Hati ku tertinggal di The Legend Resort Cherating

by - August 25, 2017

Elehhh..ngade-ngade..hahaha..mesti tu korang cakap bila baca tajuk entri aku ni. Hahaha..tapi selagi tak abes gambar dan tak abes lagi cerita aku ni selagi tu la blog aku masih tak boleh move on. Masih cerita pasal Family Day KBBA9, masih cerita pasal Cherating dan masih cerita pasal The Legend Resort Cherating. Maka bertabahlah wahai sahabat sekalian..hahaha..



Hari ni betul-betul seminggu berlalu. Last week time-time camni aku dan suami dalam perjalanan ke Cherating. Saja mulakan perjalanan awal sebab kami boleh bersantai jalan-jalan cari makan. Oleh sebab aku ni anak jati Pahang jadi tekak aku memanggil-manggil nak berhenti kat Temerloh tapi sebab malas nak masuk bandar aku cuma singgah di R&R dengan harapan dapatlah makan gulai tempoyak yang sedap tapi alangkah kecewa sebab dapat gulai tempoyak yang manis nak mampus, langsung tak rasa pedas..rasa cam makan bubur pulak wakakaka..so aku memang banned la kedai tu sampai bila-bila. Tapi masa balik ke KL aku singgah R&R Temerloh menghala ke KL tu memang sedap gulai tempoyaknya. Saja aku test si penjual sebelum aku mula beli..aku ajak dia berborak loghat Pahang..dengar pekat je Pahangnya terus aku beli..memang sedap..memang pure Pahang.


Ni gulai tempoyak yang sedap tu..di R&R Temerloh arah KL
Berbalik pada cerita bercuti sambil bekerja di Cherating tu..aku dan suami sampai kat Cherating dalam pukul 2.30 macam tu tapi kami berhenti minum dan makan keropok lekor dulu sebelum ke The Legend Resort Cherating untuk berkumpul di sana pada pukul 3 petang. Pukul 3 terus je ke lobby, ambil kunci terlebih dahulu. Kemudian kami berkenalan dengan Encik Meor Amran iaitu orang kuat The Legend Resort Cherating sambil dijamu dengan hidangan yang lazat dari pihak The Legend Resort Cherating. Lebih kurang pukul 5 macam tu baru aku dan suami ke bilik untuk rehat sekejap dan solat..tapi tak lama sebab kami terus tukar uniform dan terjun ke Green Pool..Pukul 7 camtu kami dijamu dengan hidangan-hidangan yang lazat (perghh hancuss diet aku) kemudian terus naik bas untuk aktiviti melihat kelip-kelip a.k.a kunang-kunang a.k.a firefly. Balik dari aktiviti tu terus balik ke The Legend Resort Cherating untuk sesi taklimat oleh Encik Meor Amran dan Big boss Ben Ashaari dannnnnn terus langsung ke sesi berkenalan semua bloggers yang hadir. Malam tu dipendekkan cerita dalam pukul 2 pagi jugak aku tidur.






Esoknya pulak lepas sarapan (terbabas sikit untuk tengok sunrise) terus berkumpul untuk aktiviti telematch..hahaha..seronok betul tengok mamk-mak budak dan bapak-bapak budak bermain macam-macam. Oleh sebab aku bukan kategori orang sihat aku cuma mampu tengok sambil menjerit je la. Cuaca memang panas terik sampai ada yang migrain tapi seronok.





Lepas aktiviti telematch kami diberi peluang oleh pihak The Legend Resort & Muck Dive  (LIHAT DISINI) untuk belajar cara-cara untuk scuba diving. Seriously aku memang suka bab ni. Aku memang gile snorkeling tapi tak pernah try scuba lagi. memang sangat-sangat berminat tapi apakan daya kesihatan aku sekarang tak mengizinkan untuk aku cuba scuba diving yang diajar oleh pihak Muck Dive ni.Lepas sesi scuba.. lunch dan terus naik bas untuk ke Kemaman..tentative oleh pihak The Legend Resort Cherating memang sangat-sangat menarik dan padat..tahniah dan terima kasih Encik Meor Amran selaku Director of Sales The Legend Resort Cherating. Di Kemaman tempat pertama dituju tentulah ke tempat pembuatan keropok lekor Intan. Lepas dah habis belajar (kononnya), dah menjamu selera kami dibawa ke Pasar Kuala Kemaman tempat jualan ikan segar yang terus dari laut dan harga jauh lebih murah berbanding di KL ni. Dari sana kami berpatah balik ke Cherating dan terus ke Santuari Penyu Cherating untuk melihat penyu. Kemudia kami balik ke The Legend Resort Cherating untuk aktiviti melepaskan anak penyu pulak..(boleh tengok  DI SINI) aktiviti ni memang best maklum la untuk aku yang pertama kali merasai peluang sebegini. Lepas je acara ni terus je bersurai dan masing-masing ke bilik untuk rehat sekejap, mandi dan solat kemudia terus ke acara makan-makan..hahaha..acara paling disukai ramai. Malam tu kami sangat bertua kerana pihak The Legend Resort Cherating telah menyediakan kami 'BBQ Dinner Pirate Theme Party at Deep Sea Beach Bar'..perghh memang gempak la malam tu dengan food yang sedap2.








Ahad pulak lepas sarapan ada aktiviti 'Sea Rafting'..gempak oiiippp..laki i join..hahaha..seronok giler tengok diaorang dok bina rakit, naik rakit dan kena buka balik..wakakaka padan muka..hahaha.. Lepas tu mandi ramai-ramai..haha..aku sibuk dok main dengan si Qhaliff dan Ean yang comel tu kat swimming pool..haishh macam-macam aku jadi..buaya la..shark la..fish la..tikus pun ada..hahaha..dok layan budak-budak tu dalam swimming pool. Sampai budak-budak tu tak nak naik la..sampai kecut-kecut tangan diaorang.





Abis semua aktiviti we all balik bilik, kemas-kemas untuk check-out..lepas lunch dengan makanan sedap-sedap yang disediakan oleh pihak The Legend Resort Cherating kami diberi peluang untuk melawat semua jenis bilik yang disediakan dia The Legend Resort Cherating ni. Boleh klik DI SINI.
Dalam pukul 3 jugak kami bersurai selepas sesi bergambar ramai-ramai. Aku dan suami terus menuju ke Kemaman untuk beli ikang segor haha dan makan sata. Pukul 5 bertolak balik terus ke KL..tu la sikit sebanyak ringkasan cerita sepanjang 3 hari 2 malam di The Legend Resort Cherating.










Terima Kasih Pada The Legend Resort Cherating, Encik Meor Amran, Boss Ben Ashaari, semua rakan-rakan dari KBBA9..tq semua..


Terima kasih pada semua penaja kami :

You May Also Like

6 comments

  1. Menariknya otak2...selama ni ingat otak2 ikan je...macam2 jenis ada rupanya

    ReplyDelete
  2. sonoknye.. semua lauk segar segar..

    ReplyDelete
  3. Memang terbaik Family Day kali ni, aktiviti semua best²!

    ReplyDelete