Sara..Buah Hati Natasya Riverside Resort Gopeng

by - January 10, 2018

Melangkah ke Natasya Riverside Resort Gopeng tak sah kalau tak bertemu Sara. Seekor anak ungka yang comel peliharaan Datuk Sohaimy iaitu pemilik Natasya Riverside Resort Gopeng ni.


Menurut Datuk, Sara dipelihara sejak berusia 3 bulan. Sara ni manja sangat-sangat. Kalau dia nampak kita lalu kadang-kadang dia hulurkan tangan. Tapi Sara ni agak nakal..hati-hati kadang-kadang tudung kita pun dia tarik.


Paling comel kalau time dia suruh kita garu belakang dia. Di suanya belakang badan kearah kita tanda minta di garu. Sepanjang di Natasya Riverside Resort Gopeng, Ayue lah yang rajin sangat nak tolong menggaru belakang sara ni.



Yang lawaknya..dia pun macam dah kenal sangat si Ayue. Asal nampak je kelibat Ayue, cepat-cepat dia suakan belakang badannya..haha..kalau nampak orang lain tak adalah pulak dia buat begitu.

Pagi Ahad hari tu, Datuk belikan dia anak patung. Comel pulak tengok dia kehulu kehilir pegang anak patung, manja-manja dengan anak patung tapi sekejap je la..tak sampai setengah hari dah habis anak patung tu dikoyaknya..berterabur semua kapas-kapas dalam patung tu. 


Kata si penjaganya, si Sara ni kalau nak makan rambutan kena dikopekkan kulitnya dulu..ya ampunnn..manja teramat sangat. Sepanjang di sana, Sara la yang jadi bahan hiburan. Comel je dia.

Sape-sape nak ke Natasya Riverside Resort Gopeng, jangan lupa bertemu Sara..buah hati Natasya..

Eh..rindu pulak saat bercuti di Natasya Riverside Resort Gopeng ni..teringat saat kenduri durian, makan cempedak goreng, pisang goreng bawah pokok..rasai sendiri pengalaman berada di kampung..arghhh bestnya..

Bagi yang berminat untuk datang ke Natasya Riverside Resort Gopeng, Jangan lupa hubungi no seperti di bawah untuk tempahan dan keterangan lanjut.

Tel : 017-4146669
Alamat : Lot 10855, Jalan Besar, Kg Jahang, 31600 Gopeng, Perak


You May Also Like

15 comments

  1. comel jer tengok sara ni, teringin nak garu belakang dia jugak. hehehehe

    ReplyDelete
  2. Sara yang comel.... Hahahahahhaa.... Seronok tengok gelagat dia...

    ReplyDelete
  3. Comel je dia pandang kak ayue.

    ReplyDelete
  4. comel yer nama sara. nasib takde anak ke nama sara..hehe kalo tak terbayang binatang ni

    ReplyDelete
  5. salam...
    hi cik min..

    alolo comei sara tu..dia sekor je la yang ada kat sana ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..hi cik yaya..haah sekor je dia..cik yaya nak teman? Hehe

      Delete
  6. comel sgt mek sara,wak balik la kak min pinjam hehehhee

    ReplyDelete
  7. hihihihi... ni kalo budak2 tengok.Mesti ingat anak patung. Abis kena penyek dengan anak anak ina.

    ReplyDelete
  8. kiutnya sara..hahaa..geng ayue erk

    ReplyDelete