Mudahnya Orang Zaman Sekarang Buat Duit

Kali ni aku nak kongsikan pengalaman aku hampir-hampir nak terkena di JPJ tadi. Kisahnya hari ni aku ke JPJ untuk urusan tukar nama pemilikan kereta kerana kereta lama telah dijual dan sudah semestinya aku sebagai pemilik asal kereta bertanggungjawab untuk selesaikan penukaran nama secepat mungkin.




Sesampai di kaunter, aku difahamkan proses untuk menukar nama tidak boleh dijalankan kerana nama kereta masih lagi tertera 'Maybank Finance' sebagai pemilik. Ini kerana dahulu aku tidak segera berurusan dengan bank setelah langsaikan hutang kereta.


Pihak JPJ meminta aku untuk segera menelefon pihak Maybank. Nak dijadikan cerita 'Maybank Finance' pula rupanya telah lama tidak wujud dan segala urusan telah diambil alih oleh Maybank dan oleh kerana kereta itu tiada sebarang hutang, maka nombor pendaftaran kereta tidak wujud lagi di dalam sistem mereka dan keadaan ini agak menyukarkan aku. 


Namun menurut pegawai bank tersebut, sekiranya ingin memudahkan urusan adalah lebih baik aku pergi sendiri ke bank yang aku buat pinjaman 20 tahun dahulu. Masalahnya bank tersebut terletak di Segamat Johor sedangkan aku telah berbelas tahun menetap di Klang.


Dipendekkan cerita, ketika sedang kalut membuat panggilan telefon ada seorang lelaki menyapa dan bertanyakan apa masalah dan kakak aku yang menemani aku ketika itu berceritakan tentang masalah yang aku hadapi. Lelaki tersebut, seorang ejen insuran memberitahu bahawa cara ini dapat diselesaikan dengan mudah menggunakan'orang dalam' namun perlu membayar sebanyak RM500.


Dalam hati aku 'mahal sangat ni!' dan aku menolak untuk membuat urusan menggunakan 'orang dalam' seperti didakwa. Agak lama juga aku cuba selesaikan masalah aku hinggalah akhirnya aku mendapat nombor telefon 'Maybank Auto Finance Segamat' melalui carian google.


Call sahaja pihak Maybank Auto Finance Segamat, pihak Maybank Auto Finance Segamat hanya meminta aku bacakan nombor kad pengenalan dan seperti yang pihak Maybank nyatakan oleh kerana tiada sebarang hutang jadi pihak mereka tidak dapat trace kereta tersebut di dalam sistem jadi mereka minta aku untuk e-mailkan sahaja salinan geran.


Setelah e-mailkan salinan geran, aku sekali lagi follow-up dengan pihak Maybank Auto Finance Segamat dan ternyata pihak Maybank Auto Finance Segamat dapat membantu dan menurut mereka surat pembatalan akan di email dalam masa 3-4 hari waktu bekerja memandangkan kereta aku tersebut pada tahun 1995 dimana ianya terlalu lama jadi proses mungkin mengambil masa agak lama iaitu 3-4 hari waktu bekerja.


Aku membuat urusan itu tanpa sebarang kos! Bayangkan jika aku bodoh dan menurut sahaja apa yang lelaki penjual insurance itu katakan, sudah pasti RM500 melayang begitu sahaja! Mudahnya orang zaman sekarang buat duitkan?! Hanya perlu menangguk di air yang keruh!




Jadi, nasihat aku pada mereka di luar sana..berhati-hatilah! Jika boleh, selesaikan dahulu sendiri sebelum menggunakan orang tengah.



Post a Comment

5 Comments

  1. Pandai sungguh menangguk di air yang keruh.. Dalam kesulitan orang lain, ada orang bijak mengambil kesempatan.. Mujur Cik Min berfikir panjang..

    ReplyDelete
  2. Nasib baik. Kite pun nk tukar nama geran ni. Lom sempat pegi. Kn hati2 ye semua nk amik kesempatan.

    ReplyDelete
  3. Masih ada yang munakan perkhidmatan orang tengah ini sebab malas nak turun naik

    ReplyDelete
  4. Mujur tak melayang RM500. Kalau tak, boleh pergi segamat ulang alik 5 kali. heee

    ReplyDelete