Aku Pilih Untuk Bahagia..

by - February 06, 2018

Aku memang sejenis orang yang lembut hati. Tapi lembut hati aku bukan bermakna aku lemah. Bukan juga tanda aku kalah..cuma aku lebih memilih untuk bahagia..


Hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan. Macam tadi aku ada terbaca status FB kawan aku, katanya seorang dropship dia meninggal pagi tadi sedangkan malam tadi baru je berwassap dalam group. Bila baca tu aku jadi takut..takut sebab ajal kita akan datang tanpa disangka.

Sebab tu..macam mana aku disakiti sekali pun tak kira dikalangan keluarga mahupun sahabat, aku lebih banyak pilih untuk mengalah. Memang adakalanya rasa bagaikan ego tercabar, bagaikan maruah tergadai andai kita disalahkan tanpa sebab atau andai ada yang sering mengganggu kehidupan kita tapi andai aku pilih untuk bersikap seperti orang yang menyakiti aku pasti tiada kesudahannya.

Hidup ini bukan berkisar tentang siapa salah siapa betul atau siapa kalah siapa menang..tapi sebenarnya hidup ini berkisar tentang bagaimana kita akan menghabiskan sisa hidup kita? Bagaimana kita mahu diingati selepas mati? Juga tentang bagaimana kita mahu menjalani kehidupan selepas mati di alam barzakh nanti.

Aku nak habiskan sisa hidup aku dengan kehidupan yang harmoni..aku nak hidup aku seindah pelangi secantik orkid..Moga kita semua memilih untuk hidup bahagia selamanya..



You May Also Like

8 comments

  1. kita tak tahu bila ajal kita akan sampai, tu sebab kita kena hidup seolah2 kita akan mati bila2 sahaja

    ReplyDelete
  2. Setuju Min. Hidup ni singkat.
    Kena la lalui dgn aman damai :)

    ReplyDelete
  3. salam sis min..
    InsyaAllah..akn buat yg tbaik utk khdupan kita.
    ajal mmg tidak mgira siapa,bila,dimana..moga ada pgakhiran yg baik buat kita semua..Amin =)

    ReplyDelete
  4. insyallah...moga habiskan sisa sisa hidup dengan hal berfaedah.Moga dipermudahkan urusan di dunia serta di akhirat kelak

    ReplyDelete
  5. Orang nampak kita kuat, hakikat kita yang menanggung. Keep strong Kak Min.

    ReplyDelete
  6. In Sha Allah
    lalui segalanya dengan kebahagiaan

    ReplyDelete
  7. Life must go on. Keep strong. You're not alone

    ReplyDelete
  8. Insya Allah kak,setuju,kenapa nak pilih sakitkan diri.

    ReplyDelete