3 Hotel Terbaik di Johor

by - April 24, 2018


Hotel dan tempat penginapan adalah satu tempat yang sangat penting dimasukkan dalam list untuk bercuti. Kalau aku, aku menitikberatkan keselesaan. Ye la..bila dah penat-penat berjalan mestilah nakkan bilik dan katil yang selesa untuk berehat.

Johor Darul Takzim adalah sebuah negeri yang banyak tarikan pelancong. Jom Johor!! Kalau korang merancang untuk datang bercuti ke Johor Darul Takzim, di sini aku cadangkan antara 3 hotel terbaik yang ada di Johor Darul Takzim ni.

1.       Hotel Jen Puteri Harbour by Shangri-La

Hotel Jen Puteri Harbour ini adalah sebuah hotel yang terletak berdekatan dengan Puteri Harbour International Ferry Terminal, Sanrio Hello Kitty Town, Thomas Town dan Legoland dan mempunyai sebanyak 283 bilik penginapan iaitu :

·         Deluxe Room sebanyak 125 bilik
·         Jen’s Hello Kitty deluxe Themed Room sebanyak 10 buah bilik
·         Deluxe Harbour View Room sebanyak 84 buah bilik
·         Premier Room sebanyak 12 buah bilik
·         Jen’s Hello Kitty Premier Themed Room sebanyak 2 buah bilik
·         Club Room sebanyak 18 buah bilik
·         Club Harbour View Room sebanyak 23 buah bilik
·         Executive Suite sebanyak 8 buah bilik
·         Speacialty Suite sebanyak 1 buah bilik






Hotel Jen Puteri Harbour adalah Sebuah hotel dengan kedudukan strategik jika korang nak datang bercuti bersama keluarga terutama bagi mereka yang mempunyai anak-anak  sebab selain kemudahan seperti wifi, gym, kolam renang dan buffet restoran yang memang menghidangkan makanan yang enak-enak, bilik bertemakan Hello Kitty juga disediakan di Hotel Jen Puteri Harbour ni dengan harga bermula dari RM800 untuk 1 malam.


Untuk Hello Kitty Themed Rooms terdapat 2 jenis bilik iaitu :
·         Deluxe Room yang berkeluasan 33sqm
·         Premier Room yang berkeluasan 53sqm (sesuai untuk keluarga besar)






Selain bilik-bilik yang mewah, Hotel Jen Puteri Harbour juga menyediakan dewan-dewan pelbagai guna termasuk untuk keraian mahupun seminar-seminar.



Untuk Keterangan Lanjut :

Tel : (60 7) 560 8888
Alamat : Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, Iskandar Puteri, 79000 Johor Darul Takzim

Check-in/Check-out :
Check in : 3pm
Check-out : 11am

2.       Amari Johor Bahru

Amari Johor Bahru ialah sebuah hotel yang baru beroperasi sejak 15 May 2017. Terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru, cuma mengambil masa 5 minit berjalan kaki daripada JB Sentral Custom, Imigresen dan Quarantine complex juga MRT yang bakal beroperasi yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura.


Amari Johor Bahru juga mempunyai akses mudah untuk ke Senai International Airport iaitu cuma mengambil masa 30 minit pemanduan dan 80 minit pula pemanduan sekiranya dari Singapore’s Changi Iternational Airport.

Hotel ini mempunya 242 bilik dan suites dan aslinya adalah dari Thailand. Sebab tu kalau korang ke hotel Amari Johor Bahru ni korang akan lihat rekabentuk dan hiasannya semua bercirikan rekaan tradisional Thailand.


Bilik-bilik yang ditawarkan di Amari Johor Bahru ni ialah :-
·         Superior King dan Twin
·         Deluxe King dan Twin
·         Grand Deluxe King dan Twin
·         Executive Club Room King dan Twin
·         Junior Suite
·         One Bedroom Suite and the Deluxe Pool Access King and Twin








Bilik aku ketika menyertai FAM trip anjuran Gaya Travel 



Selain bilik-bilik yang selesa dan menarik, Amari Johor Bahru juga menyediakan tempat makan yang sangat eksklusif iaitu Amaya Food Gallery di mana hidangan utamanya ialah masakan Thai seperti Kari Hijau Thai, Gai Pad Mamuang (stir-fried chicken with cashew nuts, onions, dried chillies and scallion) dan Pad Thai Goong (stir-fried rice noodles with prawn, egg, bean sprouts, peanut, onion, dried shrimp and tamarind sauce)




Bagi mereka yang perlukan tempat untuk berehat dan menenangkan fikiran, Amari Johor Bahru turut menyediakan spa yang diberi nama Breeze Spa yang terletak di aras 6. Breeze Spa ini dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam





Untuk keterangan lanjut mengenai Amari Johor Bahru :
Alamat : No.82 C, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru
Tel : +60 7 266 8888
Fax : +60 7 227 2388
Website : www.amari.com

3.       Sand & Sandals  Desaru Beach Resort & Spa

Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa terletak di Desaru, kira-kira 1 jam perjalanan dari Johor Bahru. Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa mempunyai 220 bilik dengan pelbagai saiz dan selesa serta sesuai sebagai destinasi percutian keluarga atau korporat dengan menawarkan pemandangan panoramik Laut China Selatan.

