Resipi Asam Pedas Ikan Pari

by - February 06, 2017

Hari ni terajin plak nak masak asam pedas ikan pari hehe..actually encik suami yang request..dah request dari hari Sabtu lagi. Oleh sebab encik suami memang dah terbiasa makan asam pedas dari air tangan aku sejak 8 tahun ni jadi dia memang cerewet sket makan asam pedas di kedai. Muahah tu la  namanya the power of air tangan isteri haha.. ok hari ni aku rasa bermurah hati nak share resipi ekeke..kalo rasa nak try cara aku ni try la..

Bahan-bahan:
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 inci halia
Sebiji bawang besar (setengah org letak bawang putih tp aku tak suka letak bawang putih, so kalo korang nak letak pun boleh)
Sedikit belacan (ni pun sama nak letak boleh tak letak boleh. Aku biasa tak letak tp hari ni aku letak sket haha)
Ok..bahan2 diatas ni korang blend tau. Tp aku suka tumbuk sebab lagi original rasanya..hahah aku bab ni memang ortodoks sket aku masih suka kekalkan cara tradisional. Make sure tumis sqmpai betul2 garing tau.

3 sudu besar cili giling (ini ikut suka tahap kepedasan korang. Cam aku, aku tambah lg 2 biji ciki api)
* lepas bahan yg atas tu dah garing korang masukkan cili giling ni bersama dengan 1 sudu gula sebagai ganti bahan perasa n utk cantikkan kaler. Tumis sampai garing jugak

Ikan pari
2 biji tomato (belah 4)
2 kuntum bunga kantan (belah 4 je)
2 batang serai diketuk
Segenggam daun kesum
1 sudu besar air asam jawa
Sedikit garam

Lepas semua bahan tumis dah garing masukkan semua bahan kat atas ni bersama semangkuk air. Jgn banyak2 air nnt asam pedas x pekat..aku mmg kurang berkenan nak makan asam pedas yg cair cam singgang tu ekekek.. pastu bila dah menggelegak dan agak2 dah masak korang tutup la api. Tadaaaaa dah siap dah n boleh dihidang. Nak sedap lagi? Korang mkn dengan ikan masin,sambal belacan n ulam weihhhh..perghhh..mmg best laa..

Muahah ini lah hasil kejadiannya.. selamat mencuba

You May Also Like

2 comments

  1. Suka makan.. tp tk pndai masak jahahaha . Pernah masak dengan arwah adik dlu..

    ReplyDelete