Pengalaman Berharga di Neubodi ~ The Bra Specialist

by - October 16, 2017

Sabtu lepas (14.10.2017) aku berpeluang berkunjung ke Neubodi Kota Damansara. Sebenarnya kunjungan ini telah dijadualkan oleh pihak Neubodi sendiri bagi mendapatkan konsultasi dan 'bra' percuma dari pihak mereka.



Melangkah masuk ke dalam butik Neubodi terus buat aku rasa teruja. Banyak sangat pakaian dalam wanita yang dikeluarkan Neubodi. Selain tu, tabung sumbangan 'bra' terpakai juga disediakan betul-betul ditengah-tengah pintu masuk. Masih ingat cerita sumbangan 'bra' terpakai yang aku ceritakan hari tu? Neubodi Bra Drive




Bagi yang masih tidak mengenali jenama Neubodi, meh aku ceritakan sedikit tentang jenama ini. Neubodi telah ditubuhkan pada tahun 2008 adalah sebuah jenama pakaian dalam wanita yang pertama di Malaysia yang dinobatkan sebagai 'Bra Fitting Specialist'. Apa yang menariknya Neubodi ni?

Di Neubodi pelanggan akan diberi konsultasi bagaimana cara pemakaian 'bra' yang betul. Ini adalah kerana 80% wanita di seluruh dunia masih tidak mengenali size dan bentuk payudara sendiri. Jadi di Neubodi konsultasi diberikan bagi menjelaskan kepada para pelanggan tentang size dan cara pemakaian 'bra' yang tepat. Pemilihan 'bra' yang salah akan menjejaskan bentuk payudara dan akan menjejaskan keyakinan seorang wanita.


Neubodi mempraktikkan kaedah pemakaian holistik untuk mengukur size sebenar kita. Jadi korang tak perlu risau dan malu sebab staff professional  yang disediakan untuk memberi konsultasi akan menyentuh payudara bagi mendapatkan size yang sebenar dan akan mengajar anda memakai 'bra' yang betul..oh ye..dan sudah pastinya semua staff adalah perempuan!!

Dan yang menariknya Neubodi ini ialah menyediakan ruang yang selesa dan suasana yang sangat mesra di setiap butik mereka bagi memastikan pelanggan merasa selesa seperti di rumah ketika diberi konsultasi. Tapi yang paling ,menarik ialah kesemua koleksi Neubodi adalah hasil buatan tangan..yup means bukan jahitan dan potongan mesin. Sebab tu memakai 'bra' Neubodi ni sangat selesa.




Selain diberi tunjuk ajar bagaimana memakai 'bra' yang betul (seriously cara mereka ajar sangat professional dan menyebabkan tiada lagi lemak-lemak lebihan dek kerana pemakaian 'bra' yang salah) mereka juga akan ajar kita bagaimana cara menjaga dan membasuh 'bra' agar tahan lebih lama. Bab sidai 'bra' pun diajar dan aku percaya yang ni memang kebanyakan perempuan salah cara menyidai..haha..dan aku adalah antara golongan yang salah tu.






Pengalaman aku memakai 'bra' Neubodi

Aku telah diberikan sehelai 'bra' Neubodi bagi merasai sendiri pengalaman menggunakan jenama ini. Secara jujurnya bila aku pakai je 'bra' ni terus aku rasa nak donate semua bra-bra yang aku ada sekarang..hahaha..selesa sangat 'bra' Neubodi ni dan memang rasa lebih yakin..kenapa? sebab lemak-lemak lebihan dah tak ada lagi. Kenapa selama ni kita ada lemak lebihan di pinggang dan bawah perut kita? Sebab cara pemakaian 'bra' yang salah. Ye..sepatutnya lemak-lemak itu adalah kepunyaan payudara tapi disebabkan cara pemakaian baju dalam yang salah makan lemak-lemak itu terkumpul dan jadi la 'spare tyre'. Tak percaya? kunjungi sendiri Neubodi dan dapatkan konsultasi serta rasai sendiri pengalaman memakai 'bra' mereka. 

'Bra' Neubodi ni sangat selesa, bentuk dan size cup yang betul sebenarnya akan buat kita rasa selesa kerana 'bra' ni akan menyokong payudara kita. Pemakaian yang salah akan menyebabkan bukan sahaja ketidakselesaan malah akan menyebabkan kesakitan dibahagian bahu dan melukakan bahagian tertentu pada badan.

Last but not least, Neubodi ni pernah dinobatkan sebagai 'Asia Pacific Top Excellence Brand Award ' pada Mei 2011.

Macam mana nak dapatkan pakaian dalam jenama Neubodi ni? Neubodi boleh didapati di cawangan mereka di :

  • Mid Valley Megamall
  • One Utama Shopping Centre
  • Bangsar Village II
  • Encorp Strand (High Street)
  • Empire Shopping Gallery
  • Aeon Bukit Tinggi Shopping Mall
  • Imago Shopping Mall
  • Vivacity Shopping Mall
  • Suria Sabah Mall
Korang juga boleh layari www.neubodi.com untuk keterangan lanjut atau terus hubungi mereka di Neubodi Holdings Sdn.Bhd
52A-3, Jalan PJU 5/20D,
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
T :+60361501288 F : +60361428385

You May Also Like

20 comments

  1. Wao...menaarik....boleh g ni.. Dekat jer.. Hihihi

    ReplyDelete
  2. Bila baca entry kak min ni terasa macam nak pi sekarang la...byk betul outlet dia ya

    ReplyDelete
  3. Tak pernah try brand Neubodi ni, nnt leh laa gi usha

    ReplyDelete
  4. Baru tahu kewujudan brand ni. Bagus sgt info Kak Min. Ty kena gi try dapatkan ni..Klu btl selesa bole donate bra2 yg ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..dptkan size sebenar n sambil tu leh donate bra terpakai

      Delete
  5. min.. k. azni mmg selalu lupa size nak beli bra.. setiap kali beli.soh orangukut hahaha.. bagus min share ni...

    ReplyDelete
  6. Kat Klang pun ada rupanya. Boleh jenguk-jenguk ni

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian ini, memang kebanyakan wanita tak tahu cara pemakaian bra dengan betul.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kak min sbb share pasal ni.mmg betol pn ramai lg yg xpandai memilih bra yg sesuai.

    ReplyDelete
  9. Baca entry akk tengok macam best je bra dia..siap ade consultant..ada ukuran..bagus2..rasa nak p beli

    ReplyDelete
  10. I hampir nak pergi untuk event ni juga.. kemudian baru teringat, I tak pakai bra la. heheh

    ReplyDelete
  11. Haritu ada nampak kedai neubodi ni kat damansara perdana. Bolehlah consider brand ni kalau nak beli baju dalam baru

    ReplyDelete
  12. It is good to know that there is a reliable bra shop, and could guide ladies on picking the right one. Oh i like that they have a recycling box!

    ReplyDelete