KBBA9 serbu The Legend Resort Cherating

by - August 23, 2017

18hb - 20hb Ogos 2017 menjadi tarikh yang memang aku akan kenang selamanya..muahaha..sebab tarikh tu tarikh keramat aku yang utk pertama kalinya join Family Day KBBA9 yang ditaja oleh The Legend Resort Cherating..perghhh cengginiii 👍👍👍 bestnya.



 Selain dari menikmati pemandangan indah, berkenalan dengan rakan-rakan blogger yang lain aku juga mengambil kesempatan ini untuk berbulan madu..ekekeke..alahaiii memang rasa cam pengantin baru la weiiii..hahaha..tambahan pula dengan tentative yang superb dari pihak The Legend Resort Cherating sendiri yang diaturkan oleh Encik Meor Amran selaku Director of Sales.



Aku & suami sampai ke The Legend Resort Cherating tepat pukul 3 petang. Sampai je kat sana kami dilayan mesra oleh pihak The Legend dan Encik Meor Amran sendiri yang menyambut kedatangan kami. Terkejut jugak aku dengan layanan mesra yang siap dengan hidangan mee goreng dan tauhu sumbat..Allahuakbar baiknya diaorang. Jadi sebelum ke bilik kami menjamu selera sambil beramah mesra dengan rakan2 blogger lain juga Encik Meor Amran sendiri. 





 Ni la Encik Meor Amran..Director of Sales The Legend Resort Cherating (kiri) yang belah kanan tu takkan la tak kenal kotttt..blogger hot Malaya Ben Ashaari..ekeke

 Kak Long kawasan (opss..haha), Encik Meor Amran & aku bergambar kenang-kenangan

Yang hensem tu cik abe i la..muahaha..(nak gakkk gambar ngan Encik Meor) wakaka..


Borak punya borak dalam dekat pukul 5 ptg jugak la kot baru ke bilik rehat & solat kejap lps tu terus tukar 'uniform' gi terjun swimming pool ekekeke..siap mandi terus siap2 dinner plak..alahaiiii memang sedap2 la food diaorg hidangkan..siap2 makan plak terus naik bas pergi ke Hafiz Firefly Tour..ni memang gempak siottt..best gile dengar En Hafiz bagi penerangan tentang kelip-kelip..(akan cerita lanjut pada entri akan datang..maklum la nak cte pasal seronok kat sini rasanya korang kena bertabah dengan entri aku yang akan wujud part by part hahaha).
Habis tour terus balik The Legend Resort Cherating untuk sesi briefing oleh Encik Meor Amran dan boss Ben Ashaari..sesi briefing tu terus sekali dengan sesi suai kenal para bloggers..hahaha tu part paling best dan jangan tak tau ada 'kak long kawasan' yang buli bloggers baru tau! Hahahha (ampunnnn kak long)..meleret gak la sesi tu sampai pu


kul 1 lebih hahaha..balik terus tdo je sebab esoknya banyak lagi aktiviti menarik (tu pun aku sambung entri kemudian). Cuma entri kali ni aku nak bagitau korang kalau ada team building ke, seminar ke waima nak bercuti dengan family meh la datang The Legend Resort Cherating ni. Memang berbaloi-baloi sangat. Antara aktiviti yang diaorang sediakan ialah :-
  • telematch
  • water polo
  • rabbit feeding
  • batik painting
  • mangrove river cruise
  • release baby turtle
  • fireflies tour
  • turtle watching
  • visit turtle sanctuary
Macam-macam lagi sebenarnya tu nanti aku cerita lanjut. Tapi serious tak menyesal langsung kalau korang datang sini..cam aku sampai sekarang tak boleh nak move on hahaha..


Penerangan dari En Hafiz dari https://www.facebook.com/Hafizs-Cherating-Activities-284449151601476/ (boleh contact 017-9789256) untuk sebarang pertanyaan & tempahan


Release baby turtle

Aku akan cerita lebih lanjut tentang The Legend Resort Cherating dalam entri akan datang. Tapi sementara tu sape-sape nak riki dulu boleh la melawat ke laman web The Legend Resort Cherating http://www.legendresort.com.my/

You May Also Like

9 comments

  1. Seronok kan Min kat situ.. rasa nak pergi lagi

    ReplyDelete
  2. Bestnya..lagi2 tgk penyu tu

    ReplyDelete
  3. Best kan , baru dpt jumpa kak min heheh

    ReplyDelete
  4. Next entry plzzz... tak puas baca aktiviti yg korang buat kat sana..

    ReplyDelete
  5. 3 hari 2 malam rasa macam tak cukup kan Min.. huwaaaa.. tak leh move on..

    ReplyDelete
  6. 3d2n rasa sekejap je sebab full dengan aktiviti. Seronok walaupun penat!

    ReplyDelete
  7. Seronok tengok korang enjoy.....

    ReplyDelete