Jangan Hina Islam Atas Tiket POLIGAMI (PART 3)

by - August 02, 2017

Sambung kisah si A & si B semalam..

Selepas rujuk si A meneruskan kehidupan dengan penuh pengharapan agar si suami berubah. Namun seperti biasa janji tetap tinggal janji, Si B sikit pun tidak berubah malah kadangkala semakin teruk. Hingga ada satu ketika si A dihalau keluar dari rumah. Mungkin atas sebab terlalu kecewa, penat, marah,tersinggung dan bermacam perasaan si A keluar dari rumah dan menumpang di rumah keluarga. Sepanjang ketiadaan si A, si B sering mengganggu keluarga si A dengan pelbagai fitnah. Sampaikan ada satu ketika dimana ketika si A menunaikan solat maghrib di masjid bersama saudara, si B telah membuat panggilan kepada saudara yang ketika itu menunaikan solat maghrib bersama si A dan memberitahu bahawa ketika dan saat itu si A bersama lelaki lain di sebuah hotel murah! Terdiam si saudara yang menerima panggilan tersebut sambil melihat si A yang didepan mata menunaikan solat bersama di masjid..nampak tak permainan si B? Motif?? Ntah la mungkin ingin memburukkan nama si A atau semata untuk menegakkan benang yang basah dan cuba menyorok kesalahan diri sendiri. Lepas kejadian tersebut kerap kali juga si B mengganggu keluarga si A. Namun atas sebab memang keluarga si A jenis yang ada didikan agama mereka tidak mengendahkan segala perbuatan si B dan cuma menasihati agar si A membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Namun ntah la..atas sebab bodoh atau terlalu lembut hati selepas 6 bulan si A kembali kepangkuan si B selepas dipujuk rayu dan dihidangkan segunung janji2 untuk berubah. Seperti biasa perubahan tersebut bertahan selama beberapa minggu sahaja kemudian si B kembali ke perangai asal. Tapi kali ni si A juga mula berubah, si A mula pandai melawan dan memaki hamun melawan balik segala perbuatan suaminya. Si A mula hilang sikap sebenar, sudah hilang segala senyuman di wajah, sudah hilang segala sifat gila2 dan periang. Benar..si A mula dilanda kemurungan..akibat stress yang melampau si A mula tumpah darah, hidup bergantung pada ubat. Pernah si A memfailkan perceraian namun kerana kebodohan (yup aku anggap itu satu kebodohan) si A menarik balik fail perceraian tersebut. Si B pula dilihat semakin teruk..mula memukul, menumbuk, membuat deraan mental & fizikal. Dan seperti biasa tiap kali report polis dan perceraian difailkan tiap kali itu juga si B memujuk rayu dan meminta si A memberi peluang. Dipendekkan cerita peluang telah diberi hingga terjadi perceraian kali kedua. Pasti ramai yang kata si A bodoh..ye..aku juga berfikiran sedemikian. Si A bukan tiada rupa, usia jauh lebih muda dari si B, berkerjaya, dan yang paling penting selama ini memang si A menangung sendiri kehidupan dan kadangkala juga menanggung si B namun ntah kenapa si A tidak berdaya untuk melarikan diri dari si B. Di akui bahawa memang tiada manusia sempurna di dunia ini..begitu juga si A namun si A jenis yang terlalu banyak mengalah hingga si suami dan madu memijak kepala serta menafikan hak beliau sebagai isteri dan manusia. Hinggakan ketika ibu si A meninggal si suami tidak dapat dihubungi kerana sedang asyik bercuti..

Apakah kesudahan hidup mereka? Ntah aku pun tak tau..tapi si A nampaknya kali ni dah benar2 berubah hati. Si A sendiri mengakui bahawa dalam hatinya kini hilang segala perasaan sayang, cinta,kasih dan hormat..yang ada cuma perasaan kasihan pada si B memandangkan si B seorang yang berusia..kasihan dia melihat hidup si B yang seakan tiada pedoman hidup, tiada rasa kesal dan bersalah malah seakan tiada perasaan berdosa memperlakukan isterinya sendiri seperti binatang.

Itulah yang aku maksudkan jangan hina islam atas tiket poligami. si B sangat pandai berpura orangnya..dikhalayak ramai sering memperkatakan soal agama..juga sering mendabik dada dengan statusnya sebagai suami yang beristeri dua. Zahir diluar si B dilihat sebagai seorang yang baik dan peramah sera kelakar..namun tak siapa tahu bagaimana dia melayan isterinya. Maaflah yang sering melabelkan isteri kedua sebagai sundal dan sebagainya. Tak semua isteri kedua jahat.

Sebagai seorang islam yang ada pegangan hidup, seharusnya kita lebih mempraktikkan ajaran islam itu sendiri dalam kehidupan kita seharian. Tak salah nak beristeri lebih tapi lebihkan dulu ilmu di dada. Jangan sampai ada yang musnah kehidupannya kerana ketidakadilan si suami. Dalam kisah si A diatas, si A telah memperhambakan hampir sedekad usia perkahwinan kepada si B..si A telah mempersia2kan kehidupan mudanya kepada si B. Tak boleh ke si B berfikir secara waras?

Ok la..stop dulu nanti aku akan sambung di PART 4 pulak..haha..


You May Also Like

0 comments