Bahan Deria untuk Kanak-Kanak (Part 1)

Ok kali ni aku nak cerita tentang bahan deria yang di ciptakan oleh Montessori untuk membangunkan kemahiran deria kanak-kanak. Sebenarnya kita boleh buat sendiri je kat rumah..
Ni aku cerita sebahagian dulu ye..(tengok tajuk tu PART 1..means ada PART 2 menyusul..haha). Alat yang di cipta Montessori ialah :-


  • Pink Tower
Terdiri daripada 10 biji kiub yang diperbuat daripada pelbagai bentuk dan tekstur. Semua kiub berwarna merah jambu berukuran dari 1cm-10 cm (kecil hingga besar sizenya). Kiub ini akan di susun mendatar daripada paling besar kepada paling kecil.

Tujuan : Untuk mengembangkan persepsi visual anak pada ukuran dan dimensi untuk mengembangkan koordinasi tangan & mata. Juga melatih dan memberikan perjalanan tentang urutan serta ukuran besar kecil. Tujuan tak langsung pula bagi mengembangkan kemampuan matematik. Sesuai untuk anak-anak berusia 2-5 tahun.


  • Brown Stairs
Terdiri daripada 10 blok yang diperbuat daripada kayu berwarna coklat dan berbeza daripada segi ketebalan. Kanak-kanak boleh menyusun blok ini daripada yang paling nipis kepada blok yang paling tebal.

Tujuan : Untuk mengajar anak-anak tentang perbezaan saiz dan membantu anak untuk fokus selain persediaan untuk matematik.


  • Red Rods
Sesuai untuk kanak-kanak 2.5 tahun hingga 6 tahun. Tujuannya bagi membangunkan persepsi visual dan otot, membangunkan koordinasi pergerakan kanak-kanak juga membantu anak-anak untuk fokus selain persediaan untuk matematik.


Ok cukup dulu dengan 3 mainan ni..nanti panjang-panjang pening pulak nak baca. Montessori sebenarnya memang menekankan pembelajaran melalui mainan. Kanak-kanak dinilai melalui pemerhatian bukan melalui paperwork macam yang sekolah-sekolah di Malaysia buat. Sebenarnya bagi kanak-kanak yang bukan masuk umur bersekolah ni diaorang tak sepatutnya dibebankan otak mereka dengan paperwork dan homework..betul..kalau tak setuju cubalah baca dan fahami psikologi anak-anak. Kemampuan mereka berbeza dengan orang dewasa.


Post a Comment

2 Comments

  1. This is a great tool for children to practice their motor skills. Thank you for sharing this.

    ReplyDelete