Drama Raya Suria 2023 | Raya Akhir

Setiap tahun Suria FM pasti akan menghidangkan Drama Raya Suria dan pada tahun ini sekali lagi Suria FM membawakan sebuah drama pendek sempena hari Raya yang bertajuk 'Raya Akhir'.


Umum mengetahui drama raya Suria FM akan dilakonkan oleh penyampai-penyampai radio Suria FM sendiri dengan penglibatan pelakon undangan dan untuk Drama Raya Suria 2023 mereka telah mengundang biduanita tanah air iaitu Uji Rashid.



Drama Raya Suria 2023 | Raya Akhir



'Raya Akhir' telah mengangkat Shuib iaitu penyampai radio paling baru Suria FM sebagai pelakon utama.


Raya Akhir berkisar tentang Akhir, seorang pemuda yang mengalami perubahan sikap sehingga menimbulkan tanda tanya keluarga dan masyarakat sekeliling. Ada juga yang mengatakan bahawa Akhir terlalu sensitif terhadap dirinya, tetapi beliau semakin ke arah kebaikan dengan kerap berbual bersama ustaz juga sering ke tempat pengagihan barangan sedekah. Namun, semuanya terbongkar apabila rakan karibnya menjumpai sesuatu di dalam bilik Akhir. Jadi apakah kesudahan kepada kisah akhir? Jangan lupa saksikan Raya Akhir di platform digital Suria Malaysia!


Pendapat Peribadi Aku Mengenai Drama 'Raya Akhir'


Aku dah dipertontonkan dengan drama 'Raya Akhir' ini pada hari pertama tayangannya dipertontonkan di YouTube Suria FM.


Drama ini walaupun tayangannya berdurasi kurang dari 40 minit namun memberi kesan yang agak mendalam juga pada para penonton.


Walaupun lakonan Shuib masih lagi boleh diperbaiki terutama ketika melontarkan emosi sedih namun rasa sedih itu masih sampai dan mampu membuatkan para penonton menitiskan air mata.


Bagi peminat-peminat biduanita negara, Uji Rashid drama 'Raya Akhir' ini Insyallah mampu mengubat rindu kalian dengan kemunculannya sebagai ibu kepada Akhir.


Watak paling menghiburkan pula pada aku adalah watak DJ Lin yang kecoh. Dj Lin membawa watak sebagai Yong Petir iaitu satu watak yang sangat berlainan dengan karakter sebenar DJ Lin. Yong Petir di dalam drama 'Raya Akhir' digambarkan sebagai seorang yang bermulut 'laser', tak berhenti bercakap dan 'perasan'.

Drama Raya Suria 2023 | Raya Akhir



Namun satu perkara yang aku puji, walaupun drama ini mendapat tajaan dari Yayasan Maghfirah namun pengarah drama 'Raya Akhir' ini bijak menjadikan cerita tidak nampak 'terlalu ditaja'.


Apa pun tahniah kepada semua pelakon dan keseluruhan team Suria FM. Bagi yang belum menonton drama 'Raya Akhir'  anda bolehlah menonton drama ini di YouTube channel Suria FM.

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia:

 Instagram: suriamalaysia 

 Facebook: @SuriaMalaysia 

TikTok: @suriamalaysia 

Youtube: SuriaTV 

 Twitter: @suria_malaysia


Post a Comment

0 Comments