Selera Ramadan di PWTC

by - April 18, 2018


Tahun ni apa yang aku perasan ialah kebanyakan hotel dan restoran memilih konsep pasar malam.

PWTC tak terkecuali..tahun ni, Riverside Restoran PWTC menawarkan konsep pasar malam khas untuk pengunjung-pengunjung yang bakal berkunjung ke restoran mereka.



Untuk tahun 2018 ni, PWTC bakal menghidangkan lebih 300 juadah makanan termasuk 24 gerai makanan berkonsepkan pasar malam. Ye la, kebanyakan daripada kita memang suka juadah yang banyak dijual di pasar malam atau bazar Ramadan. Aku sendiri pun, tiap tahun memang tak akan ‘missed’ untuk ke bazar Ramadan..rambang mata bila tengok juadah berbuka yang dijual kat sana kan..



Mungkin mengambil pendekatan itu, pihak PWTC membawakan ‘pasar malam’ selesa dalam tempat bertutup dan berhawa dingin yang akan turut dihiburkan dengan persembahan alunan muzik dan nyanyian Kumpulan Picha-Picha featuring Linda Eva sepanjang bulan Ramadan nanti.



Bab menu pula, antara menu-menu pasar malam yang ditawarkan di 24 gerai makanan Selera Ramadan di PWTC ni termasuklah benda yang biasanya memang aku akan cari bila ke pasar malam iaitu apam balik!..wohoooo..sedap giler apam balik kat PWTC ni.

Selain tu ada char kuey teow, putu piring, nasi kerabu, nasi dagang, burger, roti john, aneka jenis kuih Melayu, roti canai dan murtabak, pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor, cucur udang, cucur pisang, sate, yong taufu, cakoi, tauhu bakar, rojak dan rojak buah serta air tebu dan air mata kucing.









Pakej Bankuasi / Korporat Berbuka Puasa

Selain daripada buffet Selera Ramadan berkonsepkan pasar malam di Legar Putra, PWTC turut menawarkan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat di Dewan ankuasi dengan harga RM98.00 bersih seorang dengan tempahan 100 orang ke atas manakala harga bagi tempahan minima 50 orang pula ialah RM115.00 bersih seorang.

Pakej persendirian dan korporat ini termasuk hidangan buffet, dewan khas untuk berbuka puasa, system audio, ruang khas solat serta kadar bayaran parkir tetap RM5.00 sekali masuk (bermula jam 6.00 petang)

Kemudahan di PWTC

Kalau korang berhajat untuk berbuka puasa di PWTC ni, dan sekiranya korang berhajat untuk datang menaiki kenderaan sendiri..jangan bimbang, lot parkir bertingkat disediakan di sini.

 Dan kalau korang berhajat nak datang menggunakan pengangkutan awam sebab tak nak hadap jem..korang boleh naik lrt. Senang je..memang turun dekat PWTC je Cuma korang kena berjalan kaki sikit menaiki jejantas.

Bagi kita orang Islam ni, kemudahan surau yang besar dan selesa juga disediakan. Siapa yang pernah datang atau biasa berkunjung ke PWTC ni mesti tau yang surau di PWTC ni sangat besar dan selesa.

Harga Buffet ‘Selera Ramadan’

Dewasa                                                                : RM88.00 nett
Warga Emas (60 tahun ke atas)                           : RM75.00 nett
Kanak-kanak (7-12 tahun)                                   : RM45.00 nett
Early Bird                                                            : RM75 nett bagi pelanggan yang membeli sebelum 16 Mei 2018

Untuk membuat tempahan atau pembelian baucer buffet Selera Ramadan @ PWTC, boleh terus ke kaunter tempahan di Aras 2, PWTC yang dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau boleh menghubungi Restoran Riverside :

Tel : 03-26146701/6702 atau 03-26146262
Website : www.pwtc.com.my




You May Also Like

1 comments

  1. kalau bulan puasa ternampak balang-balang air tu, mau hilang kontrol ayu makan kat PWTC :p

    ReplyDelete