Kemudahan seperti kolam renang, spa, basikal, snooker dan bilik mainan kanak-kanak turut disertakan. Bilik-bilik yang ditawarkan di Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa :

·         Superior Room
Ini bilik yang aku dan Uzu menginap ketika menyertai FAM trip ke Johor anjuran Gaya Travel. Bilik yang sangat luas, selesa dan cukup menarik. Terdapat balkoni yang disediakan tempat duduk untuk bersantai. Bilik yang kitaorang dapat hari tu, balkoninya betul-betul menghadap pemandangan laut.

Size bilik : 55sqm
Jenis katil : Twin beds
Maximum occupancy : 3 guests



 

·         Deluxe Garden View
Bilik ni sesuai sangat untuk pasangan yang datang untuk berbulan madu. Private bathtub disediakan di balkoni.

Size bilik : 55sqm
Jenis katil : king size bed
Maximum occupancy : 3 guests


 

·         Deluxe Pool View
Private bathtub disediakan di balkoni. Bilik ini betul-betul menghadap pemandangan kolam renang yang memang cantik sangat.

Size bilik : 55sqm
Jenis katil : king size bed
Maximum occupancy : 3 guests

·         Premium Deluxe with Private Garden
Bilik mewah yang turut disediakan dengan private bathtub dan private garden. Mempunyai akses daripada private garden menuju ke kolam renang dan ‘public area’

Size bilik : 55sqm
Jenis katil : king size bed
Maximum occupancy : 3 guests

·         Sunny Deluxe Seaview
Nikmati keindahan matahari naik dan keindahan tiupan angin laut di ‘private balcony’ juga berendam dalam ‘private bathtub’ sambil menikmati keindahan Laut China Selatan jika korang memilih bilik ini. Bilik mewah dan sangat sesuai untuk korang yang merancang untuk berbulan madu lagi dan lagi di sini.

Size bilik : 55sqm
Jenis katil : king size bed
Maximum occupancy : 2 guests

·         Couple Suit, Duplex
Bilik ni mempunyai 2 tingkat dimana bahagian bawahnya adalah ruang tamu dan di tingkat atas adalah bilik untuk tidur.

Size bilik : 85sqm
Jenis katil : king size bed
Maximum occupancy : 2 guests

·         Romatic Deluxe with Private Pool
Bilik mewah yang disediakan dengan bathtub di balkoni dan juga private pool .

Size bilik : 55sqm (room only)
Jenis katil : king size bed
Maximum occupancy : 2 guests


·         Family Suite Garden View, Duplex
Kalau korang ada anak ramai, bilik ni sesuai untuk korang. Bilik ni terdapat 2 tingkat dimana tingkat bawah disediakan katil untuk anak-anak dan tingkat atas bilik untuk ibu bapa.

Size bilik : 85sqm
Jenis katil : 1 king size bed & 2 single bed
Maximum occupancy : 2 dewasa & 2 kanak-kanak



·         Family Suite Pool View, Duplex
Macam bilik Family Suite Garden View, Duplex juga, Kalau korang ada anak ramai, bilik ni sesuai untuk korang.Bezanya Family Suite Pool View, Duplex ini menghadap pemandangan kolam renang.  Bilik ni terdapat 2 tingkat dimana tingkat bawah disediakan katil untuk anak-anak dan tingkat atas bilik untuk ibu bapa.

·         Size bilik : 85sqm
·         Jenis katil : 1 king size bed & 2 single bed
·         Maximum occupancy : 2 dewasa & 2 kanak-kanak


Untuk keterangan lanjut mengenai Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa :

Alamat : Lot 2263, Jalan Desaru, 81930 Bandar Penawar, Johor
Tel : +607 822 2222


 




You May Also Like

5 comments

  1. terbaek.. cantik tempat ni.. :)

    Jemput join segmen ejulz :)
    http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html

    ReplyDelete
  2. terbaik cantik sangat

    Jen Harbour
    - Bilik nampak sangat selesa untuk santai berehat dengan persekitaran tenang dan mendamaikan tu.
    - Theme Hello Kitty tu nampak gah menarik susun atur pun nmpak simple dan cantik.

    AMARI
    - 1st tengok amari, cikza tertarik dengan konsep toilet yang nampak gah dan mewah.
    - Kafe santai pun tak serabut, ruang santai pun best sangat

    Sand & Sandal Beach

    - walau bilik nampak simple dan menarik, tertarik dengan konsep ala-ala lexis villa pd yang seakan konsep sama pool dalam ruang laman bilik.

    untuk kesemua hotel ni, anggaran rate harga cmne ye kak min?

    ReplyDelete
  3. menarik semua hotel2 tu,hrga msti menarik jgk tuu.huhu

    ReplyDelete
  4. Sukanya Sand & Sandal beach..

    ReplyDelete
  5. Teringin nak pergi Desaru

    ReplyDelete