Raya tanpa keluarga

by - June 30, 2017

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2017 untuk semua. Hari ni Syawal ke 6 jadi rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin untuk semua. Maafkan semua keterlanjuran & kesilapan aku secara sengaja atau tidak sengaja.

Raya tahun ni raya paling hambar dalam sejarah kehidupan aku. Tahun ni betul-betul tiada istilah berhari raya untuk aku. Banyak yang terjadi yang menyebabkan raya tahun ni aku nobatkan raya paling hambar. Aku sungguh tak kemana langsung untuk beraya. Just duduk rumah dan layan tv. Biasa tiap tahun aku rajin jugak nak masak bermacam juadah dan hidangan hari raya. Biasa tiap tahun paling aku tak tinggal masak nasi tomato, ayam masak merah, rendang, rebus nasi himpit & buat kuah kacang. Tahun ni aku cuma masak rendang limpa semata2 dan alter kuah kacang yang laki aku masak hahaha..biskut raya pun aku beli 2 jenis je tahun ni..almond london & biskut makmur. Biasa tiap tahun meriah gak la biskut raya yang aku beli.

Hurmm..hambar sangat kan? kenapa? hurmm..tak semua cerita aku boleh berkongsi. Kenapa dan mengapa biarlah menjadi rahsia aku..aku cuma nak share betapa tahun ni memang tahun paling hambar. Bila tengok gambar2 family beraya aku tumpang gembira. Haishh rindunya nak beraya bersama. Harap tahun depan dapat beraya bersama2 macam dulu-dulu.

                                             Rindunya nak beraya ramai-ramai

                                                Ni family kakak..seriously rindu giler

 Ni family besar aku..kami 13 beradik. So bayangkan camne meriahnya bila kami semua berkumpul macam dulu2..hahaha dah macam kenduri sekampung tau.



Hahaha..ni plak kuah kacang yang aku alter. Al-kisah encik suami kesian tengok aku yang sibuk dengan kerja dan belum sihat sepenuhnya. So dia dengan baik hati masakkan kuah kacang tapi sian plak kuah kacang dia tak berapa menjadi hehehe so aku terpaksa la alter kan hehehe..apa pun terima kasih sgt pada effort dia.

You May Also Like

0 comments