Jakel..Barulah Raya!! Di Jakel Shah Alam

Sebut je JAKEL semua dah terbayang kain..dah terbayang baju raya. Aku pun tak terkecuali.



Aku sebenarnya dah kenal Jakel ni dari tahun 2002 lagi masa aku di Muadzam Shah, Pahang. Oleh sebab bandar terdekat kalau nak bershopping ialah bandar Segamat, Johor..maka biasanya penduduk Muadzam Shah akan ke Segamatlah untuk bershopping dan di Segamat terdapat sebuah kedai kain yang famous iaitu Jakel, tapi masa tu Jakel tak adalah sebesar sekarang.

Kalau mengikuti sejarah Jakel, sebenarnya Jakel telah ditubuhkan 35 tahun yang lepas oleh Mohamed Jakel Ahmad di Muar,Johor dan telah mengorak langkah pertama berpindah ke Segamat pada tahun 1985. Jadi tak hairanlah pada zaman aku menetap di Muadzam Shah tu, aku selalu membeli kain di Jakel Segamat.

Tapi sekarang Jakel bertambah maju dan hari ni terdapat 22 cawangan Jakel di seluruh Malaysia. Kagum! tu je yang mampu aku katakan sebab aku dah kenal Jakel dari cawangan yang kecil hingga sekarang Jakel memonopoli perniagaan kain dan pakaian di Malaysia ni.

Jakel Barulah Raya di Jakel Shah Alam

Sabtu lepas berlangsung 1 majlis sembang santai yang turut dihadiri oleh duta-duta raya seperti Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya & Lara Alana (Schawalara) serta Hanis Zalikha, Harul Azreen & Yusuf Iskandar, Harith Iskander dan Upin & Ipin.




Menariknya, pada hari tersebut 100 baju percuma telah diberikan kepada 100 pelanggan terawal dan terdapat lelongan sehingga 85% diskaun! perghh memang hebat.

Selain itu pada hari Jakel turut menyumbang pakaian dan wang sejumlah RM5,000 kepada Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR)



Membeli-belah di Jakel

Jujurnya setiap tahun aku memang tak melepaskan peluang untuk membeli pakaian di Jakel. Tak kiralah sama ada membeli kain atau pun pakaian siap dijahit seperti jubah dan baju kurung. Memang mudah sebenarnya nak membeli-belah segala jenis pakaian di Jakel ni sebab semuanya ada dijual dibawah 1 bumbung daripada pakaian kanak-kanak hinggalah ke pakaian lelaki dan wanita dewasa. 

Kain Samping Benang

Untuk raya tahun ni Jakel telah memperkenalkan kain samping benang. Kain samping benang ni lebih berkonsepkan santai dan mudah untuk digayakan disamping mengekalkan ciri eksklusif yang hanya boleh didapati di Jakel sahaja. Elemen keselesaan juga diberikan untuk pemakaian kain samping benang ini kerana ianya boleh dipakai sepanjang masa.

Yang menariknya, tekstur kain samping benang ni teksturnya tidak keras jadi pemakai akan rasa lebih selesa.

Koleksi Baju Melayu

Umum tahu yang Jakel telah memperkenalkan koleksi baju-baju melayu hebat yang menarik dan bergaya. Da koleksi baju melayu tersebut terdiri daripada :

  • Baju Melayu Aaron Aziz
Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dan khusus dengan memberikan kekemasan pada leher, poket dan keselesaan. Untuk tahun 2018 ni, Jakel mengeluarkan rekaan terbaru khas 2018 yang direka daripada pelbagai jenis warna dan fabrik dan untuk tahun ini warna yang dijangkan hit ialah warna hijau burung merak ataupun dikenali dengan warna teal green.

  • Baju Melayu Nabil Ahmad
Berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket termasuk potongan slim-fit. Baju-baju ini ditawakan dengan harga yang berbeza mengikut pada rekaan dan kualiti kerana Jakel mempunyai beberapa kumpulan sasaran dan ingin menjadikan koleksi Nabil Ahmad ini sebagai koleksi bernilai dengan menawarkan variasi pilihan warna yang boleh dipilih. Warna yang dijangka hit tahun ini ialah warna merah hati.

