Minggu lepas aku berkesempatan ke Johor Bahru dan pada kali ini aku memilih GBW Hotel Johor Bahru sebagai tempat penginapan aku.
Bilik yang aku pilih pula adalah jenis Executive King/Queen Room. Bilik jenis yang aku pilih ni lengkap dengan ruang tamu, dapur dan sebuah bilik dengan katil bersaiz king dan bilik mandi yang turut dilengkapi dengan bathtub. Kiranya memang luas dan selesa sangat.
Aku pilih bilik ni sebab selain ianya besar, luas dan selesa tapi harganya agak murah bagi kategori hotel 4 bintang. Bilik yang aku menginap ini harganya cuma bermula RM200++ termasuk sarapan pagi untuk 2 orang.
Buat pengetahuan, semua bilik (kecuali Bilik Deluxe) dilengkapi dengan tab
mandi, dapur kecil, meja tulis dan ruang makan.
Kemudahan lain yang disediakan untuk kemudahan anda
termasuk:
- Air minuman percuma
- Surat khabar harian
- Pengering rambut
- Papan seterika (atas permintaan)
- Bar mini
- Tandas dan bilik mandi peribadi
- Peti keselamatan bilik
- Dapur kecil
1.
Deluxe Queen Room |
Saiz: 33.5 meter
persegi. Kapasiti: Maksimum
2 orang dewasa Dilengkapi dengan
perabot seperti bar mini penuh, meja tulis dan katil Queen yang indah. |
2.
Deluxe Twin Room |
Saiz: 33.5 meter
persegi. Kapasiti: Maksimum 2
orang dewasa Ruang tamu yang ideal
untuk pengembara, dengan kemudahan seperti meja tulis dan bar mini penuh,
bilik ini direka untuk memastikan segala keperluan pelanggan dipenuhi |
3.
Studio Twin Room |
Saiz: 49.97 meter persegi. Kapasiti: Maksimum 2 orang
dewasa Dengan kemudahan tambahan
seperti dapur kecil dan ruang makan. |
4.
Studio Room Queen |
Saiz: 49.97 meter
persegi. Kapasiti: Maksimum 2
orang dewasa Bilik yang luas ini
direka bentuk dengan katil bersaiz Queen, tab mandi, dapur kecil dan ruang
makan, bilik studio ini juga sesuai untuk keluarga kecil yang mencari
keselesaan di rumah. |
5.
Executive King/Queen Room |
Saiz: 77 meter persegi. Kapasiti: Maksimum 2 orang
dewasa Bilik Executive Queen direka
khas untuk memastikan tetamu boleh menikmati ruang yang luas dan berfungsi
semasa penginapan mereka. |
6.
Executive Twin Room |
Saiz: 77 meter
persegi. Kapasiti: Maksimum 2
orang dewasa Bilik Executive Twin
menunjukkan perhatian GBW Hotel terhadap perincian melalui kemudahan unik
yang dikhaskan untuk salah satu bilik yang paling luas. Para tetamu akan
dapat menikmati kemewahan di dalam bilik yang mempunyai keluasan yang akan
menjadikan penginapan mereka lebih istimewa dengan penambahan ruang duduk. |
7.
Premier Room |
Saiz: 66.3 meter persegi. Kapasiti: Maksimum 2 orang
dewasa Bilik Premier benar-benar
peluang untuk berehat mewah. Dilengkapi dengan segala keperluan yang
diperlukan oleh pelanggan. |
Fasiliti Lain Yang Ada di GBW Johor Bahru
- D’ Mezzanine Coffee House and Chill Lounge
- Business center, conference rooms, ballroom
- Gymnasium
- Outdoor swimming pool
- Convenient Store
- Wi-Fi Internet access in all F&B outlets
- Room Services
- Free Shuttle
Tarikan Berdekatan
GBW Johor Bahru terletak tidak jauh dari
mercu tanda berikut:
- Membeli-belah, Kompleks pejabat (City Square, JBCC, Galleria @Kotaraya dan Mid Valley)
- Kompleks CIQ & Pusat Beli-belah R&F – boleh diakses melalui jambatan atas pejalan kaki
- Jalan Budaya Johor Bahru & Bazar Karat
- Istana Besar dan Muzium Diraja
- Bangunan Sultan Ibrahim
- Masjid Sultan Abu Bakar
- Galeri Seni Johor
- Dataran Bandaraya
- Kuil Kaca Arulmigu Sri Rajakaliamman
- Kawasan Pekan Tokong Cina Lama Johor Bahru
- Istana Bukit Serene Jalan Skudai
- Perkhidmatan Ulang-alik
GBW Johor Bahru turut menyediakan perkhidmatan shuttle khas buat pelanggan mereka. Titik drop-off termasuk:
- R&F Shopping Mall hanya bertentangan dengan hotel - 5 minit jauhnya
- Mid Valley Shopping Mall Johor - 10 minit jauhnya
Mencuba Pelbagai Makanan Enak di GBW Hotel Johor Bahru
🍽 Citrus Glaze
(RM39.00nett)
Prawn with Mango Salsa, Crab meat Chowder, Grilled Chicken
Breast with Citrus Glaze & Panzanella Salad.
🍽 Panko Royale
(RM39.00nett)
Crispy Fried Panko Breaded Chicken served with Coleslaw,
Potato Wedges and Mushroom Sauce.
🍽 Ocean Net
(RM49.00nett)
Saba Teriyaki and Grilled Tiger Prawn over Pasta served with
Ceasar Salad, Mashed Potato and Pasta Aglio Olio.
🍽 Captain's Catch
(RM49.00nett)
Prawn Cocktail with Citrus Fruit Salad, Cream of Wild
Mushroom Soup, Grilled Fillet of Salmon with Light Teriyaki Over Pasta Alfredo.
🍽 Sherperd's Den
(RM59.00nett)
Grilled Pistachio Crusted Lamb served with Butter Vegetable, Mashed Potato and Blackpepper
- Dewasa : RM35/nett
- Kanak-kanak (6-12 tahun) : RM25/nett
- Warga Emas : RM25/nett
1 Comments
Luasnya bilik.. dah macam rumah sendiri yaaa.. puashati kalau stay macam ni kannn.. takde laa rasa sesak dalam sebilik sebab dia banyak ruang..
ReplyDelete