Surirumah Dari Sabah Menang Hadiah Utama Berupa Percutian Ke Jepun Dalam Kempen Sushi King 1 Million Happy Members

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah yang tahu..


Mesti anda dah biasa dengar pepatah diataskan? Benarlah..terkadang tuah manusia ni tiada siapa yang tahu. Begitulah yang terjadi pada seorang penggemar sushi yang mendapat tuah menjadi pemenang utama dalam kempen Sushi King 1 Million Happy Members.




Sushi King, rangkaian restoran susyi Jepun Halal terbesar di Malaysia baru-baru ini telah menganugerahkan pemenang utama kempen 1 Million Happy Members mereka dengan lawatan ke Jepun. Majlis penyampaian hadiah yang diadakan dengan gilang-gemilang di cawangan Sunway Pyramid itu adalah untuk meraikan para pemenang yang terdiri daripada ahli program kesetiaan mereka menerusi aplikasi Sushi King.


Kempen 1 Million Happy Members yang berlangsung sepanjang bulan Mei telah berjaya menerima lebih dari 50,000 penyertaan dengan menawarkan hadiah-hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM1,000,000. Ahli program kesetiaan Sushi King yang menyertai kempen ini berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif termasuk gajet terkini, Smile Points dan juga pakej percutian yang menyeronokkan!



Encik Hiroki Mori, Pengarah Urusan Sushi King Sdn. Bhd. berkata,

Kami amat bersyukur atas sokongan dan kesetiaan pelanggan kami yang tidak berbelah bahagi. Mereka telah mendorong kami untuk mencapai kejayaan luar biasa 1 juta Happy Members. Kami terharu dengan penghargaan mereka terhadap Sushi King dan budaya makanan Jepun. Melalui kempen ini, kami dapat mencipta pengalaman yang bermakna buat ahli-ahli kami dimana mereka akan mendapat ganjaran sambil menikmati hidangan Sushi King kegemaran mereka.

Ia tidak dapat dinafikan bahawa kempen 1 Million Happy Members telah memberi keseronokan dan kegembiraan kepada semua ahli Sushi King yang telah memenangi hadiah-hadiah hebat ini: Peranti Oppo, jam tangan Apple, kad hadiah Uniqlo, tawaran makan dan 600,000 Smile Points. Apatah lagi, ahli kesejuta, Mohd Shahrin Samian, telah menerima ganjaran makan percuma di Sushi King selama setahun! Antara yang paling bertuah ialah Vyvian Elvy Jefry, seorang suri rumah warga Sabah, yang telah memenangi hadiah utama percutian ke Jepun ketika menjamu selera di Sushi King ITCC Penampang. Ini merupakan lawatan pertama beliau ke negara tersebut.


Kami bertekad untuk menjadikan Sushi King sebagai Your Happy Sushi Place di mana pelanggan kami dapat merasai kenikmatan dan keistimewaan budaya makanan Jepun melalui hidangan yang menyelerakan,

tambah Encik Mori. 


Sushi King bakal memperkenalkan pelbagai inisiatif yang inovatif untuk menarik lebih ramai pelanggan seperti promosi dan penawaran menu baru termasuk Japonica Unagi gred premium dan Ramen Jepun yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Penambahan baru ini adalah bukti komitmen Sushi King untuk memastikan pengalaman menjamu selera yang baik kepada semua pelanggan mereka.



Sushi King mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk menyertai program kesetiaan mereka yang semakin berkembang dan mengambil bahagian dalam pelbagai kempen-kempen mereka yang menarik di masa akan datang. Muat turun aplikasi Sushi King di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery untuk menjadi ahli Sushi King hari ini.



Untuk maklumat lanjut mengenai promosi-promosi Sushi King dan banyak lagi, sila layari laman web rasmi mereka di www.sushi-king.com. Ikuti Sushi King di Facebook (@sushikingasia) dan Instagram (@sushikingmalaysia) untuk sentiasa menerima maklumat terkini tentang kempen dan promosi mereka.

Post a Comment

0 Comments