Korang pernah buat rawatan kecantikan di mana-mana klinik aesthetic tak? Terus terang aku memang biasa pergi sebab ada suatu ketika dulu kulit muka aku agak teruk akibat resdung. Tapi aku tak pernah cuba rawatan laser.
Jadi, baru-baru ini aku berkesempatan mendapatkan rawatan Karbon Laser di Premier Clinic cawangan KL City yang terletak di Megan Avenue. Jejak je kaki ke kawasan Premier Clinic, mata memang terus terpaku pada 'fountain' yang terletak betul depan klinik. Dalam hati..memang bagus feng shui klinik ni..hahaha..masuk je melangkah terus disambut mesra oleh staff Premier Clinic.
Melihat suasana klinik, memang buat aku agak teruja sebab tak nampak macam klinik sangat..lebih kepada macam spa..hehe..sempatlah aku melawat sekitar klinik sebelum doktor panggil aku untuk sesi konsultasi.
Bilik menunggu sementara nak jumpa doktor |
Sesi konsultasi berlangsung dalam 10 minit jugak. Dr. Foo selaku doktor professional telah terangkan sedikit tentang masalah kulit yang aku hadapi dan beliau mencadangkan supaya aku menjalankan rawatan karbon laser memandangkan kulit aku jenis kulit yang berminyak, berjerawat dan ada parut-parut jerawat yang tebal.
Sesi konsultasi dengan Dr.Foo |
Apa Itu Rawatan Karbon Laser?
'Carbon Peel' adalah sejenis rawatan laser yang tidak menyakitkan dengan downtime minimum-to-zero. Sangat berkesan untuk orang yang mempunyai masalah kulit berminyak, bintik hitam, liang pori yang terbuka, kulit kusam dan jerawat di muka dan badan. Karbon laser juga merupakan cara terbaik untuk mengelupas dan menyegarkan kulit, memberikan penampilan segar dan menjadikan kulit berasa lembut, licin dan tegang.
Bagaimana rawatan ini menjadi sangat berkesan?
Lapisan karbon cair digunakan untuk kulit, di mana ia menembusi jauh ke dalam liang-liang. Cahaya laser sangat tertarik kepada zarah karbon. Apabila laser dilepaskan di kawasan itu, ia menghancurkan karbon, mengambil sel kulit mati, bahan cemar dan minyak dengannya.
Rawatan ini memberi beberapa faedah
- Pembersihan
Karbon mempunyai keupayaan untuk menyerap minyak dan bahan pencemar dari dalam liang. Apabila laser dikenakan di kawasan rawatan, ia mensasarkan dan memusnahkan zarah-zarah karbon dan mengambil apa-apa bahan yang diserap dengannya.
- Pengelupasan
Oleh kerana karbon disasarkan oleh laser, ia meletupkan sel-sel kulit mati, bintik hitam dan berkesan mengelupaskan kulit. Hasilnya adalah lebih lembut, kulit berseri dengan saiz pori yang berkurang dan kulit lebih sekata
- Meremajakan
'Carbon peel' juga mensasarkan lapisan kulit untuk merangsang pengeluaran kolagen, yang seterusnya menghasilkan kulit yang lebih tegang, mengurangkan garis halus dan kedutan dan meninggalkan kulit yang lebih anjal dan berseri.
- Jerawat dan menghilangkan minyak
Haba yang dihasilkan oleh 'carbon peel' mempunyai 2 manfaat tambahan. Ia mengurangkan bakteria P.Acnes yang bertanggungjawab untuk jerawat, membolehkan pengurusan jerawat dan wabak yang lebih baik dan juga mengecutkan kelenjar sebaceous (kelenjar menghasilkan minyak), mengakibatkan kurang pengeluaran minyak dan oleh iti mengurangkan kesesakan membina dalam liang-liang.
Langkah prosedur
Kulit haruslah dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian disapu
dengan karbon dan diratakan ke seluruh permukaan muka untuk menjadikan wajah
kelihatan hitam.
