Set Ramadan Murah di Warung Makcik Kiah (McK)

by - May 19, 2018

Nak berbuka di luar dengan bajet murah? Jom ke Warung Makcik Kiah yang terletak di Sri Petaling. 

Warung Makcik Kiah juga dikenali sebagai Restoran McK telah beroperasi sejak 5 bulan yang lalu hasil ilham daripada Y.Bhg. Dato' Paduka Syed Isa Syed Alwi iaitu Pengarah Urusan Premia International Sdn.Bhd yang diinspirasikan daripada Allahyarhamah ibunya Cik Kiah yang dikenali ramai dengan masakannya di Kuantan lebih 4 dekad yang lalu.



McK sebenarnya mengetengahkan pelbagai menu tempatan dan Thailand seperti Gulai Ikan Patin Tempoyak, Pecal, Tom Yam, Paprik dan banyak lagi.






Menu Ramadan

Sepanjang bulan ramadan ni, McK telah menyediakan beberapa set menu hidangan berbuka puasa. Set tersebut ialah :

Set A

Hidangan : 2-3 Orang
Harga Pakej : RM29.90
Menu :

  • Kurma
  • Nasi Putih
  • Daging Paprik
  • Sayur Campur
  • Tom Yam Ayam
  • Sirap
  • Buah-buahan potong
Set B

Hidangan : 4-5 Orang
Harga Pakej : RM59.90
Menu :
  • Kurma
  • Kuih-muih
  • Nasi Putih
  • Ayam Paprik
  • Sayur Campur
  • Tom Yam Campur
  • Telur Dadar
  • Sirap
  • Buah-buahan potong


Ha..murahkan set ramadahn yang terdapat di McK ni? Tapi kalau korang tak nak makan set, makanan ala-carte ada je disediakan selain pilihan lauk pauk yang ada di sini.

Makanan Laut Segar Dari Sandakan

Ni berita baik untuk penggemar makanan laut macam aku sebab tak lama lagi McK akan memperkenalkan menu masakan makanan laut segar yang diterbangkan terus dari Sandakan setiap hari!

Antara yang akan diterbangkan segar dari Sandakan ke dapur McK ialah termasuk ikan kerapu, jenahak, merah, tenggiri, siakap liar, pari, udang laut, ketam bunga dan banyak lagi.

Kalau korang berminat untuk mencuba berbuka puasa dengan set murah di McK ni, korang boleh hubungi mereka :

Tel : 017-2767273 (En. Rizal)




You May Also Like

0 comments