Pasar Malam Mewah di Makan Kitchen DoubleTree Hilton Kuala Lumpur Sempena Ramadhan

by - March 20, 2018

Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi, Makan Kitchen, DoubleTree Hilton akan menghidangkan para pengunjung dengan hidangan ala pasar malam yang mewah.


Mengambilkira kesukaan rakyat Malaysia berbelanja juadah berbuka puasa di bazaar ramadhan dan pasar malam, Makan Kitchen memperkenalkan tema berbuka puasa ala pasar malam dengan pelbagai jenis masakan dan hidangan tempatan Malaysia.


Masakan Ibunda

Bagi pengunjung yang merindui masakan ibu, Makan Kitchen turut menyediakan sajian ibunda dimana pelbagai masakan melayu asli telah dihidangkan di sini seperti :

  • Nasi daging berempah
  • Bubur Lambok Daging
  • Gulai ayam pedas
  • Rendang peha daging
  • Kari daging berkentang
  • Sotong tumis kunyit
  • Udang harimau masak lemak tempoyak
  • Ikan masak asam pedas
  • Sambal goreng jawa
  • Labu kuning masak lemak putih
  • Bayam tumis ikan bilis




Untuk yang menggemari kerabu dan ulaman juga sambal antara hidangan yang bakal dihidangkan sepanjang Ramadhan ini ialah :

  • Kerabu tempe goreng dengan daun selom
  • Kerabu hati ayam dengan kacang panjang
  • Urap selom dengan serunding kelapa
  • Kerabu ayam ala siam
  • Kacang botol
  • kacang panjang
  • Petai segar
  • Cabai kampong
  • Timun muda
  • Tomato
  • Jantung pisang
  • pucuk ubi
  • Kobis bulat
  • Ulam raja
  • Ulam pegaga
  • Daun selom
  • Sambal belacan
  • Sambal pucuk nenas
  • Budu
  • Cincaluk

Spices of India

Khas untuk peminat makan India..jangan bimbang kerana makanan India asli turut disediakan oleh Makan Kitchen. Terdapat beberapa station yang disediakan seperti :

Hot tandoor counter yang menyajikan
  • Ayam tandoori
  • Fish tikka 
  • Kebab kambing


Indian Specialty Main Dishes
  • Nasi briyani ayam
  • Kambing peratal (stew kambing dari India Selatan)
  • Kerala meen kulambu (kari ikan Kerala style)
  • Aloo ghobi (kentang dan bunga kobis yang dimasak bersama dal dan daun kari)
  • Bagara baigan masala (terung yang dimasak dengan paste tomato dan paste masala)





Oriental Chinese

Penggemar masakan Cina juga tidak dilupakan. Pelbagai jenis masakan Cina yang enak turut disediakan khas sepanjang bulan Ramadhan yang bakal tiba. Antaranya :-
  • Itik panggang
  • Honey bbq chicken
  • Yong Tau Foo
  • Chinese style noodle with duck meat and prawn vegetable
  • Wok fried chicken spicy chilli with peanut, white sesame, garlic and fried shallot
  • Hainanese chicken rice






Sweet Treats

Aneka juadah pencuci mulut turut disediakan termasuklah :
  • Pelbagai kuih muih Melayu dan Nyonya
  • Kek pisang
  • Walnut brownies
  • Raspberry cream puffs
  • Manggo pudding
  • New York cheesecake
  • Fruit cocktail jelly
  • Sago gula melaka
  • Pandan & kaya swiss roll




Ok..kalau aku nak cerita tentang semua menu yang ada kat sini rasanya 3 entri pun tak habis lagi sebab terlalu banyak hidangan yang akan disediakan..hahaha..jadi, apa katya kalau korang datang dan rasai sendiri pengalaman berbuka puasa yang berkonsepkan pasar malam mewah di Makan Kitchen, DoubleTree Hilton ni.

Harga buffet Ramadhan :

  • Minggu pertama (17-23 May 2018) : Harga bermula dari RM148 nett
  • Minggu kedua & ketiga (24 May - 7 June 2018) : Harga bermula dari RM158 nett
  • Minggu keempat (8-14 June 2018) : Harga bermula dari RM148 nett
  • Early Bird (Booking period 15 Apr - 15 May 2018) : Harga bermula dari RM128 nett
Untuk sebarang tempahan boleh lah hubungi :
03-21727272

Atau layari laman web mereka di http://flavoursbydoubletreekl.com/






You May Also Like

10 comments

  1. Replies
    1. Memang menarik..banyak pilihan

      Delete
  2. Ya ampun , terliur pula..haihs dugaan nya untuk makan tu semua... tidakkkkkkk

    ReplyDelete
  3. maikk..sdapnya..xhajak..:)

    ReplyDelete
  4. baru perasan ada udang masak tempoyak laa...

    ReplyDelete
  5. Semuanya menggoda selera hihi. Sedapnya kak min.

    ReplyDelete
  6. Wow, meleleh dan merecik air liur. :)

    ReplyDelete
  7. Menarik.. konsep bazar Ramadhan

    ReplyDelete