Suka Jogging Berbanding Gym!

by - February 07, 2018

Dulu-dulu rajin juga aku gi gym tapi sekarang aku lebih suka pilih berjogging dari buat exercise di gym..


Sebab aku rasa bila aku berjogging, fikiran lebih tenang sambil tengok pemandangan, tengok gelagat orang dan sesekali tengok monyet berkeliaran..hehe..





Rasa bebas bila berjongging. Lagipun bila pilih berjogging kita paksa diri kita untuk habiskan juga berapa round yang kita nak. Atleast habiskan 1 track yang 3km..berbaloi. Kalau di gym aku rasa macam aku terikat dengan masa. Kejap-kejap nak tengok berapa minit dah kau berlari atas treadmill. Kalau berjogging ni biasanya aku rasa bebas, langsung tak tengok berapa minit dah berlalu..yang aku tau aku kena habiskan track aku.



Kalau siapa yang follow blog aku..(eh! ada ke yang follow kittewww? hahaha) mesti pernah baca entri aku sebelum-sebelum ni tentang jogging. Aku jenis yang memang suka sangat tengok pemandangan, ambil gambar-gambar bunga dan pemandangan.


Semalam, sejak dah sminggu aku tak berjogging di kawasan umah aku ni..jadi aku amik kesempatan snap gambar-gambar yang aku berkenan. Ekeke..sambil jogging sambil cuci mata. Yang penting kita sihat, otak tenteram dan release segala tension yang ada. 



Tapi yang paling penting selain exercise adalah kita jaga pemakanan kita. Sebab untuk sihat, untuk kurus..70% adalah dari jaga pemakanan dan selebihnya iaitu 30% barulah exercise. Jadi seimbangkan kedua-duanya Insyallah kita akan sihat dan cantik. Yang penting..sila consume air masak banyak-banyak. Kalau boleh telan 4 liter sehari sila buat untuk kita flush segala kekotoran yang ada dalam badan kita.

Kegemaran aku broccoli sorte dgn olive oil + lada hitam tanpa secubit garam pun & tomato cherry

Lunch ringan-ringan je..rini terlebih plak ada chicken garlic slice tu..ekeke

Setiap pagi memang ni je sarapan aku (HL + Muesli + rolled Oat + kurma  blend dan minum) Insyallah akan kenyang sampai lunch. Kalau lapar lagi, ambil epal hijau sebiji pukul 10 pagi..hehe

You May Also Like

9 comments

  1. Chicken Garlic Slides tu process food ke kak ke buat sendiri?
    Yes Ty pun suka buat aktiviti jogging ni kat luar , tak suka sangat bergym sbeba terperuk. Atleast kt luar leh tengok keindahan ciptaan Allah SWT dengan kerenah orang sekeliling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..hahaha..haah tu process food..jangan ikut plak..i teringin nau nk mkn td hahaha..walhal tak leh amik tu

      Delete
  2. Cantik-cantik gambar min snap

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tq moha..tp min kena belajar byk lg pasal gambar ni hehehe

      Delete
  3. Samalah.. better jogging than gym. sebab peluh rasa lebih sihat =p

    ReplyDelete
  4. nak jogging tapi tak der port dan masa, nak layan gym office je la bila dah habis puasa ni

    ReplyDelete
  5. tajuk, dari i cakap, suh snap, dr i suruh. hey.. kredit pls. hahahahahahahaha (gila nama)

    ReplyDelete
  6. nak berdiet juga..tapi nak berjogging tu tak ada masa ni..(alasan kan)

    ReplyDelete