Resipi Capati (Lagi Resipi Untuk Ina)..

by - September 11, 2017

lately ni Ina asyik kacau aku je nak macam-macam resipi. Tadi aku update blog pasal Annabelle boleh pulak dia marah aku.. ' aku nak resipi capati..bukan Annabelle'..puiii..marah aku pulak..hahaha..nak tak nak aku pun terpaksa la update blog lagi untuk share resipi ni..hahaha..

Oh ye..aku nak bagitau awal-awal ni..aku bagi cara macam mana nak buat capati..aku tak ikut sukatan sebab pada aku untuk buat doh jangan ikut sukatan sangat..sebab tepung kena uli sampai menjadi doh. Kang kalau ikut sukatan susah pulak..kalau jenis yang lurus tu nanti kalau terkeras atau terlembik susah pulak sebab 100% ikut sukatan. Jadi pandai-pandai la korang nak agak berapa korang nak guna ye.



Bahan-bahan :

Tepung atta
air/susu segar
sedikit garam
minyak sapi

Cara-cara membuat doh capati :

  • Masukkan tepung atta, minyak sapi, air dan garam dalam 1 bekas. Uli bahan tersebut hingga menjadi doh. Masukkan air atau sus segar (aku suka guna susu segar sebab roti lebih sedap dan lembut) sikit demi sikit supaya tepung yang diuli senang menjadi doh..maksud aku..kalo letak sekali gus nanti kalau terlembik korang kena tambah tepung pulak. Minyak sapi pula jangan terlalu sedikit atau terlalu banyak. Kalao terlalu sedikit nanti roti korang keras, kalau terlalu banyak pulak nanti roti korang hancur..kat sini korang kena pandai-pandai agak la..sama macam korang nak buat doh untuk karipap. Cam yang aku buat ni aku guna suku peket tepung atta dan minyak sapi lebih kurang 2 sudu besar penuh..



  • Bila dah jadi doh, bulat-bulatkan doh korang tadi lebih kurang sebesar penumbuk.

  • kemudian canaikan diatas papan pencanai yang dah ditabur sedikit tepung supaya doh yang dicanai tidak melekat.



  • Panaskan kuali leper di atas dapur
  • Masakkan doh yang sudah dicanai atas kuali leper tersebut tanpa minyak
  • terbalikkan bila roti sudah masak (biasanya capati akan menggelembung ketika sedang masak..tu tanda capati korang menjadi & lembut)
  • sedia dihidang bersama sardin atau kari daging




Selamat mencuba. 

Ni bukti Ina marah aku..hahahahaha



You May Also Like

0 comments