Menyahut Cabaran Jom Kurus Dengan JK1M

by - April 02, 2018

Menjadi kurus adalah impian setiap wanita..aku tak terkecuali! Tapi menjadi sihat adalah impian setiap insan. Percayalah..kesihatan adalah sesuatu yang tak ternilai harganya.

Aku bercakap atas pengalaman aku yang penah menjadi lumpuh seketika. 3 bulan Allah tarik nikmat sihat..pengalaman tu betul-betul buat aku insaf dan aku bertekad andai suatu hari nanti aku dapat kembali nikmat duduk dan berjalan, aku akan hargai kesihatan aku. Benarlah..Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

Mendapat undangan untuk menyertai JK1M10 ibarat 1 bonus untuk aku. Fokus aku menyertai cabaran Jom Kurus JK1M ini ialah untuk sihat, bukan untuk kurus dan cantik semata. Pada aku apalah gunanya kurus tapi tak sihat.



Sedikit Tentang JK1M

JK1M adalah singkatan kepada Jom Kurus 1 Malaysia. Telah diasaskan oleh Kevin Zahri, Cikgu Fitness Malaysia pada 2014. Target JK1M adalah untuk kesihatan dan menurunkan berat badan dan ternyata program yang disertai oleh lebih 25,000 orang sejak 2014 ini sangat berjaya.

Pengalaman Aku Menyertai JK1M10

Aku join JK1M siri ke-10 (JK1M10) dibawah bimbingan Kapten Black sebab aku daftar untuk group KLCC. Program ni berlangsung selama 6 minggu..maka selama 6 minggu ni aku bertabah je la dengan kerenah Kapten Black yang havoc ni hahaha..

Kapten Black
Mula-mula start program ni dulu, diaorang ajar kita bershopping. Hahaha..masa tu aku blur, AJAR SHOPPING?? Apa kejadah? Hahaha..rupa-rupanya diaorang ajar shopping makanan berkhasiat. Opkos korang tau kan yang 70% adalah jaga pemakanan kita dan 30% adalah senaman kalau korang nak kekal kurus dan sihat..ekekeke..

Lepas dah tau pasal pemakanan barulah dioarang ajar kita cara bersenam dengan betul. Seriously, aku sejak join JK1M10 ni la yang aku betul-betul bersenam. Selama ni bersenam jugak tapi bersenam syok sendiri hahaha..

Biasanya stiap petang Isnin dan Khamis kami semua akan bersenam di Taman KLCC. Bersenam memang kaw-kaw..bukan main-main, mana taknya oiiii..kalau korang tak turun berat badan korang nanti bingit lah dengar Kapten Black menjerit.."Bayau! Bayau!"dah la bingit..duit pun melayang..hahahaha..
Plank




Suka tengok pasangan husband & wife ni..sama-sama join JK1M (Gambar Kredit to Blogger Azni Jaafar)

Dan malam biasanya pelbagai aktiviti yang kitaorang buat macam main dodge ball, handball, badminton dan macam-macam lagi la. Pendek kata geng KLCC dibawah bimbingan Kapten Black ni memang havoc la. Tak menyesal langsung aku join geng KLCC ni. 


Bila dah aktif, makanan pun berjaga dah tentulah berat badan turun. Bukan tu je..stamina pun dah mula kuat tak lah lembik dan lemah je macam sebelum join JK1M10 ni. Dan kalau korang tanya aku nak join tak lagi JK1M untuk siri-siri akan datang..jawapan aku mestilah NAK!! Dan aku tak nak tukar coach..aku nak Kapten Black jugak..hahaha sebab Kapten Black walaupun bingit telinga dengar dia menjerit tapi dia seorang coach yang sangat-sangat berdedikasi. Dia akan bimbing peserta dia betul-betul.

Perubahan Aku Selepas Menyertai JK1M

Perubahan dari segi stamina! ye tu lah yang aku rasa. Berat badan aku tak banyak sangat turun sebab aku banyak cheat hahaha (Syhhh jangan report kat Kapten Black)..tapi dari segi stamina memang berubah. 

Kalau dulu paling jauh aku jogging cuma 3 km sekarang aku mampu jogging sebanyak 8-10 km. Dan jangan tak percaya..baru-baru ni aku join larian 15 km..hahaha..dah la trilled habis dengan hiking dan jungle trekking. Aku join dan berjaya habiskan larian tu tau..siap dapat medal lagi wakakaka..







Flyingfox di Setiu bulan March lepas

Dari segi kesihatan, Alhamdulillah memang semakin baik maklum lah dah aktifkan dengan senaman. Dulu badan lemau je sebab sayang lemak-lemak di badan. Sekarang walaupun makan banyak (sebab banyak undangan food review haha) tapi bersenam memang tak lupa. Sehari tak bersenam rasa lain je badan..macam mana sibuk pun mesti curi masa untuk bersenam


Jom Join JK1M

Jom la korang join JK1M ni. Memang best..Pssttt..aku tetap nak promote Kapten Black (hahahahaha..) untuk menyertai JK1M dibawah bimbingan Kapten Black, korang boleh follow Kapten Black rapat-rapat di :

Tel : 013-3310702

Ok tu info kalau nak join Kapten Black la..kalau nak join JK1M untuk kawasan-kawasan lain korang boleh terus layari laman web JK1M http://cabaranjomkurus.com

Serious berbaloi-baloi korang..jom kurus!!!

You May Also Like

13 comments

  1. Rasa nak join gak tapi jauh nauu huhu kluang tkdak

    ReplyDelete
  2. Wahh jeles nk slim gak.. Tahniah korg..

    ReplyDelete
  3. Satu pengalaman dan kenangan berharga utk kita kan

    ReplyDelete
  4. Memang best sangat2 join JK1M10 ni.. Apatah lagi bila dapat coacah macam Kapten Black tu.. Tegas tapi kuat menyakat.. Havoc itu mmg trademak KLCC

    ReplyDelete
  5. Alhhamdulillah dapat banyak.manfaat join JK1M ni kan.. tahniah Min dah berjaya mengkuruskan diri hehehe..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..min makin sihat.. itu yang penting kan? Nak join juga tapi jauh..

    ReplyDelete
  7. Seronoknya! Tapi belum ade rzki sy nk join

    ReplyDelete
  8. Seronok tgk korang join JK1M ni, aii ntah bila baru nak rajin huhu

    ReplyDelete
  9. Saya pun diet utk sihat, kurus adalah bonus. Tapi memang terbaik program, nak join cuma kekangan masa menghalang.

    ReplyDelete
  10. Yeayy makin slim melim kak min

    ReplyDelete
  11. Team KLCC Capt Black memang havoc! Suka style dia

    ReplyDelete
  12. tak rugi dduk bawak kapten black, ilmu tak pernah lokek dikongsi. next JK jumpa lagi!

    ReplyDelete