Taman Warisan Pertanian Putrajaya Tarikan Utama Pelancong

by - October 29, 2017

Semalam aku dan geng-geng KBBA9 ada lawatan FAM Trip..Taman Warisan Pertanian Putrajaya yang terletak di Presint 16. Aku sebenarnya pertama kali menjejakkan  kaki ke Taman warisan Putrajaya ni.

Bila masuk..alamakkk terkejutnya..memang menarik sangat tempat ni. Mana taknya, Taman Warisan Pertanian Putrajaya ni menyediakan pakej yang menarik untuk sebagai tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Di sini terdapat dusun buah-buahan dimana pengunjung dapat mengenali spesis-spesis buah-buahan tempatan malah buah-buahan yang hampir pupus pun ada di Taman Warisan Pertanian ni.


 

Maçam aku semalam..pertama kali tengok dan dengar ada buah bernama beruas. Eh lupa bukan takat boleh lihat tapi boleh rasa. Jadi semalam dapatlah aku rasa buah beruas yang hampir pupus tu. Bentuk dan rupa seakan manggis tapi rasa lebih masam dan bentuknya lebih kecil berbanding manggis dan warna lebih cerah.



Selain dibawa melawat dan mengenali jenis-jenis buah tempatan, di Taman Warisan Pertanian Putrajaya ni juga ada sawah padi tau..tapi paling menarik ialah ada acara menangkap ikan keli..perghh memang menarik gila. Cam aku memang tak pernah tgk org tangkap keli secara live jadi bila dapat peluang camni memang akan ingat sampai mati la..

Di sini juga terdapat pokok getah dan pengunjung akan ditunjukkan demo bagaimana getah diproses datipada cara penorehan sampailah getah diasapkan di rumah asap. Pengunjung akan ditunjukkan bagaimana getah dibekukan, dijadikan kepingan sebelum dimasukkan ke rumah asap. Pada aku aktiviti ini sangat menarik dan bermakna..dapat kita bayangkan bagaimana susahnya nenek moyang kita dulu mencari rezeki. Dan di Taman Warisan Pertanian Putrajaya ni baru aku tahu kenapa orang keluar menoreh getah pagi-pagi sebelum subuh..rupanya makin matahari naik makin sikit pengeluaran susu getah terhasil. Ooooo baru tahu!





Selepas melawat bagaimana getah terhasil kami telah dihidangkan buah-buahan tempatan..wahhhh ni yang paling best hahaha maklumlah dihidangkan dengan pelbagai buah-buahan tempatan seperti rambutan, buah mata kucing, nangka dan banyak lagi. Tapi yang paling best tu sebab kami dijamu di rumah replika dan makan ramai-ramai sambil bersila.

Lepas acara makan buah, kami dibawa pula ke tempat sarang kelulut di mana madu kelulut dihasilkan. Dulu aku ingat madu kelulut ni madu dihasilkan lebah hahah nampak tak kejahilannya di situ? Kelulut ni macam lebah tapiiii kecil je dan tak berbisa..kalau dia gigit rasa cam semut je.


Habis melawat tempat madu kelulut kami dibawa pula ke tempat bowling kelapa..ni pun rare..main bowling kelapa. Kat sini bukan takat bowling kelapa..sebenarnya ada jugak cabaran untuk mengukur kelapa tau,.kukur kelapa..alaaa yang cara tradisional menghasilkan kelapa parut tu. Dulu2 masa kecik  aku pernah kukur kelapa tapi tiap kali mak suruh kukur rasa cam nak menangis..susah laaa..

Tu laaa acaranya lawatan kami semalam sebelum kami dihidangkan dengan makan yang sedap-sedap oleh Pihak D'Saji. Lupa nak bagitau..sebenarnya pengunjung boleh memlilih pakej-pakej menarik disini. Salah satu yang memarik pada aku ialah makan berhidang ala kampung di mana pengunjung akan dihidangkan masakan kampung diatas dulang atau talam dan makan bersila di rumah warisan yang memang macam rumah kampung dulu-dulu.

Jadi bagi yang ingin mencuba merasai sendiri kehidupan ala kampung ni bolehlah membuat tempahan di talian 03-88931967 (HQ) atau 03-88882722 (Taman Warisan Putrajaya) dan juga boleh ajukan sebarang pertanyaan di info@putrajayafloria.my atau layari ke Face Book mereka https://www.facebook.com/putrajayafloria


You May Also Like

12 comments

  1. Bestnyaaa , tempat lepak dulu ni tp tak trfikir nak masuk tempat ni hehe

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya! Tarikan pelancong nie kalau buah-buahan tempatan. Rindunya nak main bowling kelapa

    ReplyDelete
  3. menariknya..di putrajaya yang membangun pun boleh rasai kehidupan di dlm kampung gitu

    ReplyDelete
  4. Bestnya Min.. teringin nak rasa semua pengalaman tu.. nak2 part toreh getah..

    ReplyDelete
  5. Memang menariklah, nanti nak bawak anak² ke sini.

    ReplyDelete
  6. Bestnyaa!! macam-macam ada kat situ rupanya, nt fre2 nak kesanalah

    ReplyDelete
  7. Best tgk macam.macam aktiviti boleh buat

    ReplyDelete
  8. best sangat..suka time kat viewing deck tu..rasa nak tukar baju cantik2 semata nak ambil gmbar..

    ReplyDelete
  9. Banyak surprise kan dalam tu. Tak sangka betul.. Haha

    ReplyDelete
  10. First tome jugak tgk buah beruas.. Tak tau pun kewujudannya sblm ni.. Kena pegi nih..

    ReplyDelete
  11. Seronokkan aktiviti kat Taman warisan pertanian ni

    ReplyDelete
  12. bestnya..tak sangka, putrajaya ada macam-macam..suka tengok buah-buah tu

    ReplyDelete