Seafood Lambak dan Steamboat & Grill di Restoran Nelayan Ampang

Ni ada berita baik untuk penduduk-penduduk Ampang!!..Korang pernah dengar tak Restoran Nelayan?? Mesti pernah kan? Ha..Restoran Nelayan kini dah buka cawangan baru di Ampang.

Bertempat di 

Unit 33A-1, Jalan AWF 1, Ampang Waterfront, 58000 Ampang, Selangor (Landmark : Cafe terletak di  atas Johnson Suisse)

Pada 3 March 2018 (Sabtu) baru ni, Restoran Nelayan Ampang telah melancarkan Majlis Pembukaan Perasmian yang telah dihadiri oleh Dato Azwanddin Bin Hamzah (Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia), penyanyi yang sedang meningkat naik..Salma (Mentor), wartawan dan juga bloggers.

Tuan Fairiz bersama isteri dan KBBA9 team

Menurut Pengarah Urusan Restoran Nelayan iaitu Tuan Mohd Fairiz Bin Omar, Restoran Nelayan telah dibuka pada Jun 2016. Restoran Nelayan yang pertama adalah di Gombak. Beliau menyasarkan untuk membuka cawangan yang kedua dalam masa 3 tahun. Tapi dah namanya rezeki kan..tak sampai 3 tahun beliau dah berjaya membuka cawangan yang kedua di Ampang ni.

Bersama Tuan Fairiz & Otai Bam Hoq

Apa yang istimewanya Restoran Nelayan ni?? Ha..jangan terkejut..Restoran Nelayan ni menawarkan harga yang sangat murah u olss..untuk seafood lambak (shellout) cuma RM20 je free refill nasi, air sejuk dan air panas lagi korang..






Untuk steamboat & grill pula harga cuma RM28 je u olsss..tapi kalau korang gi antara pukul 1pm hingga 5pm korang akan dapat harga RM24 je untuk steamboat & grill sebab diorang adakan Happy Hour time tu.





Selain tu, kalau korang tak nak makan seafood lambak atau steamboat & grill..korang boleh nikmati makan tengahari dengan harga RM3.50 je!!..murah sangatkan?? Apa yang dapat dengan harga RM3.50??ok..korang akan dapat nasi + ayam goreng/ikan goreng + sayur dengan pelbagai pilihan kuah seperti asam pedas, masak lemak cili apa & masak gulai.



Antara pilihan menu ala carte yang terdapat di Restoran Nelayan




Bagi yang berminat untuk mengunjungi Restoran Nelayan, bolehlah lihat dulu info dibawah ni:

Harga Steamboat 
dewasa : RM 28
Kanak-kanak : RM 16 (5-11yrs)

Harga seafood lambak
2 pax RM 39.90
4 pax RM 75.90
8 pax RM 150.00

Restoran operasi
Selasa - Ahad
Jam 11 Pagi - 12 mlm
ISNIN TUTUP

1. Restoran Nelayan Ampang
Unit 33A-1, Jalan AWF 1, Ampang Waterfront, 58000 Ampang, Selangor (Landmark : Cafe terletak di  atas Johnson Suisse)


Sales Team Contact No .

012-6912787
017-6085035
011-39606966
019-2931397
013-2967228
013-2237228

2. Restoran Nelayan Gombak
Batu 8 3/4, Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur


Nombor Untuk Dihubungi :

03-61858400
019-2931397 (Tn.Fairiz)
019-2279017 (Sales & Marketing


Post a Comment

17 Comments

  1. Kuah Green Curry seafood lambak tu sedap!

    ReplyDelete
  2. Aduh.. . Teringat-ingat akan Seafood Lambak dia! Nina paling suka kuah Green Curry dia. Weekend ni nak pi lagi bawak family lak

    ReplyDelete
  3. menarik.. banyak pilihan.Harga pon mampu makan ni..ehehehe.Kalo tengah bulan pun,masih bole nak makan kat sini

    ReplyDelete
  4. seafood lambak tu memikat hati! jom kak min! hehehe

    ReplyDelete
  5. nanti nak ajak kawan2 ke sini :D


    Feel free to comment entry Lyssa ni ---> http://www.lyssasecret.com/2018/03/ipc-shopping-centre-pusat-beli-belah-sesuai-untuk-seisi-keluarga.html

    Thanks kak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best..ajak la kawan2 hehe anyway dah singgah blog lyssa😊

      Delete
  6. wow...sangat sedap dan amat menyelerakan.

    tengok pun dah terliur

    ReplyDelete
  7. Sedapnya, nanti datang Ampang kena cuba makan kat sini. Harga pun berpatutan!

    ReplyDelete
  8. Nampak sedapnya... dh lama tak jln2 cr makan dkt area waterfront

    ReplyDelete
  9. So ai dah lapar sekarang , siapa mahu bertanggungjawab haha menu2 memang menggiurkan

    ReplyDelete