Selebriti Sokong Acara Semuka - Peluang Mesra Dengan Peminat

Acara secara bersemuka yang semakin rancak dianjurkan pasca Covid-19 antara usaha yang wajar diteruskan bagi merancakkan aktiviti ekonomi dan sosial masyarakat. 


Penyampai radio popular DJ Lin berkata, usaha seperti itu wajar dipuji kerana banyak aktiviti tertangguh saat pandemik melanda negara boleh diteruskan.


Selebriti Sokong Acara Semuka - Peluang Mesra Dengan Peminat


"Kami di Suria FM juga percaya aktiviti seperti itu memberikan banyak manfaat dalam merapatkan lagi jalinan antara selebriti dan peminat khasnya.


"Malah saya juga percaya acara sama seperti Jelajah 90 Suria FM misalnya antara faktor penyumbang kepada kejayaan kami menambah bilangan pendengar sehingga 3.5 juta pendengar seminggu," katanya yang juga Pengurus Besar Suria FM. 


DJ Lin bersama beberapa selebriti lain antaranya Lan Solo, Izreen Azminda, Fakhiez BSD, Syed Ali, Wanna Ali dan Pian Ali antara yang menjayakan Carboot Sale @ DXN Cyberville, Cyberjaya di sini baru-baru ini. 


Penyampai segmen Suria Cinta itu juga teruja kali pertama menyertai acara jualan carboot dan gembira dengan sambutan yang diterima terutamanya daripada kalangan peminatnya dan stesen radio berkenaan. 


Bagi Lan, yang juga julung kali menyertai acara jualan seumpama itu teruja diberi peluang dan menjual produk makanan dari Borneo. 


"Terima kasih kerana menjemput kami dan sokongan daripada pembeli terutamanya produk keropok asap yang tular dan diminati ramai," katanya. 


Pelakon Syed Ali yang baru tiba dari Turki tetap memeriahkan acara kerana mengambil peluang untuk berjumpa peminat dan pelanggan.

Selebriti Sokong Acara Semuka - Peluang Mesra Dengan Peminat


"Seronok sebab ramai kawan-kawan artis dan rakan peniaga yang saling sokong antara satu sama lain. 


"Saya memang suka dan serta acara seperti ini kerana ia medan terbaik mempromosikan jenama wangian jualan saya BeFresh," katanya. 


Dalam pada itu, buat pelakon muda Hariz Hamdan turut membuat kemunculan khas bersama produk Biore Men pada acara tersebut.


Tidak hadir dengan tangan kosong, Hariz berjaya mengukir senyuman pada wajah peniaga menerusi pemberian produk berkenaan menerusi sesi cabutan bertuah.


Selebriti Sokong Acara Semuka - Peluang Mesra Dengan Peminat

"Sebenarnya ini kali pertama saya menyertai acara Car Boot Sale, meskipun bukan sebagai peniaga, tetapi kemeriahannya dapat dirasai.


"Apa yang mengejutkan terdapat banyak barangan berjenama yang dijual harga sangat murah," kongsi Hariz yang hadir bersama sahabatnya, pelakon Atiq Azman.


Post a Comment

0 Comments