Singgah Rasa di TAMU Hotel & Suites

by - May 04, 2018

Teringin nak berbuka puasa sambil menikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur dan berlatarbelakangkan KLCC? Jom ke TAMU Hotel & Suites.


Tahun ni untuk kali pertamanya TAMU Hotel & Suites adakan buffet ramadan tau! Jadi, semalam aku berkesempatan memenuhi undangan untuk preview buffet ramadan di Suasana@27, TAMU Hotel’s Coffee House yang terletak di aras 27.


Melangkah masuk je ke Suasana@27, mata terus terpaku pada pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. Paling menarik ialah jelas nampak KLCC yang tersergam indah depan mata. Jadi..apa lagi! Sebelum mulakan kerja kita possing la dulu wakakakaka..


Bagi yang belum tahu, TAMU Hotel & Suites ni terletak betul-betul berhadapan dengan Masjid Jamek Kampong Bharu. Akses yang mudah juga untuk korang datang jalan-jalan cari makan di Kampong Bharu kalau menginap di sini. 

TAMU Hotel & Suites ni cuma 500 meter dari stesen LRT Kampong Bharu. Kalau jalan kaki kira-kira cuma 5-10 minit je nak ke stesen LRT. Oh ye! Aku memang concern sikit bab-bab public transport ni sebab pada aku mudah nak ke mana-mana menggunakan public transport selain jimat masa,tenaga dan wang ringgit.

Juadah Berbuka Puasa 

Singgah Rasa adalah tema dan tagline TAMU Hotel & Suites untuk tahun pertama mereka untuk buffet ramadan. 

Menghidangkan pelbagai jenis hidangan dengan 13 buah gerai berbeza termasuk hidangan dari Timur Tengah seperti Nasi Mandy dengan Kambing Panggang dan Ayam Bakar Morocco.



Menariknya, hidangan di Suasana@27 ni adalah air tangan dari Chef Selebriti iaitu Chef Sabri Hassan.


Selain dari gerai dari Timur Tengah terdapat juga Indian Corner Stall yang menghidangkan Mutton Kashmiri dan Ayam Tandoori yang memang terkenal untuk hidangan masakan India. 

Pendek kata semua hidangan termasuk hidangan masakan Melayu kampung turut disediakan untuk para tetamu. Tak lupa juga hidangan antarabangsa seperti Beef Goulash, Seafood Brochette with Lemon Butter Sauce, Jalapeno Sausage with Onions dan bermacam lagi..nak sebut pun dah tergeliat lidah! Haha..












Harga, Promosi & Keterangan Lanjut

Berminat nak rasai sendiri pengalaman berbuka puasa di sini? Jom dapatkan promosi ‘Pre-Ramadan Buffet Experience’ dari 2nd hingga 12th May 2018 dengan harga cuma RM50.00 seorang!

Tapi kalau korang betul-betul datang nak berbuka di bulan ramadan nanti, boleh check harga di bawah ni :-

Early Bird : RM99.00 nett (bermula sekarang hingga 15th May 2018)

Harga Biasa :
Dewasa : RM119.00 nett
Kanak-kanak : RM59.00 nett

Harga untuk SAHUR
RM35.00 nett (buffet dari 4.00 pagi - 5.30 pagi)

Untuk Keterangan Lanjut :
TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur
120 Jalan Raja Abdullah,
Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur
Instagram : TamuHotel&Suites



You May Also Like

2 comments

  1. Wah kena datang ni menikmati air tangan chef sabri.

    ReplyDelete
  2. patin tempoyak..terus lapooo..
    Janji Kita

    ReplyDelete