Antara Sushi & Kimbab

Aku memang peminat sushi..sangat-sangat, juga peminat k-pop (merangkumi makanan juga la). Jadi kat mana je kalau orang kata ada korean food yang sedap aku mesti cuba. Cuma kalau sushi aku cuma prefer makan kat Sushi King sebab ada jaminan halal. Pernah juga aku makan dekat Ichiban Boshi..memang sedap sushi dia..kalah la Sushi King tapi sebab ntah macam mana suatu hari aku tergerak hati berborak dengan pekerja dia tentang status halal pekerja dia cakap memang diaorang tak akan dapat halal sebab kicap yang diaorang guna memang ada campuran barangan tak halal. So sejak tu aku banned semua kedai sushi kecuali Sushi King. Padahal kat bawah opis aku ni ada je Sushi Mentai tapi aku jeling-jeling je la hahaha..ok sekarang kita cerita pasal Korean food pulak.

Last week aku try makan kat 2 Restoran yang menghidangkan makanan Korea Halal. 1st aku cuba makan kat Sweetree. Aku order kimbab tuna (aku memang tak nak makan banyak sebab tengah diet kononnya) dan hot honey lemon. Housemate aku pulak (muahaha weekdays aku memang ada housemate) order ttebokki atau topokki dan hot honey lemon. Aku memang meletakkan harapan tinggilah pada rasa makanan ni sebab aku tengok layanan pun ok. Sementara tunggu hidangan sampai diaorang akan hidangkan makanan pembuka selera (ada kimchi, bubur nasi, salad dan 2 lagi hidangan tapi aku tak tau nama). Serving pun cantik je..1st aku makan kimchi, ok memang sedap. Kimchi dia tak terlalu masam, ada rasa pedas dan manis (kebanyakkan kimchi aku try terlalu masam dan agak lembik). Kimchi di Sweetree ni rangup dan memang capai lah aku punya piawaian. Tapi bila sampai hidangan yang kami order..hurmm tu agak menghampakan aku. Kimbab dia ok la sedap jugak tapi topokki dia memang tak sedap. Rice cake dia terlalu lembik (kenyal yang lembik) dan tak ada fish cake yg empat segi leper tu (aku tak tau namanya) cam biasa topokki yang aku makan. Sos dia pulak terlalu manis. Maaf memang tak kena dengan tekak kami. Sudahnya semua hidangan kami bungkus je (esoknya buang je topokki tu) dan kami pindah makan ke kedai arab sebelah..hahaha..Hot honey lemon yang diaorang hidangkan pun terlalu manis..sungguh aku kecewa la. Jadi itu kali pertama dan terakhirlah aku jejak kaki ke Sweetree..(maaf ye aku memang jujur)



Kimchi ni memang sedap





Topokki kosong je..rice cake semata-mata harga RM21 kalau tak silap

Kimbab ok-ok jer




Semalam pulak aku ke Setia City Mall (merayau sorang-sorang lepas merajuk dengan laki aku sebab dia tak nak ikut aku ke SCM..haha). Aku nampak ada Myeong Dong Topokki Korean Street Food. Terus aku masuk bila aku tengok semua pekerjanya Islam dan ramai pengunjung Islam. Yakin halal lepas interview staff Myeong Dong ni. Kat sini menarik sikit..kita order dan nanti tunggu nombor giliran kita keluar dan  terus ambil makanan kat kitchen. Aku tengok menu pun menarik dengan harga yang sangat berpatutan. Aku order topokki dan kimbab lagi sebab nak buat perbandingan rasa. Topokki dia ada 2 pilihan yang original atau yang hot challenge (ni pedas). Opkos la aku amik yang hot challenge harga pun cuma RM6.80 (small). Untuk minuman pula aku cuma ambil hot green tea. Bila sampai giliran dan ambil makanan..pergh..memang menarik..kuah topokki dia memang macam yang selalu aku makan dan tengok kat cerita-cerita korea tu..ekekek..ada pulak fish cake cam yang aku nak. Lepas amik-amik gambar terus aku ngap..perghh..seriously memang sedap dan memang kena dengan piawaian tekak aku. Kimbab dia pun sedap. So aku bagi 5 bintang sebab sebelum ni pun aku pernah la try Dubu-dubu (sekarang dah tukar nama Dubuyo) kat Sunway dulu..lupa la tahun bila..punnn tak sesedap kat Myeong Dong ni. Jadi siapa-siapa yang suka Korean Food aku suggest gi la Myeong Dong Topokki ni. Cawangan dia ada di 1 utama, Sunway Pyramid, Sunway Putra, Pearl Shopping Gallery, The Mines & IPC Ikano selain yang kat Setia City Mall ni. Memang sedap..tak tipu. Cuma kimbab tu aku lebih suka yang kat food court kat Pavilion lagi. Tapi compare to Sweetree memang kat Myeong Dong lagi sedap la. Sweetree aku cuma mampu bagi 1 bintang (maaf lagi atas kejujuran aku)



Nampak tak fish cake kegemaran aku tu..perghh memang sedap

Sedap giler ada plak telur..







Muahaha..dah sampai giliran..kena amik makanan kat kitchen


Licin daaaa aku telan..

Tapi kan..cuma bab makan ni aku lebih pilih sushi berbanding kimbab. Mungkin sebab kenal sushi terlebih dahulu dari kenal kimbab jadi kalau diberi pilihan depan mata antara sushi dan kimbab..aku lebih pilih sushi. Ye la kenal sushi dah berpuluh tahun..so tekak memang dah serasi kot. Apa pilihan korang?


Post a Comment

8 Comments

  1. Fuhh...nmpk sedap....pergi sweetree hri tu try topokki ada je fish cake dalam tu kak min. Myeongdong dkat sunway putra xbrape sgt. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ek? agaknye masa kak min gi tukang masak lupa letak hahaha..

      Delete
  2. boley la try lepas ni nampak rupa macam sedap.

    ReplyDelete
  3. pernah makan kimbab itupun buat sendiri hehehe

    ReplyDelete
  4. Sushi dan kimbap...dua-dua tetap ku suka..sebab dua-dua pun sedap

    ReplyDelete
  5. Teringin nak makan korean food dan sushi.tp suami tak pandai makan.hehe.

    ReplyDelete
  6. I am a food lover too.. thanks for sharing this ..

    ReplyDelete
  7. Hanis pun peminat sushi. Esok juga Hanis pergi Myeong Dong Topokki Korean Street Food hehehe sebab dah craving gila ni. Harap harga ok ehehe duit tak banyak tapi nak makan-makan

    ReplyDelete