Aktivi Ringkas Untuk Perkembangan Kanak-Kanak di Rumah

by - September 28, 2017

Tadi aku dah cerita tentang Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengikut Pendekatan Imam Al-Ghazali. Kali ni aku nak share aktiviti kehidupan seharian mengikut teori Montessori. Sekarang kalau sebut Montessori semua orang tau tu tadika..hahaha..tapi tak ramai tau tu sebenarnya nama seorang pendidik & ilmuan yang mengembangkan method pembelajaran berasaskan kebebasan bermain pada kanak-kanak iaitu Dr. Maria Montessori. Pada mulanya dia menggunakan teori ni untuk mendidik kanak-kanak kurang upaya dari segi pemikiran dan kemudiannya beliau dapati method & teori ini boleh digunapakai pada semua kanak-kanak. Dr Maria ni percaya dengan memberi kebebasan kepada kanak-kanak ini bagus untuk perkembangan mereka.

Sebenarnya ada beberapa aktiviti mudah untuk ibu bapa praktikkan di rumah. Aktiviti-aktiviti yang senang yang kadang-kadang nampak remeh tapi sebenarnya sangat penting untuk perkembangan anak-anak seperti :-

  • Membutang baju - ajar dan galakkan anak-anak untuk mengenakan butang baju sendiri sebab ini akan merangsang fine & gross motor skill

  • Mengikat tali kasut

  • Menggilap kasut

  • Menyikat rambut

  • Menyiram pokok

  • Membersihkan tingkap, menyapu lantai dan mengelap meja.

Aktiviti-aktiviti ni sebenarnya bukan saja boleh membantu perkembangan fizikal kanak-kanak, malah melatih kanak-kanak agar berdisiplin, berdikari, dan menghargai diri dengan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap aktiviti yang dilakukan. Cuba lah ajar anak-anak. Aktiviti-aktiviti ni sebenarnya sangat bagus. Perkembangan maksimum otak yang berkaitan dengan deria dan bahasa sebenarnya berlaku sewaktu kanak-kanak  menjangkaui tahun pertama usianya, dan perkembangan kognitif berlaku dengan pesat pada usia 2-3 tahun. Waktu ni diaorang memang cenderung untuk meniru semua perlakuan orang dewasa tau..(opkos tu merujuk pada ibu bapa). Sebab tu masa ni la ibu bapa kena tunjukkan teladan yang baik untuk anak-anak.









You May Also Like

1 comments