Pokok Nadir tarikan di Taman Warisan Pertanian Putrajaya

by - October 30, 2017

Sabtu lepaskan aku dah cerita macam mana menariknya lawatan aku bersama geng KBBA9 ke  Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Hari ni aku nak cerita pulak tentang pokok nadir. Apa pokok nadir ni??? Aku pun 1st time dengar..ekeke..banyak ilmu dapat masa FAM trip tu tau.

Pokok Nadir

Perkataan NADIR membawa maksud sedikit atau jarang. Maksudnya pokok nadir ni ialah pokok yang hampir-hampir pupus di Malaysia ni. Atau dalam bahasa orang sekarang..ni pokok rare la. Pokok nadir ni biasanya hidup di pinggir hutan atau pun tumbuh liar di dalam hutan. Antara tumbuhan yang termasuk dalam kategori nadir ni ialah :-

  • Pokok Gelugur
Buah gelugur ni bentuk dia kalau sekali pandang macam labu pun ada. Warna kuning cantik menarik tapiii masam ya ampun. Dari buah gelugur ni la terhasilnya asam gelugur yang jadi bahan utama dalam masakan melayu seperti kuah asam laksa.

Yang menariknya pokok gelugur ni, pucuk daunnya sedap untuk dijadikan ulam. Aku pernah makan pucuk gelugur ni..memang sedap.

Walaupun buahnya masam, tapi isi dalamnya yang berbiji tu sedap dan manis rasanya.



  • Rukam Masam
Rukam masam ni adalah sejenis buah beri. Buah ni tidak bermusim, berwarna merah apabila masak dan rasanya masam dan sedikit kelat.

  • Pokok Nam-Nam
Pokok Nam-Nam (Cynometra Cauliflora) ni buahnya berbuah dipangkal pokok. Rupanya berkedut-kedut. Aku panggil buah ni buah katak puru. Rasanya masam kelat ketika muda dan berubah menjadi masam manis apabila cukup masak.

  • Pokok Beruas
Pokok Beruas (Garcinia Hombroniana) merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain.  Dikhabarkan Beruas yang terletak di negeri Perak berasal daripada nama pokok beruas ni. Buahnya seakan manggis tapi lebih kecil dan isi lebih nipis dan masam



  • Pokok Mentega
Juga dikenali sebagai velvet apple kerana tekstrur kulitnya yang seperti baldu. Rasa buah mentega ini manis dan sedikit berlemak. Buah mentega ni banyak juga khasiatnya selain baik untuk sistem pencernaan, ia juga baik untuk yang mengalami masalah kekurangan darah atau anemia. Jika diamalkan ia juga baik untuk kulit kerana mampu mencerahkan dan menghaluskan kulit kerana  buah mentega mengandungi pelbagai vitamin yang juga mampu melambatkan penuaan.



Jadi bagi yang ingin mengenali lebih dekat pokok nadir ini bolehlah membuat tempahan :-

di talian 03-88931967 (HQ) atau 03-88882722 (Taman Warisan Putrajaya) dan juga boleh ajukan sebarang pertanyaan di info@putrajayafloria.my atau layari ke Face Book mereka https://www.facebook.com/putrajayafloria




You May Also Like

14 comments

  1. Banyak betul ilmu mengenai tanaman buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang boleh dipelajari di Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Memang banyak manfaat yang boleh diperolehi dengan mengunjungi taman ini terutamanya untuk generasi muda

    ReplyDelete
  2. Pergi sana boleh makan buah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh on request & pakej..cam we all aritu memang dihidang buah-buahan

      Delete
  3. Macam2 jenis buah nadir ada rupanya kat sini ea.. tergoda la.. teringin nak rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..hehe..tu la aritu Moha x join

      Delete
  4. Singgah sini,, ada yang pernah tengok ada yg tak pernah tengok hii ..memang banyak info kalau pergi kat sini

    ReplyDelete
  5. Pokok nam nam tu je pernah tengok, yang lain semua tak pernah. Nampaknya memang ke pergi jugak ke Taman Warisan ni nanti.

    ReplyDelete
  6. antara buah2an yg hampir pupus kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah betul tu..buah-buah yang hampir pupus

      Delete
  7. antara buah2an yg hampir pupus kan kak

    ReplyDelete
  8. Semua buah ni memang sukar nak dapat kalau pegi pasar pun kan?

    ReplyDelete
  9. banyak buah nad jarang nampak..nam-nam je pernah nampak dan makan

    ReplyDelete