Bersediakah kita hidup tanpa yang tersayang?

by - May 26, 2017

Huh..cam berat plak topik arini. Tapi ni la topik yang aku bincangkan dengan member2 blogger kat wassap group hari ni.

Semuanya bermula dari aku dapat wssap dari member..pastu aku post kat group then terus terjadi perbincangan.


Kebetulan pula sorang member dalam group baru kehilangan suami tercinta tahun lepas akibat denggi. Allahu akbar..sungguh aku tak sanggup nak fikirkan macam mana nak hidup tanpa suami aku. Beratnya dugaan yang kawan-kawan aku hadapi. Tapi nak tak nak sebenarnya kita kena bersedia untuk hadapi semua ni sebab mati itu pasti. Sama ada kita atau pun pasangan kita yang pergi dulu..huhu..tapi seyes aku tak sanggup nak bayangkan.

Aku memang jenis tak pandai nak tunjukkan sayang aku pada suami plak2 suami aku jenis kasar dan aku terdidik untuk jadi kasar jugak hahaha..kebanyakan masa memang kitaorang tak adalah nak tunjukkan sangat perasaan atau nak beromantik2 sangat tapi seyes aku cakap aku belum bersedia nak terima kehilangan dia..biarlah dia tak sebaik orang lain atau selalu menyakitkan hati pun..hahahahaha..(biasalah pasangan suami isteri memang camni..yang loving2 sangat tu biasanya masa bercinta je wakakakakak).

Aku dah biasa hidup suami yang selalu kemaskan rumah, yang ringan tulang nak tolong basuhkan pinggan mangkuk dalam sinki, yang nak tolong basuh dan lipat baju aku. Walau camne garang atau menyampahnya aku dengar dia membebel tapi sungguh aku takut kehilangan dia. Dannnn..aku harap dia pun macam aku..hahahaha..aku harap kalo aku mati dia tak la hepi nak kawen lain..hahahah..

You May Also Like

0 comments