Mood Republik : Back to Back Raya Galore Festival 2018

by - May 18, 2018

Siapa yang tak tahu tentang Mood Republik kan? Dah 5 tahun Mood Republik bertapak di Malaysia ni. Aku antara orang yang tak akan lepaskan peluang untuk ke Mood Republik..bezanya aku bukan join sebagai pembeli tapi aku akan join sebagai penjual..hehe..ye betul! Tiap tahun aku tak lepaskan peluang ni untuk setiap Mood Republik tak kiralah Mood Republik Raya atau pun Mood Republik 
YES.

Baru-baru ini aku dijemput menghadiri sidang akhbar mengenai Mood Republik : Back to Back Raya Galore Festival 2018

Antara gambar ketika join Mood Republik sebagai Usahawan


Untuk tahun ini, di sepanjang bulan Ramadan..Mood Republik bukan sahaja akan tertumpu di PWTC tetapi juga akan berkunjung ke lokasi-lokasi lain yng dinamakan Back to Back Raya Galore Festival 2018 yang akan bermula pada hari ini iaitu 18 May 2018 di Kelantan sehingga esok 19 May 2018.
Kemudian pada 1 & 2 Jun 2018 Mood Republik : Back to Back Raya Galore Festival 2018 akan berada di Kedah dan seterusnya di Pahang pada 2 & 3 Jun 2018 dan lokasi kemuncak di PWTC pda 8, 9 & 10 June 2018

Seperti tahun sebelumnya, di PWTC.. Mood Republik : Back to Back Raya Galore Festival 2018 akan berlangsung selama 3 hari tanpa henti bersamaan 72 jam bermula Jumaat 8 Jun 2018 seawal jam 10 pagi dan akan berakhir pada 11 Jun pada pukul 10 pagi.

Kalau siapa yang biasa ke Mood Republik pasti akan tahu bagaimana kemeriahan temasya yang bakal menghimpunkan lebih daripada 1,000 jenama yang majoritinya diterajui oleh usahawan generasi muda bumiputera Malaysia.

Seperti tahun-tahun yang lalu, Mood Republik : Back to Back Raya Galore Festival 2018 masih meneruskan tradisi Mood Republik iaitu hujan duit dimana pada tahun ini sebanyak RM100,000 wang tunai bakal menghujani lobi PWTC pada acara pembukaan dan bersedia untuk direbut sebagai tanda terima kasih Mood Republik kepada pengunjung setia.100,000 beg hadiah percuma turut akan diberikan kepada 100,000 pengunjung pertama.


Jenama & Artis Terlibat

Pada tahun ke-5 ini, Mood Republik terus kekal relevan sebagai Festival Fesyen dan kecantikkan yang berjaya mengumpulkan nama-nama besar dan eksklusif di bawah satu bumbung. Antara nama-nama besar dan eksklusif yang turut terlibat kali ini ialah Ice Watch, Timberland, Elianto, Vida Beauty, D'herbs, Rico Rinaldi, Ezuwan Ismail, Melinda Looi, Mimpi Kita, Super Coffee, Jubah Souq, Sugarscarft, Losravelda, Shawl Publika, Jannah Noe, Starvillion, Tudung Ruffle, Nealofar Hijab, Lily Petuna, Zawara, Bokkita Hijab, Alfio Ralda, Dyxy Cosmetic dan banyak lagi.

Manakala barisan artis yang mempunyai jenama sendiri yang turut memeriahkan Mood Republik : Back to Back Raya Galore Festival 2018 ialah MRP by Fattah Amin, Trudolly by Fazura, Nur Sajat RTW by Nursajat, Ziana Zain World by Ziana Zain, RCW by Rozita Che Wan, Zapatos by Zain Saidin, Sephia by Janna Nick, MF Shawl by Mira Filzah, Wak Doyok, Bellaz Beauty by MUA Bella, Wawa & Azril Zafril, Charms Foundation by Hael Husaini, Malaed by Hairul Azreen, Vida Beauty by Dato Sri Vida, D'herbs & Aliff By Sha by Daro Sri Aliff Syukri, Jubah Lima Waktu by Wawa Zainal & Aeril Zafril, Emma RTW by Emma Maembong, Mika Series by Zoey Rahman, Cakenis by Hanis Zalikha, Owl by Nora Danish, El by Elfira Loy, Impian by Nelydia Senrose, Rossa Perfume by Rossa, Secret Perfume by Bellessa oleh Randy Panggalila dan ramai lagi.



Sumbangan

Pada KL RAYA FEST 218 kali ini, CEO Mood Republik Datuk Kimi Iskandar menyasarkan jumlah sumbangan sebanyak RM500,000 dengan fokus utama untuk membantu memperbesar Maahad Sains Al Quran Al Amin Mood Republik di Puchong dan Madrasah Huraidahah di Kota Bogor. kedua-dua entiti ini adalah penerima terbesar sumbangan Mood Republik Charity sejak 2014.



Kemudahan

Mood Republik : Back to Back Raya Galore Festival 2018 tetap memilih PWTC sebagai lokasi 'temasya'nya seperti tahun-tahun yang sudah memandangkan kemudahan pengangkutan awam seperti komuter dan lrt cuma berada berhampiran PWTC. Dan untuk tahun ini Grab akan menyediakan rebat istimewa yang terkandung di dalam aplikasi Grab bagi memudahkan pengunjung menghadiri acara Mood Republik KL Raya Fest di PWTC.

Surau yang besar yang berada di PWTC juga turut mengadakan solat terawikh bagi memudahkan pengunjung yang datang.

Jadi tunggu apa lagi? Jangan lupa serbu ke Mood Republik : Back to Back Raya Galore Festival 2018 untuk mencari keperluan anda di pagi raya nanti.

You May Also Like

2 comments

  1. wow! tak sabar nak terjah, mesti berlumba-lumba orang datang. p time sahur jerlah nt hahahaha

    ReplyDelete
  2. Wah bagus event camni dapat juga membantu menyumbang untuk tahfiz...

    ReplyDelete