Merempat di Tanah Sendiri?

by - December 25, 2017

Sekarang musim durian. Sana sini semua topik durian. Di group-group wassap rata-rata pos gambar durian, apalagi di muka buku..penuh gambar durian je.


Aku bukan lah penggemar tegar. Ada depan mata aku makan la, tak ada depan mata idok la gigih nak mencari sangat hehe..

Cakap soal durian, sekarang aku tengok rata-rata kita yang tak ada dusun ni ibarat merempat di negara sendiri. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab harga durian melambung tinggi..pulak-pulak jenis musang king atau dalam bahasa cinanya dikenali sebagai Mao Shan Wang. Hanya yang mampu je boleh beli dan makan. Macam orang yang gaji masuk betul-betul hujung bulan macam aku ni..mampu tengok je la sambil telan air liur hahaha..

Kenapa ye jadi macam ni? Nak ikutkan dulu-dulu, zaman tok nenek kita..kita mewah je dengan durian ni. Sampaikan berlebihan untuk dijadikan tempoyak. Aku ingat lagi, dulu pun arwah tok aku jual durian. Berbakul-bakul durian jual tepi jalan. Dulu orang mampu beli sebakul-sebakul. Sekarang nak beli selonggok pun telan air liur.

Dulu mungkin ekonomi kita cuma dikuasai oleh kaum melayu..sekarang tengok la..rata-rata dusun durian kat kampung aku di Raub tu semuanya milik Cina. Bila Cina menguasai maka lainlah jadinya. Diaorang mula komersilkan durian hingga ke negara China. Bila permintaan tinggi maka jadilah seperti yang kita hadapai sekarang. Jangan salah faham..aku bukan bangkitkan isu perkauman jauh sekali nak bercakap isu yang memecahbelahkan kita. Aku cuma nak sampaikan bagaimana pandainya mereka memanupulasikan harga durian sampai macamni sekali. 

Tengoklah di Raub, memang sepanjang jalan kaum cina je yang kuasai dusun durian. Berbeza dengan zaman aku kecil dulu..rata-rata dusun tu semua hak milk kaum melayu. Di ulu gali, di Sg Ruan, semua banyak dah jadi dusun milik kaum cina.

Dulu sampai tak larat aku nak makan durian ni. Siang malam pagi petang mesti ada je menu durian. Pengat durian la, pulut durian la, lempeng durian la sampaikan cekodok pun buat cekodok durian. Tapi sekarang nak makan durian pun berdikit-dikit, sayang nak habiskan. Tahun ni aku baru sekali makan durian. 

Penjual pun dah pandai sekarang. Dulu-dulu nak beli durian kurang cantik untuk dijadikan tempoyak, mereka masih jual kadang boleh amik sebakul. Sekarang dah tak boleh sebab diaorang sendiri buat tempoyak dan jual hahaha..adess mungkinkah ini dinamakan zaman ekonomi najib?hahaha..tepuk lah dada masing-nasing

You May Also Like

5 comments

  1. Kita pun tak sanggup nak beli durian walaupun suka makan durian. Harga dia tu hilangkan selera nak makan๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
  2. kita takrela beli..huhuhuhu.Ayah beli .. dalam 1 biji tu, hanya 4 ulas aje isi nya..sedihh betul.

    ReplyDelete
  3. Kalau tau durian akan mahal, dari dulu suruh arwah atuk tanam pokok durian banyak-banyak.

    ReplyDelete
  4. Saya mampu makan durian kampung je tahun ni. Itu pun RM15 sekilo.
    Tahun lepas musang King baru RM45.. Tahun ni mencanak naik sampai RM85 sekilo. So mampu tengok aje la... Hihi

    ReplyDelete
  5. durian sedapp oo..makan tempoyak pun sedap..ahahaa..

    ReplyDelete