Pengalaman Menang Tempat Pertama Dalam Pertandingan Cheese Platter Anjuran Real California Milk

Saja aku nak kongsikan sedikit pengalaman manis aku untuk hampir pertengahan tahun 2023. 


Kisahnya aku memasuki sebuah pertandingan memasak anjuran Real California Milk dimana kami diminta untuk menyediakan hidangan 'cheese platter' dan 1 'finger food'. Untuk aku yang sememangnya tekak melayu ni memang tak arif langsung tentang hidangan ini namun atas izin Allah, kumpulan aku menang tempat pertama untuk pertandingan ini.



Memang kemenangan yang tidak dijangkakan oleh aku sendiri kerana buat pengetahuan ini adalah kali pertama aku menyediakan hidangan ini. 


Cheese platter atau charcuterie board bukanlah asing bagi masyarakat Eropah malahan hidangan ini sering dihidangkan untuk majlis-majlis keraian termasuk ketika sambutan hari jadi. 



Sajian berkeju jarang sekali ditolak rakyat Malaysia. Malah keju boleh dikatakan makanan pembuka selera kegemaran ramai. Kini terdapat lebih banyak produk yang mengandungi keju dan pelbagai pilihan keju di pasaran. Pasaran keju Malaysia diunjurkan bernilai RM1.094 bilion pada 2023 dan dijangka berkembang setiap tahun pada kadar 7.52% (CAGR 2023 - 2027). 


Lembaga Penasihat Susu California (CMAB) yang merupakan lembaga pemasaran pertanian terbesar di California baru-baru ini menganjurkan satu acara untuk mendidik pengguna Malaysia tentang keju berkualiti tinggi mereka yang memaparkan cap dagangan Real California Milk. Terdapat pelbagai produk tenusu di bawah portfolio CMAB, yang bukan sahaja terhad kepada keju, susu, yogurt dan ais kirim. 


Rakyat Malaysia boleh menikmati pelbagai jenis keju California seperti Cheddar, Mozzarella, Pepper Jack dan Monterrey Jack. Bagi mereka yang lebih menggemari keju buatan khas, terdapat juga keju biru, keju salai dan keju organik dari California, semuanya dijamin dengan cap dagangan “Real California Milk”.   


Wakil Negara Malaysia bagi CMAB Eddie Saw berkata lebih ramai rakyat Malaysia kini mula menghargai jaminan kualiti produk tenusu California seperti keju dan aiskrim yang memaparkan cap dagangan Real California Milk. Semua keju ini sungguh lazat dan anda boleh menikmatinya pada bila-bila masa dalam sehari. Ramai rakyat Malaysia kini mula menggunakan keju dalam masakan mereka.    


Keju yang berbeza menawarkan kualiti dan fungsi unik yang tersendiri – sekali gus membuka pelbagai pilihan kulinari menerusi pilihan luas masakan berasaskan keju. Satu perkara penting yang perlu diingat ialah keju yang memaparkan cap dagangan Real California Milk merupakan keju semula jadi asli.  Keju kami menggunakan 100% susu sebenar daripada lembu di California dan telah memenangi anugerah di Amerika Syarikat dan juga luar negara,

 ujar Eddie. 




Satu sesi memasak yang membabitkan 20 pempengaruh gaya hidup dan makanan di Malaysia telah diadakan baru-baru ini untuk mengetengahkan kelainan dan kualiti produk tenusu dan keju California, terutamanya yang memaparkan cap dagangan “Real California Milk”. 


Chef Eksekutif Bertauliah Barbara Alexander, yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam dunia Kulinari dan Hospitaliti, telah mencipta empat resipi lazat menggunakan Keju California Sebenar – Blue Cheese Chips, Korean Cheese Dogs, Iced Coffee Cheesecake Cream Puffs dan Buffalo Chicken & Blue Cheese Pizza. Seperti yang diterangkan oleh Chef Barbara, resipi mudah untuk disediakan ini sangat popular dalam kalangan penduduk Asia, terutamanya untuk dihidangkan di majlis keramaian bersama keluarga dan juga untuk menyediakan sajian segera apabila kesuntukan masa.

 


Chef Barbara mengulas, 

Satu auns keju semula jadi, seperti Cheddar, Jack, atau Mozzarella, mengandungi kira-kira 20% daripada keperluan kalsium harian yang disyorkan bagi seseorang dewasa. Mereka yang sensitif kepada laktosa, atau tidak boleh ambil laktosa, masih boleh menikmati keju jika mereka pilih jenis keju keras semula jadi (proses penuaan) atau keju matang lembut, yang mengandungi sedikit atau tiada laktosa.



Semua pempengaruh media sosial telah menunjukkan kemahiran memasak masing-masing dan mencipta sajian keju yang menggabungkan aneka keju Real California dengan pelbagai bahan/ramuan masakan. Hasil ciptaan diadili berasaskan penyampaian dan kreativiti yang menampilkan keserbagunaan, kelazatan dan kesenangan menyediakan sajian masing-masing. 



Tahniah buat Moka dan Mawardi Yunus yang memenangi tempat kedua dan hidangan yang paling 'instagrammable' 



Juga tahniah kepada Kelly Chin dan Ivy Kam yang memenangi tempat ketiga di dalam pertandingan yang penuh bermakna ini.


Amerika Syarikat ialah pengeluar susu lembu terbesar di dunia dan California ialah negeri pengeluar susu terbesar dan pengeluar keju kedua terbesar. Kira-kira 50 pengeluar keju menghasilkan lebih daripada 250 jenis keju menggunakan hanya susu California. 


Pengeluar produk tenusu California amat prihatin tentang kesihatan, keselesaan dan keselamatan lembu dan mengutamakan penjagaan haiwan. California mempunyai banyak syarikat tenusu yang moden, canggih dari segi teknologi dan cekap, dengan amalan terbaik dari segi keselesaan dan penjagaan lembu – berlandaskan usaha mencipta masa depan yang lebih bersih dan lestari. California merupakan negeri utama di A.S. dari segi pelaksanaan amalan perladangan tenusu yang lestari. 




3 jenis keju yang perlu anda ketahui ;


KEJU TIRUAN 

Diperbuat daripada susu bukan tenusu 

Diperbuat daripada minyak sayur / minyak sawit

 

KEJU ASLI

Diperbuat daripada susu 100%  

REAL CALIFORNIA MILK

 

KEJU PROSES 

Keju proses dihasilkan dengan memanaskan keju asli  dan mencampurkan ramuan lain seperti pengemulsi dan pengawet – juga termasuk krim, air, minyak sayur, kanji dadih dan lain-lain.


Untuk maklumat lanjut dan resipi, layari www.realcaliforniamilk.com atau ikuti halaman Facebook @RCM Malaysia.



@bebelancikmin Replying to @gengborak Alhamdulillah..haha..tak sangka sebenarnya memang..Alhamdulillah rezeki kami dari Allah btw tq @penaberkala utk video ni 🥰 #FreeYondOpen #wesanderson #InspirasiRaya #charcuterie #charcuterieboard #charcuterieboardsoftiktok #charcuteriecompetition #bebelancikmin #bebelancikminfoodhunter ♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version - sped up 8282

Post a Comment

0 Comments