Cipta Pengalaman Semanis Chocolate di Harriston Signature

by - January 29, 2018

Seumur hidup aku, tak pernah jejakkan kaki ke kilang coklat. Alhamdulillah baru-baru ni mendapat jemputan dari Rachel Loh iaitu founder Foodlifecious & drLife untuk melawat ke Harriston Signature yang terletak di Taman Shamelin Perkasa, Cheras.


Menjejakkan kaki ke Harriston Signature ni ibarat macam menonton filem Charlie and the Chocolate Factory. Macam-macam jenis coklat terhidang depan mata. Walaupun aku bukan lah kategori peminat tegar coklat tapi bila tengok pelbagai coklat yang terbentang depan mata terus rasa cam 'hilang akal' sekejap..haha..


  

 Harriston Signature ni diasaskan oleh Mr. S.C Teng pada tahun 2005. Mr.S.C Teng sendiri adalah seorang peminat coklat sejak kecil lagi. 

Apa yang menariknya, di Harriston Signature ni korang boleh rasa sendiri keunikan rasa pelbagai jenis coklat bercitarasa asia. Haa..macam mana tu? Pernah tak korang rasa coklat perisa kari? atau coklat perisa cili? Kalau tak pernah meh la datang ke Harriston Signature ni dan rasai sendiri pengalaman merasa coklat-coklat yang unik selain perisa durian.



Tapi yang lagi best di Harriston Signature ni ialah bila kita diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman untuk buat sendiri coklat mengikut bentuk dan acuan kita. Nampak macam senang je orang lain buat tapi bila kena batang hidung sendiri..perghh bukan senang pulak-pulak tangan tak berseni macam tangan aku ni. Terkial-kial nak membuatnya.

Aku & rakan-rakan blogger dalam DIY Chocolate Workshop


Hehe berjaya buat Orang Utan..Orang Utan ni nama dia Harris tau..


Tada...Ni hasil tangan kayu aku..hahaha..ok laa..ada gak rupe kan?
Memang satu pengalaman yang berharga bagi aku dan rakan-rakan blogger yang lain. Terima kasih diucapkan pada En.Shahrel dari bahagian Sales & Marketing Harriston Signature yang sudi melayan kerenah kami. Tak lupa pada Rachel yang manis yang sentiasa tersenyum..tq Rachel sebab sudi jemput i olss..

Rakan-rakan blogger bersama En.Shahrel


Nampak tak muka berlagak aku dapat coklat banyak? Hahaha..Rachel & Tati rileks je..


Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang Harriston Signature ni, korang boleh la layari lama web mereka di http://harriston.org/ atau boleh melawat facebook mereka di https://www.facebook.com/HarristonMY/

Bagi yang ingin melawat sendiri kilang dan butik mereka:

Harriston Boutique :

20-D, Jalan Bagan Jermal
10250, Penang
Tel : +6042267010

Pusat Pelancongan malaysia (MATIC)
139 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
Tel : +60321622008/ +60321624008

Harriston Signature

10 & 12, Jalan 13/91,
Taman Shamelin Perkasa.
Jalan Cheras, 56100
Kuala Lumpur
Tel : +60392815122 / +60392825122

68, Jalan Kelawei, 
10250, Georgetown,
Penang
Tel : +6042261626 / +6042262306

Harriston

Gohtong Jaya Genting Highland,
1 & 2, Jalan Jati 1,
Bandar Gohtong Jaya, 
69000 Genting Highland,
Tel : +60361002010

Waktu Operasi : 9 pg - 6 ptg Setiap Hari
9 pg - 8 mlm Setiap Hari (Harriston Boutique Jalan Ampang)


You May Also Like

22 comments

  1. wahhh..banyak betul coklat.Kak min dah beli ke untuk stok raya? Kot lah kakmin jual almond london. Bole beli sesiap,keep stock

    ReplyDelete
  2. Hari tu dah mabuk durian.. Pg Harriston mabuk coklat pulak.. Tapi coklat dia sedappp!!

    ReplyDelete
  3. Bestnya kak min dapat pergi kilang chocolate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ada rezeki nak ke choc factory

      Delete
  4. seronoknyas. pnglmn bes ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tu la ritu plan nak ajak She tapi She jauh sgt hehe

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya dapat pengalaman buat coklat ikut acuan sendiri. Nak cuba lah, boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..boleh2..try contact harriston. Kalo DIY workshop tu baru RM35 pastu cekelat semua leh amik bawak balik..hehehe..sesuai bawak anak2..

      Delete
  7. Huwarghhhh! Banyaknya coklat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haritu kak min mabuk coklat oiip..makan coklat, minum coklat hahaha..tapi best

      Delete
  8. cantik betul bentuk chocolate tu...nak makan pun tak sampai hati..huhuhu

    ReplyDelete
  9. Bestnyaabdpt p kilang coklat

    ReplyDelete
  10. Bestnya, kalau ai yg hantu coklat ni pergi memang habis semua coklat ai angkut bawak balik. Hehehee!

    ReplyDelete
  11. best yer kak min. lama dah tak makan coklat ni. teringin pulak

    ReplyDelete
  12. Sedapnya coklat..haritu nak isi nama was2 sebb takut tak dpt pergi

    ReplyDelete
  13. Wah.. seronoknya dapat pegi kilang coklat.. siap dapat buat coklat sendiri pula tu.

    ReplyDelete
  14. Wah, teruja bila tengok banyak coklat...

    ReplyDelete