Aku dan snorkeling

by - October 04, 2017

Aku suka laut..sangat-sangat. Aku rasa laut la tempat yang boleh menenangkan jiwa aku..kalau ada masalah, duduk tepi pantai..dongak ke langit sebentar..pasti rasa tenang. Tapi tu la..tinggal jauh dari laut jadi tak boleh lah nak lari ke laut atau ke gigi pantai kalau ada masalah.

Since hari ni aku memang kurang mood dan idea jadi aku belek gambar-gambar lama. Terjumpa gambar masa aku join SP Setia company trip ke Pulau Redang..lama dulu..Kalau tak silap aku sekitar tahun 2011 (OMG..how the time flies..). Haishh terimbau kenangan bersnorkeling di Pulau Redang. Aku memang suka aktiviti snorkeling..scuba je belum cuba memang teringin sangat nak amik lesen scuba diving sebenarnya. Haritu pun suami aku ada cakap..nanti gi kelas scuba dan amik lesen..aku apa lagi..melompat keriangan la..hahaha..tapi simpan dulu cita-cita tu.

Secara jujur aku memang dah tak ingat we all stay kat resort mana satu, apa tentative tapi apa yang aku ingat sepanjang berada di sana jadual we all penuh dengan aktiviti-aktiviti yang best dan menarik. Selain gi snorkeling we all juga gi jungle trekking..haha..ingat lagi masa tu pagi-pagi lepas subuh dah gi. Dan aku ingat sangat makanan kat situ best-best. Pulak-pulak kami asyik dihidangkan dengan hasil laut yang fresh.

Snorkeling kat Pulau Redang ni best sebab hidupan dasar laut masih terjaga..memang cantik tengok hidupan laut. Rasa insaf dan kagum melihat keindahan ciptaan Allah. Tengok ikan-ikan yang comel tu rasa cam nak terkam semua nak peluk hahaha..memang cantik. Berbeza sewaktu aku gi snorkeling kat Pulau Pemanggil..dasar laut kat sana tak secantik di Pulau Redang malah ada tempat-tempat yang memang kosong je..ada 1-2 terumbu karang yang dah mati. Tapi pemandangan pulau memang cantik. Tu aku cerita kemudian sekarang cerita bab Pulau Redang dulu ye.

Best sangat dan cantik sangat Pulau Redang ni. Memang rasa tak puas berada di sana. Aku harap 1 hari nanti aku berpeluang nak ke sana lagi. Tapi sebelum tu rasanya macam nak ke Pulau Perhentian..orang kata Pulau Perhentian lagi cantik..














Tapi kan..nak bagi sikit tips kalau nak ke tempat-tempat yang macam ni.

  1. Pakai sunblock..haha..itu wajib bagi perempuan sebab kalau tak nanti kulit terbakar sangat.
  2. Pastikan pakai pakaian yang bersesuaian..jangan la pakai ketat sangat nanti kan nak terjun dalam air..jangan bagi free show kat orang lain.
  3. Bila dah terjun dalam air, mohon jangan cepat panik bagi yang tak reti berenang tu sebab kan dah ada life jaket..insyallah selamat. Kalau korang panik tu yang rasa macam nak lemas (padahal x lemas pun)
  4. Pastikan korang tak buang sebarang sampah dalam laut ni tau..nanti kesian kat hidupan dasar laut. 
  5. Untuk aktiviti snorkeling ni aku suggestkan pakai kaki itik supaya kaki korang tak luka-luka kena terumbu karang
Hehhe..tu je tipsnya..bukan banyak pun..tips santai namanya.

LANTING BEACH RESORT

Aku tak banyak gambar kat Lanting Beach Resort ni sebab pada aku Pulau Pemanggil ni tak best (tak tau la sekarang camne). Tapi masa group kami ke Lanting Beach Resort ni memang management teruk sangat, makanan pun kena catu (padahal orang bayar mahal kot). Aktiviti pun tak menarik sangat. Jadi aku tak banyak nak cerita..itu pengalaman aku..tak tau la pengalaman korang camne. Tapi aku ingat masa aku pergi tu..tengok macam banyak pembangunan tengah nak buat jadi hidupan dasar laut macam dah terancam. Ingat lagi masa aku terjun dekat dengan kawasan jeti..memang tengok kat dasar laut tu banyak cerucuk-cerucuk besi je..ikan adalah beberapa ekor je..sedih sangat..

Pemandangan Resort yang memang cantik tapi sayang management teruk
Hahaha..menunjukkan rasa tak puas ati (abaikan kegemukan aku masa tu..haha)





You May Also Like

14 comments

  1. wahh, blog kak min semakin mantap!

    ReplyDelete
  2. rindunya pergi snorkeling!! last time pergi redang pun stay sini.. best kan!

    ReplyDelete
  3. I suka snorkelling dan menyelam - saya ada lesen menyelam hehe. And jangan lupa, pakai Baby Oil kat rambut untuk jaga rambut dari kesan air laut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow..bestnya ada lesen menyelam..ooh ya..baby oil..hehe..thanks

      Delete
  4. I've been to Redang a few times and was supposed to go to Lang Tengah in September but I had to cancel my trip as I got into an accident. Redang is always very nice, as you said, dasar laut masih terjaga.

    ReplyDelete
  5. Never been snorkeling before but I've always been curious rasa geli tak when the fishes touch you? hahaha

    ReplyDelete
  6. I love snorkeling & the sea. Want to get a diving license hopefully by next year :) Redang is great I have been there many times when I was young ^^ can't get enough of it.

    ReplyDelete
  7. I love swimming and diving including snorkeling. This is something i miss doing. Lovely fishes!

    ReplyDelete
  8. Hahaha~ free show kat orang lain.
    Aku pun suka laut, it's important to protect the ocean for our next generations.

    xx
    Puiyeesss

    ReplyDelete
  9. nak snorkelling juga! bestnye.. :D

    ReplyDelete
  10. Redang island memang best! I have been to few islands for snorkeling, Redang is the most pleasant one!

    ReplyDelete
  11. I pun suka laut... lama dah tak dapat snorkeling.. huhuhu....

    ReplyDelete