Single Pertama Aqeesh Aleeya 'Aku Malu'

by - June 12, 2018

Akhirnya!!..Juara Bakat Ohsem Malaysia (BOM) 2017 anjuran hurr.tv, Aqeesh Aleeya tampil dengan single pertama berunsurkan pop dance berjudul 'Aku Malu' ciptaan DJ Fuzz dan lirik oleh Hez Hazmi.


Tahniah adik Aqeesh Aleeya yang baru berusia 14 tahun. Walaupun baru berusia 14 tahun tapi suara Aqeesh Aleeya sangat matang. Jujur, kalau aku tak tengok persembahan beliau hari tu, aku ingatkan penyanyi 'Aku Malu' ni dah berusia 20-an.




Siapa Aqeesh Aleeya?

Nama penuh Aqeesh Aleeya ialah Nur Balqis Aleeya Shahrom. Dilahirkan pada 5 Mei 20014 dan berusia 14 tahun juga merupakan anak jati Selangor. 

Beliau telah menunjukkan minat terhadap bidang nyanyian seawal berusia 2 tahun lagi dan pada tahun 2013 & 2014 beliau telah muncul sebagai juara 'Bitang Kecil RTM' peringkat negeri Selangor.

Pada tahun 2015, Aqeesh disenaraikan antara 3 pemenang utama bagi pertandingan bakat P&G  sekaligus memberinya peluang untuk bertemu secara langsung juri 'Asia Got Talent' iaitu Anggun serta membuat persembahan di hadapannya.

Dan pada tahun lepas iaitu pada 23 Disember 2017, Aqeesh Aleeya telah dinobatkan sebagai juara Bakat Ohsem Malaysia (BOM) dan telah berjaya membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM100,000 dan sebuah Proton Saga 1.3 (A) tajaan MyMotor.

Wahhh untung ko dik..aunty yang dah tua ni pun tak berpeluang pegang duit RM100,000 lagi dik. hehehe..apa pun jutaan tahniah diucapkan atas bakat dan usaha berterusan.


Single Pertama : Aku Malu

Kerjasama antara Aqeesh Aleeya dan DJ Fuzz serta Hez Hazmi bermula sejak Februari 2018. Dan pembikinan lagu 'Aku Malu' ini dilakukan pada 29 Mac 2018 yang lepas. 'Aku Malu' mengisahkan tentang situasi di mana seorang gadis/jejaka yang jatuh cinta dalam diam kepada seseorang yang diminatinya. 

Perasaan suka terhadap 'crush' itu pula semakin hari semakin menebal walaupun begitu, gadis/jejaka berkenaan tidak berani untuk meluahkan perasaan sebenar kepada 'crush' tersebut..cewahhhh giteew la kisah lagu ni..sebab tu tajuk dia 'Aku Malu'

Video lirik lagu 'Aku Malu' secara eksklusif dipertontonkan kepada media dalam sebuah majlis di Petaling Jaya pada 4 Jun 2018 sebelum disiarkan di laman web dan you tube hurr.tv. Manakala video muzik bagi lagu ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat di mana Aqeesh akan digandingkan bersama naib juara Bakat Ohsem Malaysia, Nasty Rock Crew.

Kalau korang berminat nak mendengar suara matang penyanyi cilik berusia 14 tahun ni, korang boleh dapatkan lagu 'Aku Malu' ni di platform digital seperti iTunes, Spotify dan Joox dalam masa terdekat. Kalau nak berkenalan dengan Aqeesh Aleeya secara dekat pula jangan lupa follow Aqeesh di :
Instagram : @aqeeshaleeya


You May Also Like

3 comments

  1. Assalammualaikum wbt.
    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI! MAAF ZAHIR & BATIN =)

    ReplyDelete
  2. ala xkenai la pulok dia ni..huhu

    ReplyDelete
  3. Lahir 2004 kot... salah tulis 20014..
    Muda lagi dah ada album berbakat sungguh

    ReplyDelete