Mood Republik Raya 2017

Fuh...akhirnya berakhir sudah festival shopping terbesar kat Malaysia ni. 72 jam non stop bermula 16hb June yang lalu dan berakhir hari ni (19hb June 2017) pada pukul 10 pagi tadi. Ehhh ngantuk gila plak rasa sekarang walaupun pagi tadi kul 4 pagi dah balik hotel.

Camne suasana kat pwtc? perghhhhh..sesak gile. Pengunjung memang giler2 datang beshopping. Bayangkan manusia tak pernah surut terutama selepas waktu berbuka puasa. Tapi paling ramai orang dan paling teruk jem ialah pada hari Sabtu malam Ahad. Sesak dijalan raya dan sesak dalam pwtc. Bayangkan jalan memang berasak2. Suasana dalam tu tak yah cte la camne meriahnya.

Aku datang sebab bertugas wakakak..datang demi Min'z Sambal Hitam Pahang. Kalau tak sumpah memang tak datang. Terus terang aku memang jenis yang tak suka bersesak2 ni. Kalo nak shopping bagai aku lebih rela amik cuti pastu shopping time semua orang bekerja wakakakak..aku jenis cepat rimas dan lemas, nanti mula la mood kelaut dan tak bershopping. Tapi sejak aku melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ni..memang event2 yang sesak camni la yang aku akan cari. Dulu sebelum aku buat sambal hitam ni memang aku tak pernah jejakkan kaki ke Mood Republik sebab dah tau orang cam semut. Tapi start last year aku mula join dan Insyallah hujung tahun ni kalo ada rezeki aku akan join lagi untuk Mood Republik year End Sale Festival cam last year.

ada yang tanya aku banyak ke shopping? muahahah aku tak shopping pun sebab bz dengan sambal aku. Tapi dapat gak la aku tangkap shawl Aliff Syukri ahahah..shawl je..baju tak beli pun. Eh tapi sape2 yang nak gi Mood Republik Raya lagi tahun depan aku suggestkan korang datang awal pagi..time tu x sesak sgt. Jangan sesekali datang time pas berbuka nnt korang sure stuck dalam lautan manusia. Lagi satu datang la hari last cam malam tadi..sebab tak sesesak hari lain..pendek kata datang hari bekerja






Post a Comment

0 Comments