a Comment

0 Comments