Jom Semarakkan Ramadan di Geno Hotel

by - April 03, 2018


Orang-orang Shah Alam..meh aku nak share dengan korang tempat untuk berbuka puasa dengan family yang berdekatan je dengan tempat korang. Ha..kat mana tu? Jom ke Geno Hotel


Geno Hotel

Geno Hotel ni terletak di Taman Subang Mas. Walaupun namanya berada di Subang tapi sebenarnya Hotel Geno ni bersempadan je dengan Shah Alam atau lebih senang nak jelaskan, terletak berdekatan dengan kawasan perindustrian Hicom. Memang dekat sangat kalau dari Klang atau bandar Shah Alam sendiri.

Geno Hotel ni dah beroperasi selama 2 tahun dah. Aku sendiri selama ni cuma nampak hotel ni dari highway elite je. Tak pernah jejakkan kaki ke sana hinggalah baru-baru ni aku dan rakan-rakan blogger yang lain mendapat jemputan untuk majlis review buffet Ramadan di Geno Hotel.


Semarak Ramadan

Untuk tahun 2018 ni, Geno Hotel mengetengahkan tema ‘Semarak Ramadan’ di mana masakan tradisional melayu menjadi menu utama hotel ini.


Terdapat hampir 100 hidangan buffet disediakan setiap hari termasuk hidangan utama dan pemanis mulut.

Kalau tanya pendapat aku tentang makanan di sini, jawapan aku..Alhamdulillah..semuanya sedap terutama lamb grilled dengan black pepper sos. Kambing dia betul-betul lembut dan juicy ditambah dengan rasa sos black pepper yang sungguh sedap.



Pilihan kedua aku ialah satay. Bukan nak cakap la korang..satay dia mabeles dan kuah dia berganda mabeles hahaha..Aku bab kuah kacang memang cerewet sikit tapi kuah kacang kat Geno Hotel ni memang kena sungguh dengan selera aku.



Pilihan dessert aku pula ialah ABC dan Apple Crumble. Kuih muih melayu yang disediakan juga tak mengecewakan terutama kuih lapis dan sago gula Melaka. Pendek kata, semua hidangan di sini tidak mengecewakan tekak aku.






Hidangan lain yang disediakan di Geno Hotel ialah Asam Pedas Ekor, Kari Kambing,  Ikan Keli Berlado, Ikan Bakar, pelbagai ulaman dan sambal juga ikan masin. Bagi yang suka makan mee, pelbagai jenis mee akan dihidangkan seperti mee rebus, laksa penang, mee kari dan pelbagai lagi. 











Namun menurut Chef eksekutif Geno Hotel iaitu Chef Jamal, hidangan mee akan bertukar setiap hari bagi mengelakkan pengunjung ulangan daripada bosan dengan hidangan yang sama setiap hari.

Executive Chef : Chef Jamal bersama blogger KBBA


Lagi satu yang aku nak share kan dengan korang, tempat makan di Geno Hotel ni cantik sangat korang. Paling aku suka ialah pemandangan luar dari tempat makan ni..hijau je..sejuk mata 
memandang.






Kemudahan Parking & Surau

Seperti biasa, aku akan menekankan 2 tempat ni bagi memudahkan korang yang plan nak datang ke tempat-tempat yang aku cadangkan.

Kemudahan parking kat Geno Hotel ni memang disediakan dan parking space nya memang luas dan mudah untuk pengunjung.



Manakala surau pula disediakan di basement parking. Suraunya juga bersih dan selesa. Kalau dari tempat makan tu korang cuma perlu ambil lift atau turun di tangga yang berdekatan.



Harga Buffet Ramadan di Geno Hotel

Early Bird (dari 15 Mac - 30 Apr 2018)
Dewasa : RM88 nett
Kanak-kanak : RM44 nett
Warga Emas : RM57.20 nett

Harga Biasa :
Dewasa : RM110 nett
Kanak-kanak (5-10 Tahun) : RM55 nett 
*kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah PERCUMA
Warga Emas : (60 Tahun ke atas) : RM71.50 nett


Untuk sebarang tempahan dan keterangan lanjut :

Website : www.genohotel.com
Tel : 03-50336666

You May Also Like

17 comments

  1. banyak jugak menunya. berbaloi

    ReplyDelete
  2. teringat apple crumble yg sedap ituuu

    ReplyDelete
  3. Semua pun nampak sedap.

    ReplyDelete
  4. Apple crumble tu memang sedap sangat!

    ReplyDelete
  5. menyelerakan sungguh aihhh.. nampak gambar je pun dah tertarikk

    ReplyDelete
  6. Suka kuah satay.. sampai ambil kuah satay makan dgn kambing golek..hehe

    ReplyDelete
  7. Alamak tetiba rasa lapar sebab nampak semua macam sedap je

    ReplyDelete
  8. amboi makanan dia oleh buat kita jilat skin laptop..:)

    ReplyDelete
  9. Kalau bab makan ni memang meleh air liur terus. Hhee

    ReplyDelete
  10. Paling terpikat dengan bread butter puding dia.. sedap sangat..

    ReplyDelete
  11. Tengok gambar pun dah menyelerakan. Best!

    ReplyDelete
  12. Menariklah semua menu² dia.

    ReplyDelete