Fungsi karbon ini adalah untuk menyerap haba yang dihasilkan
melalui laser. Sepanjang prosedur rawatan ini, pesakit tidak akan merasa sakit.
Haba yang diserap akan merangsang kolagen bawah kulit yang mulai
kendur dan menghasilkan kolagen baharu yang lebih tegang dan menjadikan kulit
awet muda.
Rawatan ini ada beberapa fasa.
Carbon Peel yang disapukan seluruh wajah |
Fasa pertama:
Apabila laser dipancarkan pada wajah untuk
menghasilkan satu letupan kecil (electric spark) bagi proses pengelupasan.
Segala kotoran kulit mati akan mengelupas melalui proses ini dan
pesakit tidak akan rasa sebarang kesakitan semasa prosedur dilakukan.
Fasa kedua:
Apabila karbon hilang daripada kulit, sekali lagi
pancaran laser dipancarkan bagi memastikan ia dapat menembusi lapisan kulit
lebih dalam yang akan merawat parut jerawat dan jeragat kelihatan lebih pudar.
Fasa ketiga:
Proses toning, di mana ia berfungsi untuk
meremajakan kulit. Laser akan dipancarkan buat kali terakhir dan menembusi
lapisan paling dalam iaitu lapisan ketiga dimana ia akan merangsang kolagen dan
elastin.
Selepas selesai melakukan karbon laser pada keseluruhan wajah,
krim penyejuk akan disapukan bagi merehatkan kulit.
Pengalaman Aku Menjalankan Rawatan Karbon Laser Di Premier Clinic
Haha..1st time buat memang teruja la kan..Doktor Foo dah terangkan pada aku yang rawatan ni memang tidak menyakitkan cuma akan rasa suam sedikit pada muka masa rawatan laser dijalankan. Dan untuk sesi kedua akan ada bunyi meletup dan bau hangit kerana proses yang berlaku tapi jangan bimbang sebab memang tak menyakitkan.
Sebelum rawatan laser dilakukan, muka aku dibersihkan terlebih dahulu dari sebarang kotoran dan make up. Kemudian disapukan mask yang berfungsi untuk rasa kebas di muka. Selepas mask dibersihkan, carbon peel akan disapukan di seluruh wajah dan proses karbon laser dimulakan.
Selepas habis proses karbon laser, muka akan disejukkan menggunakan tuala sejuk yang menutupi seluruh muka. Kemudian diletakkan mask sekali lagi dan toner diseluruh wajah. Akhir sekali pelembab dan krim 'sunblock' akan disapukan diseluruh wajah.
Haaa..ni nak ingatkan. Selepas melakukan rawatan karbon laser ni, 2 benda yang korang jangan tinggalkan adalah pelembab dan sunblock! Itu wajib tau..dalam masa seminggu dua elakkan dari terkena direct cahaya matahari. Sebab karbon laser akan mengeringkan kulit jadi pelembab sangat penting manakala sunblock untuk mengelakkan panahan cahaya matahari.
Rawatan ni memang tak sakit pun dan memang selepas rawatan boleh nampak sedikit perubahan pada kulit muka seperti liang pori lebih mengecil dan tona kulit lebih sekata. Dan opkoslah kalau nak jadi cantik macam artis korea tu korang kena la selalu ulang buat bukan sekali buat je. Oh ye..di Hollywood dan Korea memang terkenal dengan rawatan ni dan kalau di Hollywood diaorang panggil ni rawatan 'Black Doll'.
Ni aku sharekan video aku masa jalani rawatan karbon laser di Premier Clinic
Ni aku sharekan video aku masa jalani rawatan karbon laser di Premier Clinic
Cawangan & Lokasi Premier Clinic
TTDI:
31,Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur.
*Same row as Pizza Hut and next to Maxis and Digi centre
BANGSAR:
40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100, Kuala Lumpur.
