Lagi Menu Untuk Sihat ~ Stim Egg Tofu

by - February 09, 2018

Ramai yang salah sangka, bila sebut diet maksudnya TAK MAKAN..salah tu. DIET means jaga pemakanan. Ramai juga selalu bila sebut diet mula buntu..fikir semua tak boleh makan kecuali buah-buahan dan sayuran..ha..tu pun salah.

Sebenarnya banyak je menu-menu diet yang menarik, cuma kena lebihkan explore, rajin membaca dan buat research serta perlu kreatif. Kalau tak korang akan cepat bosan dengan menu-menu 'diet' korang tu.

Hari ni aku nak share lagi menu sihat untuk korang. Malam tadi aku masak 'Stim Egg Tofu'. Senang je nak buat. Apa yang perlu korang ada cumalah RAJIN & SEMANGAT NAK SIHAT YG TINGGI..hahaha..

Stim Egg Tofu

Bahan-bahan :

  • 2 biji telur ayam
  • sebatang leek
  • setengah biji capsicum
  • sedikit dada ayam
  • 1 petak tofu lembut
  • secubit paprika
  • secubit lada hitam
  • sedikit susu rendah lemak (aku guna HL)

Cara-cara memasak
  • Pecahkan telur
  • Masukkan paprika & lada hitam (aku tak letak garam, if korang nak masin letak la secubit garam)
  • Masukkan sedikit susu dalam telur, kacau sebati & ketepikan

  • Sediakan pinggan & masukkan tofu
  • Masukkan isi ayam, leek dan capsicum ke dalam pinggan tofu
  • curahkan telur yang diadun sebati tadi
  • Kukus selama 20 minit
  • Siap untuk dihidang. 

Ha..senang kan? makan tu je ye..jangan nak makan nasi bagai..hahaha..Selamat mencuba.

You May Also Like

7 comments

  1. Okay nice... Nasib baik baru lepas makan.. Boleh tahan lagi nafsu ini.. Hehe.. Bolehlah nanti try kat rumah

    ReplyDelete
  2. Min tunjuk step by step cara nak buat tofu, mudah saya nak follow..bagus resipe Min share ni

    ReplyDelete
  3. minggu depan follow resepi kak min je la.hehe.simple tapi nampak sedap

    ReplyDelete
  4. eheee bestnya cam gyeran seutim korea cuma banyak isi .

    ReplyDelete
  5. Nice recipe.. nampak sedap tapi simple. nnt nak buat la

    ReplyDelete
  6. Wah.. senang sangat ni.. terima kasih cik min share resipi sihat ni.

    ReplyDelete
  7. Tengok hasil kejadian tu terasa lapar pulak...

    ReplyDelete