Rawatan Gigi Terbaik Di Dentessence Dental Clinic

Lamanya aku tak buat rawatan cuci gigi di klinik gigi. Seingat aku last aku buat tahun 2015. Aku sebenarnya memang suka nak pergi cuci gigi sebab rasa bersih sangat. Karang-karang gigi semua hilang. 

Sabtu lepas gigih aku ke Dentessence Dental Clinic yang terletak di Kota Damansara. Dentessence Dental Clinic ni dah beroperasi sejak tahun 2008 lagi tau. Dentessence Dental Clinic kini di milik oleh Dr. Ahbirami Supramaniam yang cantik menawan lagi ramah orangnya.



Appointment aku pukul 11.30 pagi, sampai je kat Dentessence Dental Clinic Dr. Ahbirami dah sedia menanti. Aku bertuah sangatlah hari tu sebab Dr. Ahbirami sendiri yang lakukan rawatan untuk aku. Mula-mula memang cuak juga lah sebab dah lama tak cuci gigi. Tapi disebabkan kepakaran Dr. Ahbirami serta persekitaran bilik rawatan yang sangat selesa,segala rasa cuak dan takut tu hilang.




Heeee...dah lama tak buat rawatan cuci gigi kan..so memang banyaklah karang yang perlu dibersihkan. Tapi yang seronoknya ialah cara Dr.Ahbirami ni handle untuk cuci gigi ni tak ada lah rasa ngilu sangat. Rileks je aku hari tu. Sedar-sedar eh dah siap la. Hahaha..biasa aku gi cuci gigi memang rasa sangat ngilunya.


Karang Gigi


Karang gigi, kalkulus atau tartar ialah satu bentuk plak gigi yang telah mengeras. Ini disebabkan oleh penumpuan berterusan bagi mineral daripada air liur pada plak dan gigi. Permukaan kasarnya menyediakan medium unggul untuk pembentukan plak lanjut yang mengancam kesihatan gusi.

Ok, dalam bahasa mudahnya begini..karang gigi ni merupakan salah satu masalah kesihatan pada gigi yang tidak boleh diambil ringan. Karang gigi ni merupakan plak yang menempel pada bahagian dalam dan depan gigi. Jika dibiarkan ia akan mengeras dan akan mendatangkan masalah lain seperti mulut berbau, gangguan pencernaan dan jangkitan pada gusi.

Tu yang selalu terjadinya gusi berdarah dan sebagainya. Jangan ambil mudah ye. Karang yang dibiarkan akan memakan gusi sekaligus akan merosakkan gigi. Sayangkan kalau usia belum masuk 40 tapi dah banyak gigi yang rongak.

Untuk mengelakkan segala masalah kesihatan berkaitan gigi, gusi dan penjagaan mulut..kita digalakkan untuk menerima rawatan 6 bulan sekali.



Perkhidmatan yang disediakan oleh Dentessence Dental Clinic


  • General dentistary

- Pemeriksaan, Check-up & konsultasi
- Full mouth oral prophylaxis/cuci & gilap
- Arahan/pendidikan kebersihan mulut


  • Preventive & Restorative Dentistary
  • Endodontics
  • Oral Surgery
  • Prosthodonthics
  • Smile Beautification.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan rawatan pergigian di Dentessence Dental Clinic, boleh la layari laman web mereka http://dentessence.com.my/html/our_services.html untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Mereka beroperasi di :
No.43-2, Jalan PJU 5/11,
Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810, Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-61407567
Fax : 03-61407568

Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat : 10.00 pagi - 7.00 malam
Sabtu : 9.00 pagi - 5.00 petang
Ahad & Public Holiday : TUTUP



Hehe..sebelum balik, Dr. Ahbirami bekalkan aku set penjagaan gigi. Beria-ria Dr.Ahbirami yang comel ni pesan untuk aku lebih menekankan bab penjagaan gigi. Katanya sayang gigi cantik kalau tak berjaga pasti rosak. Pesannya lagi, kalau gusi berdarah kumur aje dengan air garam..pasti gusi yang bengkak akan mengecut dan sekaligus menghentikan pendarahan.

Tq Dr. banyak tips dan ilmu yang aku pelajari selain daripada gigi aku dah bersih tanpa karang..






Post a Comment

16 Comments

  1. Ruginya terlepas hari tu nak pergi.

    ReplyDelete
  2. ooo kumur air garam ye. menarik. brp eh kos cuci gigi?

    ReplyDelete
  3. Suka tengok kerusi tu warna hijau nampak selesa...doktor pun mcm senyum je x takut la nak tadah gigi hehehe...

    ReplyDelete
  4. teringin nak bt rawatan gigi ni tapi ai is takut doc gigi..huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Tak pernah cuci gigi... Next week nak try...

    ReplyDelete
  6. uuu, bestnye buat scalling, IQ pun lama tak buat scalling, teringin nak buat jugak!

    ReplyDelete
  7. ina selalu jugak kumur dengan air garam.Tapi masa gigi wat hal aje..ehehehehe. Alhamdulillah,rezeki kakmin tu dpt gift ubat gigi.

    ReplyDelete
  8. Lama xpegi cek sbb masalah fobia dgn dentist.hehehe.. igtkan doktor tu kwn Haida tapi nama je lebih kurang Abirami a/p Subramaniam.

    ReplyDelete
  9. Lama xpegi cek sbb masalah fobia dgn dentist.hehehe.. igtkan doktor tu kwn Haida tapi nama je lebih kurang Abirami a/p Subramaniam.

    ReplyDelete
  10. lisa suka pergi doc gigi hahahaha. tp yang swasta la

    ReplyDelete
  11. best yer kak min, untung la ada sponsor cuci gigi, hehe. Teringin gak nk g tapi jauh...

    ReplyDelete
  12. Betul tu, best cuci gigi ni rasa bersih je mulut.

    ReplyDelete
  13. tak pernah buat scalling gigi..tengok ni macam best je

    ReplyDelete