*Same row as Post Office and next to Raj Banana Leaf mamak stall
PUCHONG:
G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
* Same row as RHB Bank and Paparich Restaurant
KL CITY:
A-0-8 Megan Avenue 1 , 189 Jalan Tun Razak , 50400 Kuala Lumpur
*Opposite new China Embassy (China Visa application place)
General Contact Details : +6012-6625552
Websites: www.premier-clinic.com
Email Address: contactus@premier-clinic.com
Facebook: www.facebook.com/Premier-Aesthetic
Instagram: premier_clinic
Google Plus: http://plus.google.com/+PremierclinicKL
Dr Kee Yong Seng: http://www.KLaesthetic.com
Dr Chen Tai Ho: http://www.drchentaiho.com
Whatsapp: http://premierclinic.wasap.my
Nak Dapatkan Tawaran Istimewa?
Ni serious..kalau korang nak dapatkan tawaran istimewa korang boleh jadikan aku sebagai rujukan korang. Sebut je Min/ Min Zahari/ Min Shamsuddin/ Siti Aminah Shamsuddin..Insyallah ada tawaran hebat menanti korang.
27 Comments
nak cuba jgk.. rmove skintag
ReplyDeleteBanyak rupanya manfaat carbon laser ni. Boleh la nak cuba nanti.
ReplyDeleteMenarik la..best la Min buat rawatan ni....macam biasa nampak la klinik ni cuma tak leh nak recall area mana..
ReplyDeleteSeronoknyaa. Banyak kali dah tengok orang review. Nak cubaa jugak nanti. Tapi tunggu masyuk laa. Hehee
ReplyDeletemmg dok aim nak buat treatment ni.. sbb ada problem pori pori terbuka...kut lah carbon treatent ni boleh bantu untuk improve kulit kan.
ReplyDeleteOk.. Tak sakit yang penting. Kena ubah mentaliti laser menakutkan..hehe
ReplyDeletekita before ni pernah try chemical peeling. best juga. nanti nak try carbon pula. thanks for sharing kakak!
ReplyDeletedengar perkataan laser je rasa gerun dh.
ReplyDeletehahah.
automatik terpikir rasa sakit mcm dlm muvie.
seramnya waktu carbon laser. hehehe. mesti best. tp nak kulit cantik kena konsisten pulak
ReplyDeletebest ni Min...tak sabar nk buat rawatan ni...
ReplyDeleteLepas buat laser , time cooler tu best gilaa sejuk jeee
ReplyDeleteBestnya rawatan ni kak min. Tak sabar nak buat rawatan ni sebab muka boleh dikatakan agak teruk juga pori terbuka
ReplyDeleteWould love to try tapi seramnya ada bunyi pop dan bau hangit. HEHEHE tak boleh kena direct sunlight itu lah yang masalah nya sebab selalu out and about.
ReplyDeleteAhkakk.. cm best plak tengok dia buat macam-macam... iolss ade masalah pori2 jugak nie...
ReplyDeleteNak try jugak!
ReplyDeletemacam menarik je rawatan laser ni, muka IQ pun jenis berminyak, teringin nak cuba!
ReplyDeleteMacam syok je ni...
ReplyDeletebestnya rawatan laser ni..
ReplyDeleteWow..cam best je..nak try le
ReplyDeleteNampak menarik tapi tak berani nak cuba, ai takut sikit bab² rawat kulit muka ni. Takut tak serasi.
ReplyDeleteNo wonder your face now getting flawless. So this is there place you go ah... I also want.
ReplyDeleteRacheal
I have never tried carbon laser before. Wish to try it some day to look prettier.
ReplyDeleteThis is something new for me, and its awesome you tried it! I'll check if carbon laser is already doing here in Manila.
ReplyDeleteNak kene cuba gak ada kesempatan nti sebab sy pun ada jerawat, parut jerawat dan muka berminyak!
ReplyDeleteseronoknye.. hargaye berapa?
ReplyDeleteI have scrutinized your blog its engaging and imperative. I like your blog.
ReplyDeleteChina Visa Service
Apply For Chinese Visa
China Visa Service Center
Chinese Visa Agency
Chinese Visa Application Service Center
Best Chinese Visa Service
Tqvm
Delete