Sekitar Pelancaran The Bed KLCC

Tadi aku dah ceritakan tentang The Bed KLCC yang wow sangat tu kan THE BED KLCC..sekarang aku nak sambung lagi kisah The Bed KLCC ni.

Aku sampai semalam dalam pukul 4.45 petang, pelancaran dijangkakan bermula pada pukul 5 petang namun disebabkan hujan lebat sekitar Kuala Lumpur semalam jadi pelancaran bermula agak lewat dari yang telah dijadualkan. Sementara menunggu pelancaran bermula, pihak The Bed KLCC telah menyediakan jamuan ringan untuk semua tetamu yang hadir. Alhamdulillah..makanan memang sedap-sedap..seindah rupa. Sambil minum dan makan..sambil berkenalan dengan blogger-blogger yang lain.




Ruangan yang selesa dan menarik yang disediakan oleh pihak The Bed KLCC ni menyebabkan tak terasa masa berjalan. Maklumlah aku asyik menghayati keindahan reka bentuk dalam The Bed KLCC ni, jadi tak ada la rasa jemu menunggu pelancaran bermula..sambil-sambil tu acara biasa ialah berselfie..muahahaha..



Kira-kira pukul 5.55 Mr.Leslie Cheong iaitu Co-Founder & Executive Director tiba untuk majlis pelancaran. Kami diberi penerangan tentang konsep dan bagaimana cetusan idea wujudnya The Bed KLCC. Selepas pelancaran berakhir kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk dibawa melawat ke seluruh bilik dan pod yang ada di The Bed KLCC ni. Aku, Tati & Huda bertuah sebab kami telah dibawa sendiri oleh Mr. Leslie Cheong untuk melawat kawasan. Secara jujur aku memang kagum dan tertarik dengan pod-pod yang disediakan. Memang cantik dan nampak mewah.








Yang menariknya, untuk setiap pod yang disediakan..ada privacy blind sendiri. Jadi kita boleh tutup je blind tu dan hidup dalam dunia kita sendiri hahaha..macam dalam gambar kat bawah ni.


 Dalam setiap pod ada disediakan juga meja untuk kerja dan letak laptop. Cermin pun disediakan sekali tau..jadi bolehlah sambil update blog sambil belek-belek muka..


Untuk ruangan di lounge di bawah pula, hiasan dan rekaan memang cantik. Tempat ni kecil je ruangannya tapi idea rekaan mereka memang mantap. Aku paling tertarik dengan kawasan ni..memang sangat santai.


 Hehehe..last but not least..selepas kami dah melawat kawasan, pihak The Bed KLCC dah sedia hidangkan kami hidangan makan malam pula. Setiap dari kami dapat penginapan percuma pada malam tu tapi aku tak bermalam di situ..aku ambil keputusan untuk bermalam di rumah je la memandangkan aku ni cerewet sikit dalam bab kongsi bilik air..hehe..tapiii..kami diberi 2 kupon penginapan percuma..yeayyy jadi nanti aku nak ajak suami redeem la..amik bilik yang privacy tu..ekeke..nanti boleh lah round-round sekitar KL tu jalan kaki je..muahaha..konon-konon honeymoon gitu..



Untuk sebarang pertanyaan boleh je layari ke laman web The Bed KLCC

Post a Comment

11 Comments

  1. Seriously cantik The Bed KL ni. Lounge dia pun very stylish. Untungla dapat pergi sana.

    ReplyDelete
  2. Menarik tempat ni. View pn cantik. Selesa je tengoknya. Blh msuk wishlist ni.

    ReplyDelete
  3. Apa yang paling saya suka adalah, murah, di kl, ruang privasi dia dan selesa. Hehehe

    ReplyDelete
  4. Syok nyer, bukan terlalu kecil pun. Bigger than usual capsule hotel.

    xx
    Puiyeesss

    ReplyDelete
  5. Heard a lot about The Bed. Haven't really checked their location yet. Price is really good, hope it maintains.

    ReplyDelete
  6. Seems a pretty neat and upscale place. Would love to check it out someday!

    ReplyDelete