  • Baju Melayu Awal Ashaari
Berpotongan moden kotemporari dan mempunyai label AA pada bahagian poket hadapan baju memberikan sisi segak pada si pemakai. Pada tahun ini, koleksi Awal Ashaari lebih memfokuskan kepada warna dan kualiti kaum untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh keyakinan dan selesa. Warna yang dijangkakan hit tahun ini ialah warna navy blue.

  • Baju Melayu Harith Iskander
Direka khas untuk mereka yang memakai 'plus size' supaya mereka yang bertubuh 'plus size' dapat mengayakan baju melayu yang bergaya di pagi hari raya. Warna yang dijangka hit tahun ini ialah 'yellow cup'

Harga koleksi baju melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan iaitu daripada serendah RM89 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma sehelai kain samping beserta butang baju melayu bagi setiap pembelian sepasang baju melayu.


Koleksi Kurta

  • Kurta Hairul Azreen
Terdapat beberapa koleksi kurta antaranya Kurta Hairul Azreen . Koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan si pemakai. Ianya juga dijahit dengan menggunakan fabrik cotton berkualiti disamping mempunyai kekemasan pada potongan leher dan di belakang bahu. Kurta ini turut dilengkapi dengan detailing poket dan butang pada sisi lengan.

Keluaran koleksi kurta juga berkonsepkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah. 

  • Kurta Awal Ashaari
Untuk pilihan kurta tahun ni, aku pilih kurta Awal Ashaari untuk suami. Kain memang cantik, selesa, mewah dan kemas. Pilihan warna aku pula ialah oren..memang cantik!



Sama seperti Kurta Hairil Azreen, koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan si pemakai. Ianya juga dijahit dengan menggunakan fabrik cotton berkualiti disamping mempunyai kekemasan pada potongan leher dan di belakang bahu. Kurta ini turut dilengkapi dengan detailing poket dan butang pada sisi lengan.

Keluaran koleksi kurta juga berkonsepkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah. 





Koleksi Baju Kurung

  • Baju Kurung Ayda Jebat
Berkonsepkan kurung moden, ianya bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita berkerjaya yang ingin penampilan ceria dan segar di musim lebaran. Koleksi kurung ini turut memberikan sentuhan eksklusif pada setiap rekaan.

Koleksi baju kurung yang dikeluarkan ini mensasarkan kepada golongan wanita daripada peringkat remaja hingga dewasa. Setiap keluaran Ayda Jebat bagi koleksi lebaran tahun ini lebih bersifat moden dengan pilihan warna yang menarik dan motif corak printed terkini.

Koleksi Kanak-Kanak

Pakaian kanak-kanak masih mengekalkan label Upin Ipin. Walaubagaimanapun ianya diolah kepada rekaan baru yang bersesuaian dengan masa kini. Setiap pembelian koleksi baju melayu Upin Ipin yang dijual turut diberi percuma kain samping dan butang baju melayu

Selain koleksi-koleksi pakaian yang aku sebutkan di atas, terdapat juga koleksi pakaian yang , berkonsepkan keluarga seperti Koleksi Schawalara dan juga Koleksi Hanis, Hairul, Yusuf



Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang koleksi-koleksi pakaian di Jakel dan kempen Jakel Barulah Raya di Jakel Shah Alam ni bolehlah ikuti info terkini di : 





Post a Comment

3 Comments

  1. syoknya shopping raya kt JAKEL. kt belah utara ni, ada kt Sungai Petani

    ReplyDelete
  2. cantiknya kurta awal ashaari tu. fitting muat2 badan pulak tu

    ReplyDelete
  3. wah... segaknya abe! memang jakel tak pernah tak meriah. saban tahun macam-macam pilihan ada!

    ReplyDelete