Check Out Mahkota Hotel Melaka On Traveloka

by - March 28, 2018



Cuti sekolah baru ni korang ke mana? Memang dah macam menjadi satu tradisi di Malaysia ni kalau musim cuti sekolah je mesti semua bercuti berjemaah bersama keluarga kan? Aku pun sama tak ketinggalan..sebab pada aku ni je masa yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Untuk percutian kali ni, aku memilih Melaka sebagai destinasi pusat percutian. Umum tahu kan yang Melaka adalah pusat percutian yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Jadi untuk merancang percutian lebih awal supaya tak  ada masalah untuk mendapatkan tempat penginapan..aku dah tentulah check out Mahkota Hotel Melaka on Traveloka u olsss..

Tak nak pening kepala susah-susah cari hotel..aku terus je check out Mahkota Hotel Melaka on Traveloka   Siap!!! Terus book 1 bilik di Mahkota Hotel Melaka.

Mahkota Hotel Melaka

Mahkota Hotel Melaka adalah sebuah resort yang terletak ditengah-tengah bandaraya Melaka dengan keluasan 9.6 acres. Cuma 7.55 KM sahaja daripada Melaka International Airport.


Bagi pelancong macam aku, memilih Mahkota Hotel Melaka sebagai tempat penginapan adalah satu pilihan yang bijak kerana Mahkota Hotel Melaka ini cuma terletak 0.19 KM ke Mahkota Parade, 0.35 KM ke Dataran Pahlawan Melaka Megamall, 0.36 KM ke Mahkota Medical Centre dan 0.39 KM ke Dataran Taming Sari.

Senang kan? Boleh berjalan kaki je ke semua tempat sebab tak jauh pun.
Mahkota Hotel Melaka menawarkan bilik-bilik yang selesa dan mewah dan terbahagi kepada beberapa kategori termasuk apartment.

Antara bilik yang ditawarkan adalah :

1.       Comfy Room yang boleh memuatkan 2 orang dalam satu bilik



2.       Spacious Suite yang direka selesa untuk keluarga terutam untuk keluarga yang mempunyai anak kecil. Spacious Suite ini mmpu menempatkan seramai 4 orang dalam 1 bilik.


3.       Apartment Room sebuah bilik yang menjadi pilihan utama untuk tetamu yang memilih untuk tinggal lebih lama. Apartment Room ini mampu memuatkan seramai 4 orang dalam satu masa.


4.       Deluxe Room


5.       Premier Room yang biasa menjadi pilihan korporat


6.       Junior Suite yang boleh menempatkan 2 orang dewasa dalam 1 bilik


7.       Family Suite bilik yang sangat selesa untuk yang bercuti dengan keluarga


8.       1 Bedroom Apartment (Standard/Deluxe)


9.       2 Bedroom Apartment (Standard/Deluxe)


Haa..banyakkan pilihan untuk bilik yang disediakan di Mahkota Hotel Melaka ni? Jadi kalau korang merancang untuk bercuti ke Melaka ni jangan lupa untuk Check Out Mahkota Hotel Melaka On Traveloka tau! Dapatkan bilik yang mewah dengan harga yang murah..

Antara Tempat Menarik Di Melaka

Ni ada sikit tips dan tempat menarik yang korang boleh lawati jika nak bercuti ke Melaka. Tempat penginapan aku dah suggest tadi. Jadi..sekarang tak payah pening kepala mana nak pergi selain ke Dataran Pahlawan, Muzium dan Zoo Ayer Keroh..tempat yang korang boleh lawati ialah :-

·         The Pirate Adventure – Melaka Alive

Antara tarikan terbaru di Melaka yang korang dapat rasai sendiri pengalaman menjadi lanun. Tarikan terbaru ini agak canggih dan disini korang dapat melihat simulasi rebut dan ombak menggunakan special effects dan mengembara menaiki kapal lanun sambil mencari harta karun.

Bayaran Masuk : Dewasa (RM20), Kanak-kanak (RM15)

Waktu Operasi : Isnin-Ahad (10 am – 7 pm)

Lokasi : Melaka Alive, Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 75000 Melaka.



