Kelengkapan Ibadah Haji & Umrah di Haqqi

Sekarang ni ramai yang mengambil kesempatan untuk melakukan umrah di bulan ramadan yang mulia ni. Kakak aku pun Insyallah lagi seminggu nak ke sana unuk mengerjakan umrah dan sekaligus menyambut Syawal di sana. Bestnya..aku je belum lagi mendapat rezeki untuk ke sana lagi.

Bercakap soal umrah ni, teringat aku tentang kedai yang menyediakan pelbagai kelengkapan ibadah haji & umrah iaitu Haqqi. Minggu lepas aku sempat mengunjungi butik Haqqi yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam yang cuma bersebelahan dengan Jakel.



Menariknya di Haqqi ni ialah mereka menyediakan daripada sekecil-kecil kelengkapan ibadah haji & umrah sehinggalah ke fesyen-fesyen muslim & muslimah terkini. Menarikkan? yang penting segala keperluan yang dicari Insyallah semuanya ada di sini.

Paling menarik ialah Haqqi juga boleh didapati secara online tau! Jadi mudahlah untuk para pembeli memilih dan merancang pembelian mereka.

Kelengkapan Ibadah

Kelengkapan ibadah yang benar-benar lengkap disediakan di Haqqi ni. Antara kelengkapan yang dijual termasuklah buku panduan ibadah, Al-Quran, kain ihram, telekung, tudung, pakaian, aksesori seperti kopiah, niqab, sarung tangan & kaki, tali pinggang haji, wuduk spray, bantal angin, sejadah, tasbih dan banyak lagi.


Pendek kata, segala keperluan untuk melakukan ibadah semuanya ada di sini.Selain keperluan-keperluan yang aku sebutkan di atas, Haqqi turut menjual pelbagai fesyen muslim & muslimah termasuk keperluan untuk kanak-kanak. Antara yang ada di sini ialah :-

Pakaian Lelaki
  • Baju kasual seperti kemeja & T-Shirt
  • Baju Melayu
  • Jubah
  • Kurta
  • Seluar

Pakaian Wanita
  • Tudung
  • Baju Kurung
  • Kebaya
  • Dres
  • Jubah
  • Jubah Seluar
  • Sut
  • Peplum
  • Blous
  • Cardigan
  • Seluar
  • Tunik
  • Plain Skirt



Kanak-Kanak
  • Kasut Bayi
  • Sejadah kanak-kanak
Pendek kata segalanya ada disediakan di Haqqi. Kalau korang mencari barangan keperluan ibadah, jangan lupa datang membeli di Haqqi. Tapi macam aku yang belum sampai seru untuk ke tanah Mekah lagi ni, aku ke Haqqi untuk mencari pakaian yang semuanya cantik-cantik belaka dan oh ye! aku sangat jatuh cinta dengan baju ni..hahahaha..cantikkan?


Kalau korang bermiat untuk bershopping di Haqqi ni, boleh la datang ke butik Haqqi di :

Haqqi
No. 13 & 15 Jalan Plumbum S7/S
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Email : info@haqqi.com.my
Tel : 03-55234798


Post a Comment

2 Comments

  1. wah..senangnya kalau nak g umrah atau haji datng sini jer..semua barang ada. tak perlu pergi banyak2 tempat dah. Haqqi terbaik..

    ReplyDelete
  2. wahh... banyak betul pilihan. baguslah ada kedai macam ni. memudahkan urusan orang, bukan setakat untuk yang nak mengerjakan haji dan umrah, bahkan untuk beraya mahupun untuk pakaian seharian!

    ReplyDelete