Akhirnyaaa..Dapat Juga Merasa Asam Pedas Telur Mayong Di MMA Santai Corner Nilai

Lama dah plan nak ke kedai Kak Laila ni. Viral sangat kedai ni sampai kalo tengok melintas kat time line FB memang meleleh-leleh air liur.


Akhirnya 31hb Disember lepas aku gigih gak ngan encik suami ke Nilai. Hahaha..gigih betul dari Klang ke Nilai semata-mata nak makan telur mayong.

Sebelum tu dah call Kak Laila dulu, takut kang sampai-sampai dia tak ada pulak. Nasib kak Laila kata dia ada je kat kedai. Lepas solat Maghrib, terus kami bertolak ke Nilai.

Lebih kurang pukul 8.40 dah sampai ke MMA Santai Corner. Tak ada la susah nak cari, waze je terus sampai. Turun je kereta dah nampak besar terpampang sign board D'Laila Food. Terus je la kita terjah, nampak kelibat kak Laila..Heee..bukan main happy we all bertemu.



Kak Laila rupanya dah beria-ria sediakan meja untuk kami siap ada "RESERVE" lagi. Adusss rasa special betul. Lepas rambang mata tengok menu-menu yang ada akhirnya aku ngan suami buat keputusan untuk mencuba Laksa Sarang, Set Asam Pedas Telur Mayong bersama nasi dan Gulai Lemak Daging Salai.



Hancur oiii diet aku hari tu. Telur mayong tu rupanya menurut Kak Laila, tak sedap kalau order yang betul-betul masak. Nak sedap kena amik yang separuh masak je. Aku sebelum tu bukan main pesan pada tukang masak untuk buat betul-betul masak memandangkan itu kali pertama aku nak mencuba makan telur ikan mayong.

Betul la rupanya oii..sedap nak mampus. Makan je asam pedas telur ikan mayong tu, bila gigit, pecah yang separuh masak dalam mulut tu..perghhh terasa lemak-lemak telur ikan tu meresap masuk dalam tekak..haha..sedap oiii..


Gulai lemak cili api daging salai tu memang sedap sangatlah sampaikan suami minta tapaukan masa balik. Laksa sarang? oooo tu memang terbaik. 


Sedap betul kami makan sampai tak sedar abes semua kami makan..ekekeke..Tambah pulak dengan layanan mesra kak Laila..berborak sampai tak sedar dunia..sedar-sedar dengar bunyi meriah sambutan malam tahun baru 2018. Hahaha..lepak menyambut tahun baru 2018 kami tahun ni di D'Laila Food, MMA Corner, Nilai.

Gossip apa la deme tu ye..

I is lom ready lagi..Kak Laila bukan main manisnya senyuman
Apa pun terima kasih pada Kak Laila kerana menghidangkan kami makanan yang sedap dan layanan yang baik. Lain kali confirm datang lagi.

Kalau korang nak merasa kesedapan makanan di D'Laila Food ni, waze je MMA Santai Corner. MMA Santai Corner ni terletak di Bandar Baru Nilai tau..

Post a Comment

5 Comments

  1. Moga ada rezeki makan dekat kedai kak laila. Menu ikan mayong tu memang memanggil2 sangat tau...

    ReplyDelete
  2. pada sesiapa yang mencari kedai makan dekat Penang yang ada macam macam menu dalam satu kedai, bolehlah cuba makan dekat Laila Food Corner dekat Bukit Mertajam ni. Dia satu blok dengan Pizza Hut Pauh Jaya. Buka untuk makan tengah hari sampai ke malam.

    ReplyDelete