·         Freeport A’Famosa Outlet Village

Pusat beli belah seperti Johor Premium Outlet yang menjual pelbagai jenama terkenal seperti NIKE, Adidas, Coach dan lain-lain.

Waktu Operasi : Isnin – Ahad (10 am – 10 pm)

Lokasi : Jalan Kemus, Simpang Ampat, Alor Gajah, 78000 Melaka.


·         The Shore Sky Tower

Ni tarikan yang memang khas untuk mereka yang taka da masalah gayat! Mana taknya..The Shore ni terletak di tingkat 42 dengan berlantai kaca lut sinar dimana korang akan dapat melihat segalanya dengan jelas di atas! Koang juga boleh menikmati pemandangan dari bangunan yang tertinggi di Melaka ini.

Bayaran Masuk : Dewasa (RM25), Kanak-kanak (RM15)

Waktu Operasi : Isnin – Ahad (10.30 am – 11 pm)

Lokasi : The Shore Shopping Gallery, 193, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka.



Jadi..tunggu apa lagi? Jom ke Melaka dan jangan lupa menginap di Mahkota Hotel Melaka yang beralamat di :
Mahkota Hotel Melaka
No.16 Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka City Center,
Melaka City, Melaka State,
Malaysia 75000



You May Also Like

27 comments

  1. Memang best tidoq kt hotel mahkota tu. selalu ful booking lebih lagi kalau cuti sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..sebab dia tgh bandar dan hotel dia best kot

      Delete
  2. Wahh cuti2 Melaka dio.. jom2 g Melaka..lama dah tak g Melaka.. last pegi Akif 6 tahun..

    ReplyDelete
  3. Melaka memang antara salah satu negeri plancongan yg sgt femes. Lgpun antara yg dekat dengan kl.

    ReplyDelete
  4. seronoknya..dah lama tak pergi ke melaka ni

    ReplyDelete
  5. haaa... my sis peranah dok sini .. i is belum sbb in law org melaka.. tapi pernah lah berluncheon di hotel situ

    ReplyDelete
  6. Dah dua kali stay kat mahkota hotel, memang best... Semua tempat tumpuan dekat2 je... Dan kat sana banyak pokemon... Hihihiii

    ReplyDelete
  7. Tak pernah stay sini. Macam menarik la hotel ni. Boleh la ajak family dtg sini holiday.

    ReplyDelete
  8. Melaka memang best utk jalan. tp bersedia la sunscreen stiap masa.. hehe

    ReplyDelete
  9. Nina pun suka bercuti kat Melaka. Cuma belum pernah stay kat Mahkota Hotel. Menarik lak tengok... Pasni leh laaa book sana lak

    ReplyDelete
  10. Suka jugak pergi Melaka, walaupun kadang nak ke sana jammed teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mas..seronok cuma kena bertabah hadapi jem..hehe

      Delete
  11. Next trip ke Melaka blh stay hotel ni

    ReplyDelete
  12. Rasa nak pergi Melaka mcm ni. Daya tarikan baru tu bestnya..Btw, I pernah duduk Mahkota Hotel, Pool dia best!!!

    ReplyDelete
  13. bestnya bercuti..k.min bla nak ajak i g bercuti..:)

    ReplyDelete
  14. Been to Melaka for holiday few times but haven't got the chance to stay at Mahkota Hotel yet. One of these days, I tell myself!

    ReplyDelete
  15. waaa menarik ni. tempat ni kalau datang melaka selalu nampak, tapi tak pernah pun menginap. nice info thanks for sharing. #done follow http://cakapsinilah.blogspot.my/

    ReplyDelete
  16. Cantik gak hotel ni. Lama dah tak ke Melaka. Tunggulah kot ada program nanti, nak syorkan pada bos amik hotel ini.

    ReplyDelete
  17. Kak orang Melaka jd jarang tidor kat hotel melaka, blk kampung heeee

    ReplyDelete