6,000 TERMASUK ARTIS DAN SELEBRITI SERIUS NAK UBAH HIDUP

Mendengar nama Datuk Wira Dr. Azizan Osman pastinya sinonim dengan RichWorks International Sdn.Bhd. (RichWorks). Siapa Sahaja yang tak kenal Datuk Wira Dr. Azizan Osman, seorang mentor terkenal yang banyak membimbing usahawan hingga menjadi jutawan. 


Terkini, RichWorks International Sdn.Bhd. (RichWorks) dan Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah menganjurkan sebuah program yang dinamakan Nak Ubah Hidup (NUH) yang berlangsung selama tiga hari  di Setia City Convention Centre.


6,000 TERMASUK ARTIS DAN SELEBRITI SERIUS NAK UBAH HIDUP


Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, program tiga hari bermula hari ini itu merupakan inisiatif Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dalam membantu orang ramai terutama bangsa usahawan dalam dan luar negara pada permulaan tahun 2023.


Hari pertama Nak Ubah Hidup (NUH) menyaksikan sekitar 6,000 orang datang dengan penuh impian dan pengharapan.

Kami jangkakan jumlah ini akan bertambah pada petang ini dan hari kedua nanti. Penganjuran program ini sangat signifikan kerana RichWorks mahu peserta-peserta sedar potensi diri ini meskipun cabaran di luar seperti kenaikan kos sara hidup yang kian meningkat. Cabaran ini semakin berganda akibat faktor luaran manakala faktor dalaman ekonomi membuatkan ramai orang terhimpit dengan pelbagai masalah,

 katanya.


6,000 TERMASUK ARTIS DAN SELEBRITI SERIUS NAK UBAH HIDUP


Cabaran-cabaran ini membuatkan Dr. Azizan dan RichWorks beriltizam untuk berterusan memberi sokongan dan bantuan berdasarkan kemampuan yang dimiliki.


“RichWorks mempunyai sistem mentorship paling berstruktur sehingga berjaya melahirkan ribuan orang yang berjaya berubah bukan sahaja terhadap bisnes masing-masing malah terhadap kehidupan mereka,” kata Radz.


Tambah Radz, peserta-peserta NUH akan diberi reset fokus diri agar mereka lebih jelas terhadap potensi dan kemampuan diri. Mereka kemudian kenal pasti matlamat hidup dan halangan kejayaan seseorang dalam ubah hidup.


“Misi Dr. Azizan dan RichWorks adalah untuk memberi manfaat kepada orang ramai melalui ilmu dan panduan yang telah terbukti membantu ramai orang sejak RichWorks ditubuhkan pada 2008,”

kata Radz.


RichWorks juga bersedia untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan mahupun kerajaan negeri dalam usaha memperkasakan bangsa usahawan di seluruh negara pada 2023 yang dijangka lebih mencabar, kata Radz.

 

6,000 Termasuk  Artis Dan Selebriti Serius Nak Ubah Hidup


Menariknya lagi, program yang dihadiri 6,000 peserta ini turut dihadiri oleh golongan artis dan selebriti. Antara artis yang menyertai program Nak Ubah Hidup pada tahun ini adalah Nana Mahazan, Tya Ariffin dan Norman Hakim.

6,000 TERMASUK ARTIS DAN SELEBRITI SERIUS NAK UBAH HIDUP



Ketika ditanya mengapa memilih untuk menyertai program Nak Ubah Hidup (NUH) anjuran RichWorks ini? Mereka mengakui bahawa kehidupan sebagai artis tidak selamanya indah, jadi mereka memilih untuk mencari ilmu di dalam bidang perniagaan dan program NUH ini adalah program yang paling tepat dan sesuai untuk dihadiri.


Antara selebriti lain yang turut menghadiri ialah CEO Batu dan juga Dr. Samhan yang terkenal di TikTok.

6,000 TERMASUK ARTIS DAN SELEBRITI SERIUS NAK UBAH HIDUP



Sedikit Tentang Datuk Wira Dr. Azizan Osman


Dr. Azizan seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.


6,000 TERMASUK ARTIS DAN SELEBRITI SERIUS NAK UBAH HIDUP


Tentang RichWorks International


Richworks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.


Visi RichWorks adalah menjadi 'Netfilx' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh Malaysia.


Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.


Antara topik dan pengisian program RichWorks adalah :
  • Pengurusan Bisnes
  • Pemasaran
  • Jualan
  • Pematuhan Undang-undang
  • Perakaunan & Percukaian
  • Operasi
  • Kepimpinan
  • Pembangunan diri
  • Pelaburan
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6-24 bulan.

@bebelancikmin Ramai ek anak didik Datuk Wira Dr. Azizan Osman ni dikalangan artis dan influencer. Untuk program Nak Ubah Hidup thn 2023 ni antara anak murid beliau adalah @tyaarifinnw @nanamahazan @ceobatu @dr.samhan @normanhakim_786 #NUH #nuh2023 #richworks #azizanosman #info #bebelancikmin @richworksofficial ♬ Bara Bara Bere Bere - Gino Debugati

Post a Comment

0 Comments