Susahnya Menahan Nafsu

by - December 24, 2017

Bercakap soal nafsu..minggu ni kan kita semua bercuti panjang. Bila bercuti aku biasanya memang jarang keluar kalau bukan ada urusan kerja. Dah memang aku ni jenis begini..banyak habiskan masa di rumah. Tapi tu lah satu masalah aku kalau bercuti..susah aku nak menahan nafsu makan. Selalu je rasa lapar.



Adakalanya ikutkan juga nafsu..lepas makan mula menyesal haha..ntahlah memang susah nak kawal nafsu makan. Kadang tak lapar pun..tapi tengok tv, ada scene makan tetiba rasa nak makan sama haha. Semalam kebetulan ada food review..wahhh gembira betul aku dapat makan hahah..tapi balik cepat-cepat gi skipping.



Pagi tadi pun sama..lama betul aku tak nikmati sarapan tak sihat. Hari ni aku bedal bihun dan roti canai. Lepas makan menyesal..balik skipping haha..tapi kan tu la..camne rajin kita bersenam pun tapi kalau tak jaga pemakanan memang tak boleh. Jadi kena seimbangkan antara kawal makan dan senaman.



You May Also Like

5 comments

  1. Nampak sedap semua, confirm tak dapat menahan rasa nak makan...

    ReplyDelete
  2. Saya kalau diet memang betul² kawal, nasib jenis tak mudah sangat tergoda dengan makanan.

    ReplyDelete